fbpx

Kejayaan CIMB Di Bawah Pengurusan Nazir Razak

Oleh : Wan Syarafiz
26 September 2018 - 3:39 pm

Reading Time: 4 minutes
  • Nazir Razak ialah individu yang bertanggungjawab dalam pengambilalihan Bumiputera-Commerce Bank pada tahun 2005
  • CIMB berjaya merangkul anugerah Bank Runcit Terbaik di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut

 

Dalam salah satu artikel yang diterbitkan oleh Kapital.my ada menceritakan berkenaan Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak yang akan meninggalkan CIMB setelah 29 tahun perkhidmatan dan dalam artikel kami kali ini, kami akan menceritakan sejarah dan juga kejayaan yang berjaya dikecapi oleh Kumpulan CIMB.

 

Nazir Razak Akhirnya Meninggalkan CIMB Setelah 29 Tahun Perkhidmatan

 

Untuk rakyat kebanyakan mungkin ramai yang sudah sedia maklum bagaimana CIMB ditubuhkan tetapi kami yakin masih ramai juga terutamanya generasi Y dan Z yang tidak mengetahui sejarah dan bagaimana asal usul tertubuhnya CIMB ini.

 

CIMB yang berasal daripada perkataan Commerce International Merchant Bankers telah membuat keputusan untuk membina sebuah bank sejagat pada tahun 2005 dengan mengambil alih Bumiputra-Commerce Group dan juga Southern Bank Berhad. Pada bulan September tahun yang sama Kumpulan CIMB telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

 

Image result for bumiputra commerce dan southern bank
Kredit: PeKhabar

 

Sebagai rekod, Kumpulan CIMB telah disenaraikan pada tahun 2003 dengan aset bernilai RM9.6 bilion dan permodalan pasaran RM1.5 bilion. Kini, pada 30 Jun 2018, aset Kumpulan CIMB telah meningkat naik berlipat kali ganda kepada RM515 bilion dan permodalan pasaran RM58 bilion.

 

Tidak dinafikan walaupun Nazir Razak sebelum ini pernah terpalit dengan skandal penyaluran dana politik daripada mantan Perdana Menteri dan juga abang beliau, Datuk Seri Najib Razak sebanyak RM28 juta yang dipercayai datang daripada wang 1MDB, beliau merupakan individu yang bertanggungjawab membawa kejayaan kepada CIMB.

 

Kumpulan CIMB di bawah pengurusannya sebagai Pengerusi, CIMB telah berjaya membangun daripada sebuah francais kewangan korporat kepada sebuah bank pelaburan terkenal di Malaysia dan Asean.

 

Beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab di sebalik pengambilalihan Bumiputera-Commerce Bank untuk menjadi bank kedua terbesar di Malaysia selepas Maybank.

 

Jika dilihat, CIMB sangat progresif dalam industri perbankan. Dengan evolusi teknologi yang semakin bergerak ke arah digital, CIMB juga tidak mahu ketinggalan dan telah memperkenalkan aplikasi mudah alih CIMB Clicks dan CIMB Enhanced Virtual Assistant (EVA).

 

CIMB Clicks dilancarkan sebagai salah satu inisiatif penyelesaian perbankan digital untuk memenuhi sasaran Bank Negara Malaysia yang ingin mengurangkan penggunaan cek daripda 207 juta pada 2011 kepada 100 juta menjelang tahun 2020.

 

Langkah ini dilihat tepat pada waktunya bagi memudahkan bank untuk menjalankan perniagaan automasi dan juga menawarkan kemudahan kepada sektor korporat dan generasi muda yang bergiat aktif dalam perniagaan atas talian.

 

CIMB EVA pula ialah satu perkhidmatan yang dilancarkan pada Disember 2016 untuk menawarkan servis perbankan mudah alih yang membenarkan pelanggan mengakses akaun serta transaksi melalui perbualan dan kata kunci.

 

Image result for cimb click dan eva
Kredit: Google Play

 

Melalui aplikasi ini, CIMB menawarkan strategi digital yang menghubungkan penyelesaian teknologi kewangan (fintech) dengan kemampuan analisis data dalaman untuk membantu pelanggan membuat keputusan kewangan yang lebih bijak dalam pembayaran tunggal seperti petrol, hiburan dan utiliti.

 

Pada tahun 2014, satu pelan penstrukturan semula CIMB yang dikenali sebagai Target 2018 (T18) telah dilancarkan bagi mengukuhkan struktur dan kewangan CIMB. Antara perkara yag ingin dicapai daripada T18 ini ialah menurunkan cost to income ratio (CTR) daripada 58.1% kepada 50% serta meningkatkan Common Equity Tier 1 (CET1) daripada 10% kepada 12%.

 

Apabila ditanya berkenaan strategi akan diguna pakai untuk menurunkan CTR ini, CEO Kumpulan CIMB, Tengku Zafrul Tengku Aziz memaklumkan satu-satunya cara mencapai objektif ini ialah melalui kenaikan pendapatan.

 

“Satu-satunya cara untuk mencapai CTR yang lebih rendah adalah menaikkan pendapatan dengan lebih cepat berbanding kenaikan kos. Kita boleh mencapai perkara ini dengan memperkasakan rangkaian bisnes di seluruh Malaysia dan Asean melalui inovasi, kolaborasi dan perkhidmatan pelanggan yang bagus”, ujar Tengku Zafrul.

 

Image result for tengku zafrul cimb dan nazir
Kredit: Harian Metro

 

Beberapa hari lepas juga Nazir Razak telah membuat kenyataan berkenaan misi kerjaya beliau di CIMB.

 

“Misi kerjaya saya adalah untuk menjadikan CIMB sebuah institusi kewangan ASEAN terkemuka. Pada 2014, CIMB melalui fasa pertama peralihan CEO dan memulakan T18 bagi mengukuhkan struktur dan kewangan CIMB,” ujar Nazir Razak.

 

Walaupun perletakan jawatan Nazir Razak dilihat wujud ekoran pertukaran tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan, tetapi tidak dapat dinafikan beliau telah berjaya memacu Kumpulan CIMB sebagai salah satu institusi kewangan yang berjaya bukan sahaja di Malaysia malahan juga di rantau Asia Tenggara.

 

CIMB di bawah kepimpinan beliau telah berjaya merangkul anugerah Bank Runcit Terbaik di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut dalam Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa Asia Banker. Anugerah Asia Banker antara anugerah yang paling berprestij kerana kriteria yang ketat untuk program inovasi dalam pembiayaan runcit di Asia Pasifik, Asia Tengah, Asia Barat dan Afrika.

 

Inisiatif pelan penstrukturan semula CIMB, T18 juga telah menunjukkan hasil yang sangat positif di bawah teraju beliau.

 

Di samping itu, CIMB juga merupakan bank pertama dari Malaysia mendapat kelulusan ‘regulatory sandbox dari Bank Negara Malaysia untuk satu kaedah tanpa kertas dan elektronik untuk mengesahkan identiti pelanggan yang dikenali sebagai Know-Your-Customer elektronik (e-KYC).

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…