fbpx

Monopoli Tamat, Astro Terima Tentangan Sengit

Oleh : Wan Syarafiz
06 September 2018 - 10:47 am

Reading Time: 4 minutes
  • Gabungan Astro-Maxis bakal jana keuntungan bersih RM2.6 bilion
  • Gobind mahu RTM dan Bernama bergabung bagi meningkatkan kualiti penyiaran standing dengan negara luar

 

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) baru sahaja mengumumkan bahawa mereka terbuka dengan sebarang cadangan kepada syarikat yang ingin menyediakan perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar dan bersaing dengan Astro.

 

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Timbalan Menteri KKMM, Eddin Syazlee Shith di Dewan Negara dalam menjawab soalan yang dikemukakan oleh Senator Datuk Yong Wui Chung. Yong sebelum itu bertanya jika kementerian ada menyediakan insentif atau bantuan untuk memberi peluang syarikat penyiaran bersaing dengan Astro.

 

Eddin berkata KKMM bersedia untuk memberikan lesen Penyedia Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP) dan hak penyiaran kepada mana-mana syarikat yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

 

Sebelum ini, pengendali Astro, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS) telah diberikan hak eksklusif untuk menyiarkan kandungan kepada orang awam melalui perkhidmatan satelit. Hak eksklusif ini bagaimanapun telah berakhir pada 28 Februari 2017 tetapi MBNS masih boleh beroperasi sehingga lesen mereka tamat pada 1 Februari 2020.

 

“Tempoh hak eksklusif dan keistimewaan itu telah berakhir pada 28 Feb tahun lalu, walau bagaimanapun MBNS masih boleh meneruskan aktviti penyiaran satelit atas dasar non-exclusive basis kerana lesen yang dimiliki di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah sah sehingga 1 Feb 2020,” ujar Eddin.

 

Setakat 30 Jun 2018, 35 syarikat telah diberi lesen CASP untuk menyediakan perkhidmatan penyiaran televisyen melalu pelbagai platform. Lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) itu membenarkan syarikat terbabit untuk beroperasi melalui platform, satelit, televisyen protokol internet (IPTV), penyiaran bebas ke udara dan Terrestrial Digital TV.

 

4 daripada 35 syarikat itu merupakan syarikat yang akan bersaing dengan Astro dalam segmen yang sama melalui penyiaran secara satelit. Syarikat itu ialah Ansa Broadcast Sdn Bhd, Jaringan Mega Sdn Bhd, Smart Digital International Sdn Bhd dan High End Net Sdn Bhd.

 

Menteri KKMM, Gobind Singh Deo sebelum ini menyifatkan kerajaan amat terbuka bagi liberalisasi pasaran televisyen berbayar supaya persaingan sihat dapat diwujudkan dan memberi peluang kepada pengguna untuk mempunyai lebih banyak pilihan. Dengan kehadiran lebih ramai pesaing, secara tidak lansung juga mutu dan kualiti siaran akan meningkat dan lebih menguntungkan pelanggan.

 

Astro sebelum ini dilihat sering mendapat kritikan daripada pelanggan kerana perkhidmatan yang kurang memuaskan dan beberapa masalah teknikal seperti gangguan siaran ketika hujan. Gobind juga pernah mempersoalkan pihak Astro kerana lambat untuk bertindak apabila menerima aduan daripada pelanggan.

 

Image result for astro malaysia
Kredit : Marketing Magazine

 

Berikutan Astro sudah kehilangan kuasa monopoli penyiaran, satu cadangan penggabungan antara Maxis dan Astro telah diketengahkan. Langkah penggabungan ini dilihat penting bagi menghadapi persaingan dengan pemain industri yang lain.

 

Idea penggabungan ini telah diusulkan oleh pemilik saham Astro dan Maxis, T. Ananda Krishnan sendiri. Beliau merupakan pemegang kepentingan 40% saham Astro dan 62.42% saham Maxis. Bank AmInvestment melalui penyelidikannya turut memberikan reaksi positif dengan cadangan penggabungan tersebut berdasarkan jangkaan keuntungan yang akan dijana.

 

Baca: Apa Punca Astro-Maxis Bergabung?

 

Sekiranya gabungan itu berjaya direalisasikan, modal pasaran yang akan diperoleh bernilai RM53 bilion. Modal pasaran Maxis sekarang berjumlah RM44.16 bilion manakala Astro pula sebanyak RM8.34 bilion. Daripada sudut keuntungan pula, keuntungan bersih yang dijana kedua-dua sayrikat tersebut ialah RM2.6 bilion.

 

Gabungan kedua syarikat ini dilihat penting kerana kemunculan pengendali servis ‘over-the-top’ (OTT) seperti Netflix, iFlix dan HyppTV yang menawarkan harga yang lebih rendah berbanding Astro serta mempunyai lebih banyak pilihan filem dan drama bersiri dari luar negara.

 

Image result for baggunan rtm
Kredit : Utusan

 

Trend penggabungan ini bukan sahaja melibatkan Astro dan Maxis malah RTM juga dikatakan akan bergabung dengan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi meningkatkan kualiti laporan berita serta program bual bicara mereka.

 

Baca: Mampukah RTM setaraf Al-Jazeera dan CNN

 

Gobind yakin langkah penggabungan ini akan lebih menambahkan produktiviti dalam penyebaran maklumat kepada rakyat di samping menyatakan bahawa RTM masih relevan sehingga ke hari ini kerana bukan semua rakyat Malaysia beruntung untuk menikmati rancangan Astro.

 

Image result for gobind menteri
Kredit : The Malaysian Insight

 

“Jika kita ke kawasan luar bandar, anda akan dapati masih ramai orang yang menonton siaran RTM dan mereka sangat bergantung kepada RTM untuk menonton berita dan kandungan lain”, ujar Gobind dalam temu bual dengan BFM Radio.

 

Walaupun idea penggabungan syarikat media ini dilihat bakal menghadirkan banyak kesan positif, namun sebarang keputusan yang akan diambil haruslah mengambil kira semua sudut pandangan seperti tenaga kerja dan kos.

 

Idea penggabungan ini juga masih menjadi keraguan kepada pengguna kerana mutu dan kualiti servis yang ditawarkan oleh Maxis, Astro dan RTM sebelum ini sering mendapat kritikan daripada orang ramai.

 

Selain itu, adakah penggabungan ini akan memberi kesan kepada peluang pekerjaan? Hal ini kerana, wujud kemungkinan lebihan pekerja akan berlaku sebaik sahaja proses penggabungan ini selesai dan apakah solusi terbaik daripada kerajaan bagi menangani masalah ini?

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…