Nasihat Usahawan Muda Untuk Berniaga Di China
(Perkongsian ketika program eFounders & AliBaba)
China ada 1,400,000,000 umat manusia, maka China menjadi pasaran idaman kepada semua orang. Bayangkan jika anda dapat hanya 0.1% daripada market share? Itu pun tak habis makan.
Maka berbondong-bondonglah pedagang Malaysia ke China. Tambah pula dengan program kerajaan di bawah seliaan Matrade, banyak usahawan kita sudah mula “bercakap Mandarin”.
Alhamdulillah, seawal 3 bulan fasa “commercialization” Hausboom telah berjaya dieksport ke China.
Kalau di Shenzen dan Shantou tu, Hausboom ada di kedai-kedai runcit, pasaraya, kelab malam, panggung wayang dan kareoke di sana dengan harga RMB7.5-12. 50% hasil jualan kami disumbangkan oleh pasaran China.
Macam mana kami buat?
1. GET READY
Masalah orang Malaysia adalah tiada kapasiti. Tengok orang lain eksport, dia pun bungkus baju pergi China nak eksport juga.
Bila orang nak import produk dia satu kontena, dia cakap boleh hasilkan 10 kotak sahaja.
Ini antara sebab nama Malaysia kena “ban” oleh ramai pengimport dari banyak negara.
Sebab China kalau dapat order, dia akan order minimum 1 kontena. Kami pernah kena, dia order 3 kontena nak kena hantar dalam masa 3 hari!
2. SERTAI TRADE SHOW
Trade show di China ni banyak, jadi pilih yang berkualiti. Rujuk MATRADE untuk ini sebab kebanyakkan importer lebih yakin dengan expo “government to government” ni sebab nak import produk luar perlu lalu pelbagai prosedur ketat.
Tapi, banyak usahawan kita yang “take things for granted” bila dah sertai expo. Datang dengan mindset “nak makan angin” je. Booth ditempek dengan 2 keping poster design pakai power point, satu roll-up bunting dan sampling plate/cup kecil.
Sedangkan, waktu ni la nak tunjukkan kekuatan produk kita bukan semata-mata rasa, tapi importer sekarang nak tengok sokongan pemasaran, branding dan “attitude” produk yang bakal diorang import.

3. JANGAN “OVER-LOCALIZED”
Kesilapan awal Hausboom adalah bila kita “men-cina-kan” semua material kami. Tulisan ditukar semua kepada bahasa Mandarin. Taste profile kepada tekak dan lidah cina.
Sedangkan, this is China. Mak-bapak je mereka tak boleh nak cipta! Sebab utama mereka nak import produk kita adalah kerana mereka mahukan IMPORTED GOODS! Lagi baik kalau produk kita nampak macam produk mat saleh atau kebaratan.
4. ENTER AT THE RIGHT PRICE
Sungguh pun mereka nak imported goods, mereka (consumer) juga nak beli produk anda dengan harga yang murah.
Forget about getting huge profit margin per product in China. It is always a volume game!
Hausboom dijual paling murah berbanding produk import lain dalam segmen yang sama kerana kami potong hampir 50% profit margin kami untuk pasaran China.
5. DEAL DIRECT
Anda akan dihampiri oleh “orang tengah” yang mengaku mempunyai connection yang kuat di China. Orang tengah ni boleh jadi persatuan-persatuan usahawan, NGO dan syarikat swasta. TOLONG ELAKKAN DARI MEREKA.
Sebab utamanya adalah ia akan memberi kesan kepada “cost structure” anda sebab mereka pun nak untung juga. Ia akan menambah satu lapisan dalam supply chain anda. Ini akan mempengaruhi point no.4.
PENGELUAR (ANDA) > IMPORTER > DISTRIBUTOR > RETAILER
vs
PENGELUAR (ANDA) > ORANG TENGAH (EJEN) > IMPORTER > DISTRIBUTOR > RETAILER
6. PILIH PILIH PILIH
Beratus bisnes card anda akan dapat collect waktu join expo ni. Semua nampak gempak tapi anda perlu pilih importer yang terbaik sebab mereka ini akan jadi rakan kongsi anda di China. Kisah usahawan kita ditipu di sana bukan sekali dua didengari.
Hausboom sampai buat interview. Kita shortlisted dalam 5 potential partner dan kita lawat kemudahan yang mereka ada seperti logistik, warehouse, manpower dan kita nak tengok current business performance.
Jangan pilih yang terlalu besar, sebab kita taknak produk kita ni sekadar produk sampingan dia je. Jangan juga terlalu kecil sebab nanti tak power pulak. Pilih yang medium size, boleh grow punya.
Akhir sekali, kita suruh dia datang Malaysia untuk menunjukkan keseriusan dan kesediaan.
Partner aku ni, habis mak, bapak, nenek, nenek sedara, pakcik dia semua kitorang kenal.

7. TRADEMARK
China merupakan tempat pembiakkan lanun-lanun cetak rompak. Kalau Range Rover pun diorang boleh tiru sebijik, apatah lagi setakat air buah dalam botol ni.
8. HALAL VS NON-HALAL
Ini satu fahaman yang banyak orang kita salah faham. Ya, benar standard Halal Malaysia adalah yang paling baik di dunia. Tapi, mengikut statistik cuma 1.7% rakyat China adalah Muslim.
Produk Halal hanya laku di kawasan majoriti Muslim sahaja. Kalau pengimport anda di kawasan majoriti muslim, maka gunakan logo Halal sebaiknya.
Hausboom keluarkan logo halal daripada packaging (China dan beberapa negara lain) kami sebab buat masa ini, Hausboom diedarkan di kawasan yang penganut Muslimnya terlalu sikit dan tidak signifikan.
Artikel ini hasil tulisan saudara Azri Zahier Azmi, CEO Hausboom