fbpx

Nazir Razak Akhirnya Meninggalkan CIMB Setelah 29 Tahun Perkhidmatan

Oleh : Kauthar Rozmal
26 September 2018 - 3:12 pm

Reading Time: 4 minutes
  • Nazir dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan CIMB pada 1999 dan memegang jawatan tersebut selama 15 tahun
  • Nazir dikaitkan dengan pemindahan wang sebanyak RM28 juta semasa PRU13

Berita mengenai perletakan jawatan Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak bukanlah perkara yang mengejutkan. Jun lalu The Star mengeluarkan laporan mengatakan bahawa Nazir Razak bakal meninggalkan CIMB.

 

Bagaimanapun Nazir Razak menafikan laporan tersebut. Beliau menyatakan bahawa jawatan sebagai Pengerusi CIMB ditentukan oleh lembaga pengarah, pemegang saham dan Bank Negara Malaysia, dan jika mana-mana diantara mereka memutuskan untuk beliau meletakkan jawatan, beliau akan berbuat demikian.

 

Nazir memulakan kerjaya di Commerce International Merchant Bankers Bhd pada 1989 sebagai pegawai kewangan korporat dalam bahagian pengarah korporat. Kemudian beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Eksekutif pada 1993 di bahagian Pembrokeran Saham.

 

Image result for cimb bank
Kredit: NST

 

Pada 1996 pula beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah Eksekutif di CIMB Investment Bank dan kemudiannya menjadi Pengarah Eksekutif Kumpulan CIMB pada tahun 1999. Akhirnya beliau dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan CIMB pada tahun 2014.

 

Apakah punca utama peletakan jawatan ini? Adakah kerana beliau merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri yang dikaitkan dengan skandal 1MDB?

 

Menurut penganalisa pasaran, berita peletakan ini mengejutkan memandangkan Nazir merupakan antara individu yang lantang bersuara mengenai isu 1MDB. Menurut seorang pegawai CIMB, Nazir mengarahkan semua pegawainya supaya mematuhi garis panduan dan tidak menyentuh sebarang transaksi berkaitan 1MDB.

 

Beliau telah mengarahkan badan berkuasa supaya menyiasat kes 1MDB secara terperinci. Antaranya beliau mengarahkan untuk membuat siasatan dalaman ke atas analisis Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Badlisyah Abdul Ghani kerana menyatakan bahawa dokumen WSJ pada 1MDB adalah “palsu”.

 

Selain itu, beliau turut mengkritik 1MDB mengenai hutang terkumpul sebanyak RM42 bilion dalam tempoh masa 5 tahun.

 

Namun April 2016 yang lalu, Nazir dikaitkan dengan skandal 1MDB. Beliau didakwa di atas pemindahan wang sebanyak RM28 juta daripada akaun Najib ke akaun peribadinya ketika Pilihan Raya 13. 

 

Dana itu dikatakan datang daripada hutang yang dibuat 1MDB dan kemudiannya dipindahkan kepada beberapa individu bagi pihak Najib.  Susulan tuduhan tersebut, Nazir mengambil cuti sukarela selama 30 hari bermula 19 April 2016.

 

Dakwaan ini turut dinyatakan di dalam buku Billion Dollar Whale tulisan Tom Wright dan Bradley Hope dalam bab 30. Dalam buku ini Nazir didakwa telah membuat transaksi kepada beberapa ahli politik melalui akaun peribadinya. Tapi sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? 

 

Sumber: Bab 30 , Billion Dollar Whale

 

Walau bagaimana pun, siasatan ke atas pertuduhan tersebut telah dijalankan. CIMB mengarahkan Ernst & Young untuk melakukan audit berkaitan transaksi tersebut.

 

CIMB juga mendapatkan nasihat guaman daripada sebuah firma guaman dimana Tommy Thomas adalah pengamal undang-undang yang utama. Thomas menyiasat sama ada Nazir telah melanggar undang-undang seperti Anti-Money Laundering Act (AMLA).

 

Bank Negara Malaysia turut melakukan siastan berkaitan kes ini yang diketuai oleh Timbalan Gabenor ketika itu, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

 

Menurut sumber, hasil siasatan menyimpulkan bahawa Nazir tidak menyalahgunakan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif untuk melakukan sebarang salah laku.

 

Dalam kenyataan Nazir di Reuters pula, beliau menyatakan bahawa beliau percaya dana itu datang daripada pengumpulan dana yang sah dan pegawai CIMB membuat transaksi tersebut atas arahan Najib.

 

“Tiada apa yang saya lakukan menyalahi undang-undang atau menjejaskan kedudukan saya di CIMB, tetapi memandangkan ianya mendapat perhatian media, saya faham bahawa ia membuat pihak berkepentingan tidak selesa. Oleh itu, saya ingin memastikan bahawa institusi itu melakukan perkara yang betul dalam menangani perkara ini” katanya semasa Mesyuarat Tahunan menerangkan peletakan jawatannya.

 

Namun hakikatnya Nazir kini di dalam fasa menuju persaraan sebagai seorang banker dan ini boleh dilihat melalui akaun instagram beliau.

 

Sumber: Instagram Nazir Razak

 

Beberapa tahun kebelakangan ini, beliau banyak menghabiskan masanya di London. Antara sebabnya adalah keluarga beliau menetap di sana.

 

Beliau turut membuka sebuah restoran masakan cina di London bernama Zheng. Restoran tersebut merupakan restoran ketiga terbaik bagi kategori restoran masakan cina di United Kingdom menurut Sunday Time.

 

Baca : Surat Perpisahan Nazir Razak Kepada CIMB

 

Beliau juga telah merancang pesaraannya dengan mencari peluang-peluang perniagaan. Antaranya beliau sedang membantu menyediakan dana ekuiti swasta serantau (private equity fund) bernilai hampir USD1 bilion.

 

“Saya sedang mencari peluang untuk mengisi masa lapang. Dan ekuiti swasta adalah salah satu pilihan saya” Nazir, katanya ketika ditemu ramah Bloomberg di Jakarta.

 

Nazir dikatakan akan bekerjasama dengan bekas pegawai CIMB Kenny Kim, bekas Menteri Perdagangan Indonesia Gita Irawan Wirjawan dan Pengarah Urusan Temasek Holding Pte David Heng bagi menjayakan ekuiti swasta ini.

 

Menurut Forbes, nilai aset bersihnya adalah sebanyak USD165 juta. Jumlah pegangan saham beliau dalam CIMB adalah sebanyak 43,625,712 unit atau bersamaan RM261.8 juta, berdasarkan harga saham CIMB RM6 seunit. 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…