fbpx

Peluang Startup Malaysia Dalam “Islamic FinTech”

Oleh : Wan Syarafiz
19 September 2018 - 5:06 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Islamic FinTech bakal menarik 150 juta pelanggan baru dalam masa 3 tahun dalam industri perbankan
  • Startup di Malaysia berpeluang meneroka pasaran negara-negara Islam seperti Turki, UAE, Oman dan banyak lagi.

 

Apakah itu FinTech? Ia sebenarnya berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu financial dan juga technology. Dalam bahasa yang mudah difahami, FinTech ialah satu inovasi bagaimana aplikasi teknologi digunakan dalam transaksi bisnes dan juga kewangan melalui bantuan internet.

 

Inovasi FinTech ini dapat merubah konsep tradisional yang diguna pakai dalam produk perbankan dan kewangan ke arah konsep digital dengan teknologi baru seperti artificial intelligence, bahavioral analytics dan big data.

 

Image result for islamic fintech
Kredit: Salaam Gateway

 

Antara produk daripada FinTech yang kini mencuri perhatian ramai ialah smart contract yang digunakan dalam servis kewangan dan perbankan. Smart contract bertindak seperti kontrak biasa cumanya ia diwujudkan dalam bentuk digital.

 

Smart contract digunakan tanpa konsep orang tengah atau agen dan proses ini hanya mengambil masa terlalu singkat berbanding konsep tradisional. Kos operasi juga dijangka akan berkurangan dengan nilai yang banyak. Bayangkan jika selepas ini, hartanah atau rumah boleh dibeli melalui proses ini sahaja tanpa berjumpa dengan penjual, pihak bank dan peguam, sudah tentu ianya akan memudahkan pembeli tanpa rasa takut daripada ditipu.

 

Bermula semalam, satu Global Islamic FinTech Summit telah diadakan di Kuala Lumpur dan akan berakhir pada hari ni. Konvensyen ini diadakan buat julung kalinya bagi memberi lebih maklumat kepada orang ramai terutamanya daripada institusi kewangan dan usahawan startup berkenaan peluang dalam bidang FinTech di negara-negara Islam.

 

Image result for global islamic fintech
Kredit: Medium

 

Menurut salah satu panelis, Omar Munshi, usahawan startup perlu bergerak pantas dengan teknologi untuk menempatkan bisnes mereka dalam bidang Islamic FinTech. Beliau berkata startup mempunyai peluang cerah dalam FinTech kerana konsep startup yang dilihat sangat ‘ground’ dalam penyelesaian masalah.

 

Sebagai contoh, beliau memberi cadangan startup perlu mencari satu permasalahan dalam bidang kewangan Islam dan kemudiannya menyelesaikan permasalahan tersebut dengan aplikasi teknologi. Penyelesaian masalah ini mungkin dilihat kecil tetapi ianya boleh di ‘plug in’ ke dalam ekosistem besar dan kemudiannya berpeluang untuk berkembang dengan lebih besar.

 

Baca : Potensi Islamic Fintech di Malaysia

 

Pada tahun 2016, startup FinTech di seluruh dunia telah menerima AS$17.4 bilion dalam bentuk dana. Manakala firma Ernst & Young pula menyatakan Islamic FinTech bakal menarik 150 juta pelanggan baru dalam masa 3 tahun akan datang dalam industri perbankan.

 

Malaysia dalam masa yang sama juga berada di kedudukan pertama mendahului negara-negara lain dalam perbankan Islam. Jika digabungkan fakta-fakta ini, kita dapat lihat satu peluang yang amat besar untuk diterokai usahawan startup Malaysia dalam bidang Islamic FinTech.

 

Selain itu, Islamic FinTech ini juga dilihat bakal memberi peluang kepada startup dari Malaysia untuk meneroka peluang pasaran luar negara. Secara dasarnya, jika sesuatu masalah dalam bidang kewangan Islam mampu diselesaikan oleh startup di Malaysia, penyelesaian masalah tersebut juga mampu diaplikasikan di negara-negara yang mengamalkan kewangan dan perbankan Islam.

 

Skop startup Malaysia kini tidak lagi terkongkong dalam pasaran Asia Tenggara sahaja. Dengan reputasi Malaysia dalam bidang kewangan dan perbankan Islam, tidak mustahil kita bakal menyaksikan startup dari Malaysia mencipta nama di negara-negara Islam yang lain seperti Turki, UAE, Oman dan banyak lagi.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…