fbpx

Pengasas Instagram “Unfriend” Facebook

Oleh : Kauthar Rozmal
28 September 2018 - 3:44 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Pengguna aktif Instagram mencecah 1 bilion sebulan
  • Pada tahun 2020, 1/4 pendapatan Facebook datang daripada Instagram

6 tahun lalu pengasas Instagram, Krieger dan Systrom membina Instagram dan menjualnya kepada Facebook dengan harga USD 715 juta. Pengguna Instagram ketika itu hanyalah sebanyak 30 juta orang.

 

Kini pengguna aktif Instagram mencecah 1 bilion orang sebulan. Menurut analisis Bloomberg Intelligence, nilai Instagram hari ini melebihi USD 100 bilion.

 

Ini merupakan antaran pelaburan paling menguntungkan bagi Facebook, dalam masa 6 tahun sahaja, nilai Instagram meningkat sebanyak 127% setahun, daripada USD 715 juta kepada USD 100 bilion dalam tempoh 6 tahun sahaja.

 

Di samping itu, pendapatan melalui iklan di Instagram meningkat 200% berbanding tahun lepas. Laporan Bloomberg menyatakan, pada tahun 2020 1/4 pendapatan Facebook datang daripada Instagram.

 

Minggu ini, dunia media sosial dikejutkan dengan berita pengasas Instagram meninggalkan Facebook Inc berpunca daripada ketegangan dengan CEO Mark Zuckerberg mengenai halatuju Instagram.

 

Pengasas Instagram menyatakan keputusan meninggalkan Facebook didalam satu post blog. Walau bagaimanapun, Facebook tidak mengeluarkan sebarang komen setakat ini.

 

“Kevin dan Mike adalah pemimpin produk yang luar biasa dan Instagram mencerminkan bakat kreatif mereka. Banyak yang saya belajar sepanjang bekerja dengan mereka selama enam tahun yang lalu” – Zuckerberg

 

Sepanjang tempoh Instagram bersama Facebook, Systrom dan Krieger menolak beberapa inisiatif Facebook yang bertentangan dengan visi mereka.

 

Kebelakangan ini Facebook mengalami masalah kepercayaan daripada pengguna. Ianya berpunca daripada skandal privasi pengguna, berita palsu dan gangguan semasa pilihan raya.

 

Selain pengasas Instagram, pengasas Whatsapp, Jan Koum turut meninggalkan Facebook Inc April lalu. Washington Post melaporkan perkara Koum meninggalkannya kerana tidak bersetuju mengenai isu privasi data dan polisi penyulitan.

 

Baca: Pelabur “Unfollow” Saham Facebook

Baca: Tiktok Mencabar Instagram Di Pasaran Asia

 

Setakat hari ini, pengguna Facebook sudah mencecah  seramai 2.2 bilion dan agak sukar bagi mereka untuk mencari pengguna baru. Ini bermaksud Facebook akan bergantung kepada Instagram untuk berkembang.

 

Instagram berjaya menarik pengguna muda yang mana menjadi masalah kepada Facebook. Sebahagian pengguna Facebook mula beralih ke Instagram bagi mengelak pertengkaran politik dan skandal privasi.

 

Image result for insta story
Kredit: WeAreLMS

 

Keistimewaan Instagram adalah hampir semua orang ternama termasuklah artis, ahli korporat dan juga orang di sekeliling anda berkongsi gambar dan video tentang kisah  menarik dalam hidup mereka.

 

Menurut artikel yang dikeluarkan portal teknologi Recode, pengguna media sosial lebih gemar menghabiskan masa di Instagram kerana ianya mewujudkan perasaan feel good feeling.

 

Adakah dengan pemergian Krieger dan Systrom keunikan Instagram akan hilang di masa hadapan?

 

Apa perancangan Krieger dan Systrom selepas ini, adakah mereka bakal melancarkan aplikasi media sosial yang baru.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Front Facade
Kapital

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Reading Time: 4 minutes Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk…

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…