fbpx

Potensi Islamic Fintech di Malaysia

Oleh : Kauthar Rozmal
15 September 2018 - 8:18 pm

Reading Time: 2 minutes

Fintech berasal daripada gabungan 2 patah perkataan iaitu finance dan technology.  Dalam bahasa mudahnya Fintech adalah penggunaan teknologi terkini dalam dunia kewangan seperti perbankan internet, big data dan blockchain.

 

Kewangan islam juga tidak terlepas menggunakan aplikasi  teknologi bagi menambah baik servis mereka. Cabaran bagi Islamic Fintech adalah mematuhi peraturan dan garis panduan berlandaskan syariah, ianya tidak semudah kewangan konvensional.

 

Menurut syarikat konsultan EY, Islamic Fintech mampu menarik 150 juta pelanggan baru dalam masa 3 tahun ini terutamanya dalam industri perbankan. Pew Research pula menyatakan bahawa populasi Muslim bakal meningkat daripada kurang 2 bilion pada tahun 2015 kepada hampir 3 bilion pada tahun 2060.

 

3 negara yang mendahului dalam Islamic Finctech adalah Malaysia, UK dan Indonesia dengan Malaysia di tangga pertama. Malaysia mencatatkan bilangan Islamic Fintech Startup tertinggi di dunia sebanyak 18 buah syarikat pada tahun 2017.

 

Kredit : raconteur.ne

 

Malaysia juga merupakan pendahulu dalam industri perbankan islam dengan jumlah aset sebanyak USD 202 bilion pada tahun 2017. Kelebihan demografi dan kemajuan perbankan islam di Malaysia membuka ruang yang luas untuk islamic fintech berkembang disini.

 

Tandatangan memorandum persefahaman (MoU) di antara MIMOS dan International Center for Education In Islamic Finance (INCEIF) untuk menyediakan blueprint teknologi pelaburan kewangan islam akan menjadi asas pembangunan Islamic Fintech di Malaysia.

 

INCIEF merupakan inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mencipta bakat dan pakar dalam bidang kewangan Islam dan MIMOS pula merupakan agensi penyelidikan pembangunan teknologi.

 

Image result for hellogold

 

Antara syarikat islamic fintech yang terkenal di Malaysia adalah HelloGold dan Sedania As-Salam Capital. HelloGold adalah syarikat yang menyediakan khidmat pembelian emas di aplikasinya bermula serendah RM1. Mereka menggunakan aplikasi teknologi blockchain dalam sistem mereka.

 

Sedania As-Salam Capital pula merupakan syarikat yang menyediakan platform pengumpulan dana (Fund-raising) menggunakan kontrak Tawaruq.

 

Pada 18-19 September ini akan diadakan sebuah Konvensyen Islamic Fintech (GIFS 2018) di Kuala Lumpur. Konvensyen ini akan akan membincangkan potensi Fintech dalam dunia Muslim. Objektif GIFS 2018 adalah untuk membincangkan ekosistem Islamic Fintech, implikasi Fintech dalam industri kewangan dan menjadi medium perkongsian ilmu antara pemain industri.

 

Untuk makluman lanjut mengenai GIFS 2018, anda boleh baca disini.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…