fbpx

SST, Adakah Harga Barang Akan Naik?

Oleh : Izzuddin Yussof
04 September 2018 - 12:45 pm

Reading Time: 3 minutes

Apa khabar SST! Lama kita tidak bertemu. Kali terakhir semasa tahun 2015. Sebelum GST menggantikanmu.

 

Namun sedar tak kita, bahawa SST sekarang ini sedikit berbeza dengan SST yang dulu. Berbeza juga semasa GST diperkenalkan dahulu, GST 6% itu datang dengan menggantikan SST yang lama. Sedangkan SST yang baru ini datang dengan menggantikan GST 0%.

 

Atau efektifnya, daripada tiada cukai langsung (sebab 0%) kepada ada cukai.

Jadi soalan yang menarik untuk ditanya…..

Barang apa yang akan naik harga mulai dari 1 September dan barang apa yang tak sepatutnya naik harga?

 

Image result for mcd malaysia outlet
Kredit: Trip Advisor

 

Naik harga:

1) Restoran Francais

Restoran francais seperti KFC, McDonald, Tealive, adalah antara yang akan mengalami kenaikan harga sebanyak 6% daripada semasa sebelum 1 September.

Ini kerana di bawah SST yang baru, restoran berdaftar yang mempunyai hasil lebih daripada RM1.5 juta, akan dikenakan SST.

Memandangkan restoran francais ini sangat besar di seluruh Malaysia. Maka hasil mereka semestinya lebih daripada RM1.5 juta. Dan sebab itu mereka pasti dikenakan SST.

 

2) Barangan elektrik

TV? Smartphone? Mesin Basuh? Ini semua antara senarai barangan yang berkemungkinan mengalami kenaikan harga di bawah SST, berbanding zaman GST 0%

Untuk barangan-barangan ‘high ticket item’ sebegini, memang umumnya di bawah SST 10%, akan lebih mahal walau berbanding di bawah GST 6% sekalipun

Jadi kalau lepas ni pergi survey barangan elektronik dan tengok harga naik. Bersabarlah ye.

 

3) Kereta

Harga kereta CKD akan lebih mahal berbanding GST 0%, tetapi ianya lebih murah daripada GST 6%.

CKD ni apa? CKD ni kereta yang dipasang di Malaysia. Kebanyakan kereta Honda, kereta Perodua, semua ini adalah CKD.

Tetapi untuk kereta CBU, ianya lebih mahal walau berbanding GST 6% sekalipun

 

4) Penggunaan kad kredit

Antara perkara yang paling menyedihkan di bawah SST, adalah kad kredit akan dikenakan cukai RM25 setahun untuk setiap kad.

Bermaksud kalau anda ni jenis suka apply je kad kredit selama ni, sebab dapat benda-benda free ke, dapat diskaun beli tiket wayang ke. Cuba kira balik. Berbaloi ke tidak diskaun / cashback yang diperolehi berbanding caj RM25 untuk setiap kad kredit.

 

Tidak Berubah:

1) Barangan dapur asas

Beras? Minyak masak? Garam? Ayam mentah? Ikan? Telur? Bawang? Susu bayi?

Semua itu dikecualikan SST!

Bermaksud barang-barang ini TIDAK sepatutnya mengalami kenaikan harga.

Kalau barang ni naik harga jugak, boleh lapor kepada KPDNKK ye.

 

Image result for pasar basah
Kredit: Utusan Online

 

2) Restoran dengan hasil bawah RM1.5 juta setahun

Atau dengan kata lain bawah daripada RM125,000 sebulan

Hasil sebanyak ini memang hanya boleh diperolehi oleh restoran yang sangat ramai orang atau mempunyai cawangan yang banyak sahaja.

Jadi maksudnya kedai-kedai makan yang kerusi pun tak penuh masa lunch hour tu, kedai-kedai ni sepatutnya tidak dikenakan SST. Maka harganya patut tak berubah.

Jadi lepas ni kalau ada yang harga naik dengan bagi alasan SST, korang tanya dia hasil setahun sampai RM1.5 juta ke. Kosong je nampak.

Satu lagi, harga asas tak patutnya naik. Dalam resit pula sepatutnya akan ada tunjuk berapa bayaran cukai perkhidmatan SST 6%. Kalau restoran tu harga naik, tak bagi resit. Atau dalam resit tak tunjuk 6% SST.

Telefon KPDNKK.

 

3) Kapcai

Haa. Berita gembira buat semua yang suka untuk menaiki motor untuk berjimat di luar sana.

Motor kapcai, atau motor dengan kuasa enjin bawah daripada 200cc, tidak dikenakan SST

Jadi kalau sebelum ni ada survey nak beli kapcai, dan risau harga naik lepas SST, jangan risau. Harga tak sepatutnya naik.

Kalau naik jugak, macam biasa, telefon KPDNKK.

Itulah sedikit sebanyak. Pastikan kita tahu hak kita sebagai pengguna. Jangan lepas ni makcik jual kuih tepi jalan pun naikkan harga dengan bagi alasan SST!

 

ARTIKEL BERKAITAN

Adakah dengan SST harga akan turun?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara¬†mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…