fbpx

Strategi Malaysia Airlines Kembali Gemilang

Oleh : Wan Syarafiz
27 September 2018 - 5:44 pm

Reading Time: 4 minutes
  • Malaysia Airlines mempunyai produk yang bagus tetapi jenama mereka lemah di peringkat antarabangsa – Corrine Png
  • Indeks Kepuasan Pelanggan Malaysia Airlines telah meningkat naik kepada 76%

 

Dalam artikel Kapital.my sebelum ini, kami ada mengupas mengenai pelan penstrukturan Malaysia Airlines yang dilihat seolah-olah gagal membuahkan hasil.

 

Dan dalam artikel kali ini pula, kami akan menceritakan sedikit sebanyak faktor-faktor yang mempengaruhi usaha mereka serta strategi yang dilaksanakan bagi memulihkan syarikat penerbangan nasional itu.

 

Pelan penstrukturan Malaysia Airlines merupakan rangka inisiatif daripada Khazanah Nasional Berhad yang mengambil inspirasi kejayaan Japan Airlines untuk keluar daripada masalah muflis.

 

Japan Airlines sebelum ini telah difailkan sebagai muflis atau bankrap pada tahun 2010 setelah 10 tahun mengalami kerugian. Namun, syarikat itu kemudiannya berjaya dipulihkan dan kembali ke pasaran saham dalam masa kurang tiga tahun.

 

Setakat ini, pelan penstrukturan Malaysia Airlines telah berjalan untuk tempoh empat tahun namun masih gagal mencapai kejayaan seperti yang diharap-harapkan.

 

Menurut CEO Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail, beberapa faktor telah mempengaruhi kegagalan syarikat penerbangan itu untuk meraih pulangan modal (break even) seperti yang pernah dinyatakan oleh mantan CEO, Christoph Muller sebelum ini.

 

“Kami telah mencatatkan perkembangan yang baik pada tahun 2016, namun pada tahun 2017 kami telah terkebelakang sedikit disebabkan oleh headwinds, kenaikan harga minyak serta matawang yang lemah”

 

“Ini ditambah lagi dengan strategi yang fokus kepada load factor penumpang berbanding kepada yield factor. Ini meletakkan kita berada beberapa langkah di belakang berbanding apa yang kita telah capai pada tahun 2016”, ujar Izham dalam temubual bersama The Edge sebelum ini.

 

Image result for izham ismail malaysia airlines
Kredit: New Straits Times

 

Antara perkara yang mungkin tidak diketahui oleh orang ramai ialah 70% kos yang ditanggung Malaysia Airlines adalah dalam bentuk matawang US Dollar. Pada tahun ini, minyak telah mencatatkan peningkatan harga sebanyak 13% dan dalam masa yang sama juga matawang ringgit telah susut nilai sebanyak 3%.

 

Faktor harga minyak yang meningkat dan susutnya nilai ringgit ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada Malaysia Airlines yang masih bergelut untuk mencatatkan break even.

 

Selain itu, pertukaran CEO sebanyak empat kali juga membuatkan Malaysia Airlines kerap kali bertukar strategi. Ahmad Jauhari dan Peter Bellew sebelum ini merangka strategi untuk fokus kepada load factor. Manakala, Christoph Mueller dan Izham pula lebih fokus kepada yield factor.

 

Apa itu load factor dan yield factor?

 

Dalam industri syarikat penerbangan, load factor ialah peratusan jumlah penumpang dalam setiap kapal terbang. Ia dikira dengan membahagikan jumlah penumpang dengan jumlah keseluruhan kerusi di dalam kapal terbang tersebut.

 

Load Factor = Jumlah Penumpang / Jumlah Keseluruhan Kerusi

Contohnya, jumlah penumpang 120, kapasiti kerusi dalam kapal tebang 150. Jumlah peratusan load factor ialah 120/150 = 0.8 (80%)

 

Manakal yield factor pula dikira berdasarkan hasil pendapatan (revenue), jumlah penumpang dan jarak penerbangan.

 

Yield Factor = Hasil Pendapatan Penerbangan / (Jumlah Penumpang X Jumlah Jarak Perjalanan)

Contohnya, hasil pendapatan RM 25,000, jumlah penumpang 300 dan jarak perjalanan 700 km. Jumlah yield ialah RM25,000 / (300 X 700) = RM0.12 sen

 

Izham menyatakan beliau lebih gembira sekiranya load factor yang dicatatkan ialah 76% ke 78% diikuti nilai yield factor yang tinggi berbanding load factor 85% ke 90% tetapi nilai yield factor berada di tahap rendah.

 

“Syarikat penerbangan tambang murah akan lebih fokus kepada jumlah penumpang atau load factor tetapi bagi Malaysia Airlines, kita akan lebih mengutamakan yield”, ujar Izham.

 

Image result for malaysia airlines
Kredit: The Coverage

 

Pada suku ke-2 tahun 2018, Malaysia Airlines telah merekodkan nilai yield sebanyak 21.4 sen. Jumlah ini menurun sedikit daripada yield yang direkodkan pada suku pertama tahun 2016 pada nilai 22.6 sen.

 

Load factor pula meningkat kepada 78.1% pada suku ke-2 tahun 2018 berbanding 77.8% pada tahun lepas.

 

Menurut CEO firma penyelidikan pengangkutan Crucial Perspective, Corrine Png, Malaysia Airlines telah mengalami kemerosotan penumpang sebanyak 30% berbanding empat tahun lepas. Kemerosotan ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh faktor tragedi MH370 dan MH17 yang menimpa Malaysia Airlines sebelum ini.

 

“Walaupun mereka (Malaysia Airlines) mempunyai produk yang bagus tetapi jenama mereka lemah di peringkat antarabangsa. Oleh itu, mereka tidak mampu untuk mengenakan bayaran premium di kebanyakan laluan”, ujar Corrine Png.

 

Disebabkan hal itu, Malaysia Airlines dilihat tidak mampu untuk bersaing dengan syarikat-syarikat penerbangan tambang murah yang lain.

 

Image result for malaysia hospitality
Kredit: The Star Online

 

Izham Ismail menyedari akan hal ini dan beliau telah bertindak untuk membawa kembali jenama kempen “MH-Malaysia Hospitality” yang sebelum ini pertama kalinya diperkenalkan oleh bekas Pengarah Urusan dan CEO MAS, Datuk Seri Idris Jala.

 

Kempen ini bertujuan memberi penumpang satu nilai tawaran “melayan pelanggan seperti kita melayan tetamu yang datang ke rumah dan memberi pengalaman perjalanan yang lancar kepada mereka”.

 

Di bawah pimpinan Izham, satu jabatan Customer Experience telah ditubuhkan kerana menurut beliau, syarikat penerbangan premium seperti Malaysia Airlines perlu mempunyai kelebihan daripada sudut customer experience untuk bersaing dengan syarikat penerbangan lain.

 

Usaha beliau ini telah pun menampakkan hasil apabila Indeks Kepuasan Pelanggan bagi Malaysia Airline telah meningkat naik daripada 72% pada tahun lepas kepada 76% tahun ini.

 

Menurut Izham, Pelan Penstrukturan Malaysia Airlines merupakan pelan perniagaan yang telah dirangka empat tahun lepas berdasarkan ramalan terbaik pada waktu itu. Kini, banyak perubahan telah berlaku dan syarikat penerbangan itu perlu menyesuaikan diri dalam persekitaran pasaran dan ekonomi yang baru.

 

Ditambah pula dengan pertukaran kerajaan dan pelantikan Pengarah Urusan Khazanah yang baru, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Malaysia Airlines seharusnya dipacu ke arah kejayaan kerana sebanyak RM6 bilion telah diperuntukkan dalam pelan penstrukturan bagi menghadirkan kegemilangan buat syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines!

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…