fbpx

TNB Pesaing Terbaik Bagi Menghentikan Monopoli TM

Oleh : Kauthar Rozmal
13 September 2018 - 12:04 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Kabel fiber optik pertama TNB dipasang pada tahun 1975 dan sehingga kini panjang kabelnya melebihi 12,000 km
  • TNB memulakan projek percubaan servis jalur lebar di Melaka

 

Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dikenali sebagai pembekal servis elektrik di Malaysia kini bakal memasuki pasaran servis jalur lebar. Menurut menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, beliau memaklumkan pihaknya sudah memulakan perbincangan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuka persaingan kepada monopoli Telekom Malaysia (TM).

 

“Saya telah mulakan perbincangan dengan TNB. TNB boleh menggunakan infrastruktur fiber mereka yang sedia ada, terutama di semenanjung.

“Jadi saya telah adakan perbincangan dengan TNB supaya mereka boleh jadi satu pembekal infrastruktur besar,” Gobind

 

Menurut laporan daripada World Bank Malaysia’s Economic Monitor pada Jun 2018, mereka menyatakan bahawa kekurangan persaingan merupakan punca harga servis jalur lebar yang mahal dan kelajuan internet yang rendah.

 

Sehingga Mac 2018, terdapat 2.6 juta pengguna jalur lebar berdaftar, Gobind berkata bahawa banyak lagi ruang bagi penyedia servis jalur lebar untuk berkembang.

 

Pada awal Januari 2018, TNB dan TM telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi bekerjasama dalam menjayakan Pelan Fiber Seluruh Negara. Mengikut pelan tersebut, kedua-dua GLC akan berkerjasama dan menggunakan kepakaran masing-masing bagi meningkatkan kadar capaian internet di seluruh Malaysia.

 

Bagaimana pun MoU tersebut telah dibatalkan bagi menghentikan monopoli ke atas servis infrastruktur fiber di Malaysia. Gobind menyatakan beliau akan menggantikan Pelan Fiber Seluruh Negara dengan Pelan baru bagi memastikan capaian internet yang lebih luas.

 

Kerajaan menyarankan TNB untuk menawarkan rangkaian optik fibernya kepada penyedia servis telekomunikasi (telcos) yang lain bagi mewujudkan persaingan dan memberikan pilihan kepada penyedia servis.

 

“Saya secara peribadinya telah meminta TNB untuk mengambil projek ini dan mereka bersetuju untuk mempertimbangkannya” – Gobind

 

Image result for internet tower malaysia
Kredit : Redtone

 

Penyertaan TNB dalam menyediakan servis jalur lebar bukanlah perkara yang mengejutkan kerana TNB telah pun mempunyai infrastruktur optik fiber tersedia bagi menampung kapasiti pengguna yang tinggi.

 

Kabel optik fiber pertama TNB dipasang pada tahun 1975 dan sehingga kini panjang kabelnya melebihi 12,000 km. Mereka telah melaburkan RM10 bilion untuk memasang infrastruktur ini. Mereka hanya menggunakan rangkaian fiber tersebut untuk kegunaan sendiri dan masih banyak lagi ruang untuk mereka menyewakannya kepada syarikat telekomunikasi yang lain.

 

TNB juga mempunyai unit komunikasi dan multimedianya sendiri yang akan membantu untuk menguruskan rangkaian optik fiber mereka.

 

Ianya lebih murah untuk syarikat telekomunikasi menyewa rangkaian fiber optik berbanding membinanya sendiri. Oleh kerana TNB sedia ada mempunyai rangkaiannya sendiri, kos pembelian tanah, kos menggali dan pemasangan dapat dikurangkan. Selain itu, kos penyediaan rangkaian juga akan menjadi lebih pantas.

 

Related image
Kredit : Nas IT Solution

 

Syarikat telekomunikasi yang lain hanya perlu memilih sama ada mahu menggunakan rangkaian TNB atau TM. Perkara ini bukanlah perkara yang baru, ianya telah lama diamalkan oleh negara luar. Korea Electric Power Corp telah menyewakan rangakainnya semenjak tahun 1993. Pada tahun 2001 pula, Jepun mewajibkan penggunaan tiang dan saluran eletrik bagi penyediaan servis internet. Di US pula, mereka telah mengamalkan konsep ini semenjak 30 tahun lepas.

 

Buat masa sekarang, penyedia servis jalur lebar yang ada di Malaysia adalah TM, Time dotCom Bhd dan Maxis Bhd. Maxis bergantung kepada rangkaian TM bagi menyediakan servis jalur lebar manakala Time pula hanya didapati di bandar utama sahaja. Axiata pula bercadang untuk memasuki pasaran jalur lebar pada tahun hadapan.

 

Terkini, TNB memulakan projek percubaan di Jasin, Melaka dengan harapan dapat menyediakan servis jalur lebar yang lebih laju, murah dan capaian lebih besar kepada semua penduduk Malaysia.

 

“Projek percubaan ini dijangka siap menjelang hujung tahun 2018. Kawasan yang terlibat adalah Taman Merbau, Taman Maju dan Felda Kemendor merangkumi 1,100 daripada 4,300 rumah yang ada di kawasan tersebut,” Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie.

 

Projek percubaan ini dapat menjadi platform untuk mencuba konsep Open Access. Konsep ini boleh menarik penyedia servis telekomunikasi yang baru dan lama. Dengan ini harga servis jalur lebar dapat diturunkan.

 

Diharapkan selepas kemasukan TNB dalam pasaran penyediaan servis optik fiber akan wujud persaingan sihat yang memberikan manfaat kepada rakyat. Perkara ini seiring dengan matlamat Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk meringankan beban rakyat dengan mengurangkan bayaran jalur lebar sebanyak 25% menjelang hujung tahun ini.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…