fbpx

Tun Daim Dedahkan Strategi PH Sebelum & Selepas PRU14

Oleh : Kauthar Rozmal
07 September 2018 - 6:07 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Sikap bongkak dan angkuh pemimpin UMNO punca kekalahan BN
  • Angka palsu diberikan oleh kerajaan BN

 

Semasa ditemu bual dalam rancangan soal rakyat, Tun Daim selaku Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) membuka cerita mengenai strategi Pakatan Harapan sebelum dan selepas PRU yang lepas.

 

Antara faktor kemenangan PH adalah sikap bongkak dan angkuh pemimpin UMNO yang membuatkan masyarakat jelik terhadap mereka. Dua strategi yang dirancang Tun Daim bagi menumpaskan BN adalah dengan mewujudkan kepercayaan kepada rakyat bahawa MCA dan MIC sudah tidak relevan serta menyerang FELDA yang menjadi ‘simpanan tetap’ BN.

 

“Mereka (UMNO) juga sombong sekali. Kalau dalam adat kita, mereka biadab juga dan kita tidak boleh terima. Mereka terlebih yakin. MCA juga biadab. Mereka kata ‘undi biru tua, jangan undi orang tua’. Rakyat Malaysia tidak boleh terima ini,” katanya.

 

Ketika di ambang kemenangan PH pada 9 Mei yang lalu, Tun Dr Mahathir berkata bahawa Malaysia harus cuti pada hari Khamis dan Jumaat. Ramai pihak meramalkan bahawa PH tidak mungkin menang PRU 14 ini termasuklah Singapura.

 

Berita kemenangan PH memberikan kejutan besar kepada semua orang termasuklah pelabur-pelabur daripada Luar Negara. Kebiasaannya pasaran saham akan jatuh apabila berlakunya berita diluar jangka. Tun Dr Mahathir telah pun bersedia dengan perkara ini.

 

Dengan cuti panjang selepas PRU, pasaran saham mempunyai tempoh bertenang untuk menyerap berita itu dan memberikan keyakinan semula kepada pelabur. Semua pihak terbabit dalam pasaran saham dipanggil bermesyuarat pada malam tersebut bagi menentukan hala tuju mereka serta menstabilkan pasaran saham.

 

Pasaran saham jatuh daripada 1,862 mata pada 15 Mei ke 1,670 mata pada 28 Jun lalu. Bagaimana pun ianya kembali stabil sekitar 1,800 mata sepanjang bulan Ogos lalu.

 

Image result for bursa malaysia
Kredit : NST

 

Selain itu, cuti tersebut memberikan tempoh masa bagi kerajaan untuk menyemak semula status kewangan dan ekonomi negara. Malam 10 Mei tersebut mereka bermesyuarat sehingga jam 12 malam. Mereka terkejut kerana angka yang diberikan selama ini adalah angka palsu. Tun Daim memberitahu Tun Dr Mahathir untuk menyemak semula semua fail kewangan dan agensi ekonomi bagi mendapatkan angka sebenar.

 

Selepas itu, Tun Dr Mahathir mewujudkan Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) sebagai badan penasihat yang cuba untuk memulihkan kerosakan terhadap ekonomi Malaysia yang dilakukan BN. Antara perkara awal yang dilakukan MPK adalah melihat semula lantikan-lantikan pengarah GLC. Mereka ingin memastikan adakah agensi tersebut benar-benar menjana ekonomi negara dan menghasilkan keuntungan.

 

Mereka memanggil semua pengarah GLC untuk berjumpa dengan MPK dan menceritakan hal yang sebenar. Seterusnya MPK akan menyediakan laporan dan kemudiannya diserahkan kepada Perdana Menteri.

 

Baca : SENARAI TOKOH YANG LETAK JAWATAN SELEPAS PH MENANG

Baca : ADAKAH GAJI GLC MALAYSIA TERLALU TINGGI?

Baca : LANTIKAN POLITIK DALAM SYARIKAT GLC NEGERI – LAPORAN IDEAS

 

Merujuk wawasan 2020 pula, Tun Daim menyatakan untuk mecapainya adalah satu perkara yang mustahil. Antara syarat menjadi negara maju adalah rakyat berpendapatan tinggi. Tun Daim berkata bahawa hampir 7 juta orang masih menerima BR1M, ia menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

 

Untuk mencapai status negara maju, Tun Daim berkata kita boleh bermula dari sekarang di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir dengan memperbetulkan kesilapan dan kemudian diteruskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Menyebut tentang wawasan 2020, Tun Dr Mahathir turut memberikan kenyataan bahawa beliau mempunyai perancangan untuk mewujudkan kereta nasional 3.0. Menurutnya, ia bakal membuka peluang buat rakyat Malaysia menerajui bidang kejuruteraan dan tidak hanya bergantung kepada pasaran luar.

 

Image result for kereta nasional
Kredit : Sarawakvoice

 

“Sekiranya kita tidak mahu berkorban dan hanya membuka peluang kepada barangan yang diimport, maka duit hanyalah mengalir keluar dan tidak masuk. Justeru, terpulang kepada anda untuk membuat keputusan,” katanya pada sesi dialog Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018.

 

Baca : NEGARA INI MEMERLUKAN KERETA NASIONAL BARU, APA KOMEN PAKAR?

Baca : WAJARKAH MALAYSIA MEMPUNYAI KERETA NASIONAL KEDUA?

 

Tun Daim berkata, bagi mengelakkan berlakunya lagi perkara-perkara rasuah dan salah guna kuasa, kita perlu bermula dari bawah melalui sistem pendidikan. Kerajaan perlu menukar dasar pendidikan negara bagi melahirkan masyarakat yang berintegriti.

 

Beliau memberi pesanan supaya rakyat memberikan tempoh masa kepada kabinet untuk membaiki semula kerajaan dan merancang langkah-langkah baharu. Demi mencapai hasrat menjadi negara maju, rakyat perlu memberikan kerjasama dengan kerajaan untuk sama sama menjadikan ianya satu realiti.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…