7 Apartment Bawah RM300,000 Di Selangor
Mempunyai rumah untuk didiami adalah keperluan asas bagi segenap umat manusia lebih – lebih lagi bagi mereka yang telah mempunyai orang rumah.
Namun begitu, dek kerana kesempitan ekonomi dan kos sara hidup yang menekan, golongan marhaen khususnya B40 dan M40 dilihat sukar untuk mempunyai sekeping geran hak milik rumah.
– Apa Itu B40 dan M40? Baca Di Sini
Oleh yang demikian, tim Hartabumi sekali lagi hadhir dengan solusi kepada anda yang mencari hartanah jenis apartment pada harga bawah RM300,000 di Lembah Klang.
Buat pengetahuan anda, sebelum anda membuat kira – kira bayaran bulanan rumah, ada baiknya anda kira kelayakan harga rumah yang sesuai untuk anda. Hal ini bagi memudahkan anda mencari harga rumah yang sesuai.
– Baca Mengenai Semak Kelayakan Anda Dahulu
Dan selepas anda telah kira Debt Service Ratio anda, tibalah masa untuk anda ketahui secara holistik senarai semak sebelum beli rumah.
Punca utama anda perlu tahu mengenai senarai semak sebelum beli rumah adalah supaya anda mampu membuat persediaan awal kerana proses jual beli rumah boleh dikatakan agak rumit.
– Senarai Semak Sebelum Beli Rumah Pertama
7 Apartment Bawah RM300,000 Di Selangor
1. Flat Taman Bukit Mewah, Kajang (RM115,000)
Hartanah dengan jenis geran Master ini yang terletak di Kajang, Selangor ini mempunyai saiz binaan 668 kps dan terletak berdekatan dengan pelbagai fasiliti lain. Hartanah ini terletak di kawasan yang kurang sesak dengan suasana tetangga yang harmoni.
2. Flat Seksyen 24 Shah Alam (RM125,000)
Flat kos rendah ini dijual dibawah harga pasaran dan memegang status geran Strata. Flat dengan 2 kamar dan 1 tandas ini berkeluasan 650 kps dan berada di dalam kawasan yang matang. Kawasan persekitaran adalah bersih dan permintaan sewa rumah adalah sangat tinggi di kawasan ini.
3. Pangsapuri Flora Damansara (RM180,000)
Apartment ini mempunyai keluasan 850 kps dan memegang status geran individu terletak di Damansara Perdana. Pada harga ini, anda mendapat 3 kamar dan 2 tandas. Apartment ini menjadi rebutan kerana menjadi area hot untuk penyewa yang bekerja di sekitar Mutiara Damansara dan Bandar Utama.
4. Apartment Seri Murni (RM190,000)
Hartanah yang terletak di Selayang ini mempunyai keluasan 826 kps dengan 3 kamar dan 2 tandas. Apartment ini adalah ‘partially furnished’ dan terletak berdekatan sekolah, bank, pasar borong, restoran dan hospital.
5. Laman Suria Apartment (RM250,000)
Pangsapuri yang terletak di Kajang dengan keluasan 840 kps ini menawarkan 3 kamar dan 2 tandas. Kemudahan yang ditawarkan ialah taman permainan dan kolam renang. Anda akan mendapat 3 penghawa dingin dan 2 pemanas air.
6. Apartment Cheras Intan (RM290,000)
Apartment dengan 3 kamar 2 tandas ini mempunyai saiz binaan 850 kps dan terletak di Batu 9, Cheras. Antara kemudahan yang ditawarkan ialah taman permainan dan sekuriti 24 jam (akses kad). Terletak berdekatan Giant Batu 9, Tesco Cheras, Hospital Pantai dan stesen MRT Sri Raya.
7. Apartment Astana Alam (RM165,000)
Terletak di Puncak Alam, apartment dengan saiz binaan 760 kps beserta 3 kamar dan 2 tandas ini mempunyai sekuriti 24 jam. Kabinet dapur dan almari di kamar utama telah direnovasi.