fbpx

800 Warga Emas Di Malaysia Jana RM5.6 Juta Melalui Airbnb

Oleh : Wan Syarafiz
23 Oktober 2018 - 5:33 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Pada tahun 2017, Airbnb dikatakan telah menyumbang sebanyak RM200.4 juta kepada ekonomi Malaysia
  • Pelaksanaan cukai pelancongan ke atas servis Airbnb masih dalam kajian – Menteri Pelancongan

 

Seramai 800 warga emas tempatan yang berusia lebih daripada 60 tahun di Malaysia berjaya menjana pendapatan sebanyak RM5.6 juta dalam tempoh setahun lepas melalui Airbnb. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Airbnb berkenaan pasaran Airbnb di Malaysia yang semakin berkembang pesat.

 

Airbnb yang berasal daripada perkataan “Air Bed and Breakfast” adalah satu perkhidmatan yang diasaskan pada tahun 2008 oleh Brian Chesky, Joe Gebbia dan Nathan Blecharczyk di mana pemilik rumah (host) boleh menyewakan unit kediaman mereka kepada pelancong yang mahu mencari tempat penginapan dalam jangka masa singkat (short time rental).

 

Sejak ditubuhkan, Airbnb telah meraih pelanggan dengan pesat dan berkembang ke hampir seluruh dunia. Airbnb kini boleh digunakan di 190 buah negara, 34,000 bandar dengan jumlah keseluruhan unit kediaman sebanyak 2.5 juta di seluruh dunia.

 

Image result for airbnb malaysia
Kredit: PropXpress

 

Di Malaysia pula, dilaporkan kumpulan warga emas merupakan golongan host yang paling berkembang pesat dalam komuniti Airbnb di Malaysia. Setakat September lepas, host daripada golongan ini adalah seramai 584 orang dan kini selepas tempoh setahun, jumlah host warga emas ini meningkat sebanyak 51.37% kepada 884 orang.

 

Peningkatan jumlah host daripada kalangan warga emas ini sebenarnya bukanlah senario yang berlaku kepada Airbnb di Malaysia sahaja tetapi juga di seluruh dunia. Menurut sumber, jumlah host Airbnb daripada kalangan warga emas ini berjumlah seramai 400,000 orang di seluruh dunia.

 

Airbnb and Malaysia a match made in heaven – Robin Kwok, Pengurus Airbnb Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan

 

Jika dilihat kepada perkembangan ini, apa maknanya?

 

Menurut Robin Kwok, jumlah pelancong yang datang dan menggunakan perkhidmatan Airbnb di Malaysia adalah seramai 1.5 juta orang sepanjang tahun 2017. Melalui servis home-sharing ini, Airbnb dikatakan telah menyumbang sebanyak RM200.4 juta kepada ekonomi Malaysia.

 

Dan jumlah ini diramal bakal bertambah dengan pesat lagi berdasarkan purata peningkatan pelancong yang menggunakan Airbnb di Malaysia sebanyak 139% dari tahun ke tahun.

 

Berdasarkan nilai peningkatan 139% pelancong menggunakan Airbnb di Malaysia ini, ia adalah yang tertinggi direkodkan di rantau Asia!

 

Menjelang tahun 2020 juga, industri pelancongan di Malaysia dinyatakan akan menyumbang kira-kira RM103.6 bilion kepada pendapatan kasar negara dengan sasaran bilangan pelancong lebih 36 juta orang.

 

Image result for airbnb malaysia
Kredit: New Straits Times

 

Kalau dilihat kepada statistik ini, Airbnb di Malaysia boleh dikatakan sebagai lubuk untuk menjana duit terutamanya kepada pemilik rumah yang memiliki beberapa unit kediaman tetapi masih belum berjaya disewakan.

 

Tetapi membuat duit melalui Airbnb di Malaysia ini tidaklah semudah yang disangkakan. Host akan berdepan dengan risiko kerosakan rumah seperti yang telah terjadi kepada unit kediaman di Jalan Ampang pada tahun lepas.

 

Dalam kejadian itu, seorang host telah menyewakan rumahnya kepada pelancong Arab selama 6 minggu. Walau bagaimanapun, apa yang mengejutkan ialah host tersebut mendapati rumahnya berdepan dengan kerosakan yang amat teruk. Bukan itu sahaja, bil eletrik juga melambung tinggi. Dipercayai pelancong yang menginap di rumah Airbnb tersebut ialah seorang penagih dadah.

 

Image result for airbnb malaysia
Kredit: Perak Today

 

Situasi sebegini sedikit sebanyak mengganggu perniagaan Airbnb di Malaysia kerana orang ramai mula berasa tidak selesa dan kurang selamat apabila rumah berdekatan atau dalam kawasan yang didiami mereka menawarkan servis Airbnb.

 

Sebagai contoh, kini terdapat penduduk yang mendiami beberapa kondominium di sekitar Kuala Lumpur atau Damansara mula membuat aduan kepada pihak pengurusan dan telah menjalankan undian pada sesi Annual General Meeting (AGM) bagi melarang mana-mana pemilik unit kediaman daripada menyewakan rumah mereka melalui Airbnb.

 

Selain daripada itu, dengan perubahan kerajaan persekutuan yang baru, cukai pelancongan yang akan dikenakan terhadap Airbnb juga masih kurang jelas. Sebelum ini, kerajaan telah mengenakan caj RM2.50 hingga RM20 untuk setiap bilik hotel bagi setiap malam berdasarkan penarafan hotel berkenaan.

 

Tetapi status Airbnb di Malaysia masih dianggap berada dalam “grey area” kerana servis yang ditawarkan Airbnb dianggap sebagai home-sharing dan bukannya berada dalam kategori premis penginapan pelancongan seperti hotel.

 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi juga telah menyatakan bahawa Airbnb akan tetap diteruskan dengan pelaksanaan cukai pelancongan ke atas servis ini masih dalam kajian.

 

Dengan statistik dan angka yang dipaparkan ini, Airbnb sememangnya dilihat seperti peluang yang baik kepada rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan. Tetapi dengan dasar kerajaan yang masih kurang jelas, masalah dengan pihak pengurusan kondominium serta risiko yang perlu ditanggung oleh pemilik rumah, adakah ianya disifatkan sebagai berbaloi?

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…