fbpx

Akademi Mokhtar Dahari Perlu Setaraf Bayern Munich – Syed Saddiq

Oleh : Wan Syarafiz
11 Oktober 2018 - 1:34 pm

Reading Time: 3 minutes
  • RM82 juta dibelanjakan untuk pembinaan Akademi Mokhtar Dahari
  • Akademi Inter Milan berbelanja RM28.87 juta setiap tahun bagi program pembangunannya

 

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini menyatakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaporkan sebarang korupsi dan salahlaku dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berjaya dikesan daripada proses audit.

 

Perkara ini disuarakan oleh pihak menteri dilihat sebagai satu tindak balas selepas apa yang terjadi kepada Akademi Mokhtar Dahari. Beberapa hari lepas, Malaysia baru sahaja gempar dengan pendedahan kerosakan yang terjadi di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang.

 

Pendedahan itu tular di laman sosial apabila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melakukan lawatan mengejut ke AMD untuk melihat sendiri perkembangan akademi tersebut.

 

[PENDEDAHAN] Bukti Kontrak Runding Terus RM82j Bina Akademi Mokhtar Dahari

 

Daripada lawatan tersebut, dilaporkan hampir 740 kecacatan dicatatkan di akademi bola sepak yang memakan belanja hampir RM82 juta itu.

 

Lawatan tersebut dibuat susulan daripada kekalahan skuad bola sepak bawah 16 tahun yang kalah di peringkat kumpulan dalam kejohanan bawah 16 tahun Asia. Ekoran kekalahan tersebut juga, jurulatih skuad tersebut, Lim Teong Kim telah dipecat.

 

Rakyat tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi?

 

Saddiq dengan lantang mengkritik pihak kontraktor AMD yang dibayar dengan harga RM82 juta tetapi kerja yang dilaksanakan dikatakan tidak setimpal dengan bayaran.

 

Image result for akademi mokhtar dahari
Kredit: Majlis Sukan Negara

 

Beliau kemudian dipetik berkata kepada pihak wartawan selepas sesi Town Hall NFDP,

 

“AMD harus menjadi pusat kejayaan, setaraf dengan Akademi Bayern Munich, Jepun dan Korea Selatan, tetapi apabila terjadi perkara sebegini, terlalu banyak kekurangan”.

 

Menteri Belia dan Sukan mahu AMD setaraf Bayern Munich, Jepun dan Korea Selatan tetapi mengkritik perbelanjaan untuk program NFDP. Wajarkah?

 

“Kita sudah membelanjakan berpuluh juta ringgit namun masih di sini. Jelas perlu ada penstrukturan semula kerana kita tidak berada pada kedudukan yang selesa atau selamat. Banyak yang perlu dilakukan”, ujar Saddiq sebelum ini.

 

Image result for syed saddiq naik basikal
Kredit: Twitter

 

Tetapi jika mahu dibandingkan dengan kos pembangunan bola sepak di negara-negara lain, adakah terlalu mahal kos dibelanjakan untuk NFDP?

 

Ini kerana NFDP merupakan satu program pembangunan akar umbi bagi sukan bola sepak yang melibatkan banyak peringkat umur. Ia adalah satu projek pembangunan yang berskala besar dengan melibatkan pembangunan jurulatih, akademi tunas, menyertai kejohanan luar negara dan banyak lagi.

 

Mari kita semak pula laporan yang dikeluarkan oleh European Club Association bagi program pembangunan bola sepak akademi di benua Eropah.

 

Akademi bola sepak FC Barcelona yang dikenali sebagai La Masia dilaporkan perlu berbelanja sebanyak EUR10 juta (RM48.11 juta) setiap tahun dan ini belum lagi termasuk kos untuk skuad bawah 19 tahun dan Barcelona B.

 

Di Milan pula, akademi kelab Inter Milan memerlukan kos sekitar EUR6 juta (RM28.87 juta) setiap tahun untuk disalurkan kepada program pembangunan skuad muda Inter Milan.

 

Berdasarkan angka-angka ini, program pembangunan untuk membentuk satu skuad senior yang kuat memang memerlukan belanja yang tinggi.

 

Image result for nfdp
Kredit: Inikan Bola

 

Berapa pula yang telah dibelanjakan untuk program NFDP?

 

NFDP dilaporkan telah membelanjakan kira-kira RM80 juta sejak mula ditubuhkan pada tahun 2014. Jika dilihat kepada kos ini, adakah wajar bagi Syed Saddiq mengkritik perbelanjaan untuk program NFDP?

 

Menurut Saddiq, beliau mengkritik kerajaan terdahulu kerana menjanjikan RM20 juta setiap tahun kepada NFDP tetapi jumlah yang diberi bukan seperti apa yang dijanjikan.

 

Beliau dalam masa yang sama juga menyatakan pihak KBS akan tetap meneruskan program NFDP ini kerana ianya adalah satu program yang bagus tetapi beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan.

 

“Kita tidak boleh menghentikan NFDP kerana ia adalah program yang bagus. Ia pembangunan akar umbi yang membabitkan seluruh negeri. Namun perlu ada penstrukturan semula dan perbincangan rapi bersama pihak berkepentingan untuk melangkah ke depan,” kata Syed Saddiq.

 

Jika dilihat kepada kerosakan yang berlaku kepada AMD dan juga belanja yang perlu dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi menanggung program NFDP ini, adakah wajar ia diteruskan? Dan jika kita lihat kebanyakan program pembangunan bola sepak di luar negara, ia ditanggung oleh pihak kelab sendiri dan bukannya pihak kerajaan.

 

Sampai bila program pembangunan bola sepak harus dibiayai oleh pihak kerajaan? Atau sememangnya ia tanggungjawab kerajaan kerana kelab-kelab bola sepak di Malaysia masih belum berada pada situasi kewangan yang kukuh?

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…