fbpx

Anda Mahu Ada Solusi Kepada Grab Dan Teksi Atau Anda Pilih Grab Sahaja?

Oleh : Kauthar Rozmal
22 Oktober 2018 - 6:54 pm

Reading Time: 5 minutes
  • Selepas Grab memonopoli pasaran e-panggilan, terdapat beberapa aduan bahawa tambang dikenakan Grab lebih mahal berbanding teksi
  • Servis e-hailing akan dikawal selia oleh kerajaan bermula 12 Julai melalui Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial (Pindaan) 2017

Tun Dr Mahathir Mohamad ingin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ekoran 10 orang pemandu teksi yang bertindak biadap kerana tidak bersetuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.

 

Isu Grab dan teksi bukanlah isu yang baru dibincangkan sehari dua ini. Tetapi ianya telah pun menjadi perdebatan hangat sejak Uber memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2013.

 

Kredit: Tech In Asia

 

Bagi pemandu teksi, ianya dilihat sebagai ancaman kepada sumber pendapatan mereka. Bagi pengguna pula, mereka lebih menyukai Grab kerana tambang yang lebih murah dan servis yang mudah.

 

“Bukan saja murah, kita boleh memilih kereta mewah dan bersih. Kita juga tidak perlu bergaduh dengan pemandu mengenai tambang atau kenapa tidak menggunakan meter seperti berlaku dengan pemandu teksi,”  pengguna e-panggilan.

 

Tahun demi tahun, ada sahaja bantahan dan demonstrasi dilakukan oleh pemandu teksi terhadap perkhidmatan e-panggilan ini.

 

“Suatu ketika dulu pemandu teksi menyokong penuh usaha MyTeksi namun selepas ia berjaya ke tahap tinggi, syarikat itu memperkenalkan pula perkhidmatan kenderaan membawa penumpang tanpa lesen.

“Tindakan itu menutup periuk nasi pengusaha dan pemandu teksi, apatah lagi ia beroperasi tanpa kawalan,” Penasihat Big Blue Taxi Service, Datuk Shamsubaharin Ismail.

 

Bantahan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malahan ianya turut berlaku di negara-negara yang lain.

 

Di Korea, 25,000 pemandu teksi berdemostrasi dengan membawa sepanduk “Hapuskan industri e-panggilan yang mengabaikan industri teksi”.

 

Pemandu teksi menutup laluan Fleet Street , London.

 

Selain itu, di London, pemandu teksi menutup laluan Fleet Street sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

 

Ianya bukan kerja yang mudah bagi kerajaan untuk menyelesaikan isu ini. Mereka tidak boleh melawan arus teknologi tapi dalam masa yang sama perlu menjaga kebajikan ribuan pemandu teksi. Bak kata pepatah ditelan mati emak diluah mati bapak.

 

Untuk menyelesaikan masalah ini, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan supaya kebajikan semua pihak terjaga.

 

Siapa yang lebih murah, teksi atau Grab?

Sebelum Uber menjual perkhidmatannya kepada Grab, harga tambang Grab dan Uber jauh lebih murah berbanding tambang teksi.

 

Namun selepas Grab memonopoli pasaran e-panggilan, terdapat beberapa aduan bahawa tambang dikenakan Grab lebih mahal berbanding teksi bagi sesetengah perjalanan.

 

“Grab melakukan kenaikan tambang sebelum peralihan uber lagi, menjadikan perjalanan singkat lebih mahal, lebih banyak pendaptan kepada mereka. Kemudian perkhidmatan yang sangat buruk, “komen Amaan Farro di halaman Facebook Grab.

 

Sebahagian daripada aduan pengguna Grab di laman Twitter

Cara penempahan dan sistem

Selain harga tambang, perbezaan ketara antara Grab dan teksi adalah sistem yang digunakannya.

 

Kebanyakan Teksi masih lagi mengekalkan cara penempahan tradisional sama ada melalui panggilan telefon atau menunggu di stesen teksi. Namun ada sesetengah pemandu yang telah mendaftarkan diri sebagai pemandu GrabTaxi.

 

Selain itu, sistem “rating” yang digunakan Grab dilihat mampu menggalakkan pemandunya memberikan servis yang terbaik.

 

“Sedangkan tiada sistem ‘rating’ dikenakan terhadap pemandu teksi. Ini bermakna jika pemandu teksi melakukan kesalahan dan memberikan layanan buruk dia tetap boleh memandu teksi seperti biasa,” Izz Kamil, pemandu Grab.

 

Rata-rata pengguna memilih Grab kerana layanan mesra dan keadaan kereta yang kemas berbanding teksi usang dan pemandu teksi yang dikatakan tidak mesra.

 

Pendapat pengguna tentang servis Grab dan Teksi

 

Baca: Grab Disaman RM19.36 Juta & Rider Lancar Mogok

Baca: [Analisa] Pelan Seterusnya Buat Grab: GrabPay atau GrabFood?

Soal keselamatan pemandu dan penumpang

Jika berlaku sebarang kemalangan, kedua-dua perkhidmatan menyediakan insuran kepada penumpang dan pemandu. Jadi tiada isu keselamatan melibatkan kemalangan disini.

 

Walau bagaimanapun, isu keselamatan pemandu Grab dipersoalkan apabila seorang pemandu grab maut dibunuh Jun lalu.

 

Untuk pengetahuan semua, untuk mendaftar sebagai pemandu, anda perlu menyediakan dokumen kad pengenalan dan lesen memandu. Manakala pendaftaran pengguna tidak memerlukan sebarang dokumen pengenalan.

 

Berikutan itu pemandu Grab menganggap syarat pendaftaran ini berat kepada pihak pengguna sahaja.

 

 

Kenyataan Grab mengenai insuran pengguna di laman web rasminya

 

Teksi mengenakan syarat yang lebih ketat?

Sekarang kita lihat pula dari sudut kos kepada pemandu pula. Adakah menjadi pemandu teksi atau pemandu Grab yang lebih menguntungkan.

 

Untuk mendaftar sebagai pemandu teksi, pelbagai syarat dikenakan seperti Wajib memiliki lesen PSV, melakukan pemeriksaan PUSPAKOM setiap 6 bulan dan wajib membeli meter teksi yang mencecah hampir.

 

Berbeza dengan Grab yang mengenakan syarat yang lebih longgar, cukup sekadar mempunyai lesen memandu dan kenderaan berusia bawah 7 tahun.

 

Oleh sebab itu, rata-rata pemandu teksi menuntut supaya syarat yang sama turut dikenakan kepada pemandu Grab bagi menangani isu keselamatan kenderaan dan mewujudkan persaingan yang lebih adil.

 

Image result for anthony loke
Kredit: The Star

 

Ekoran tuntutan ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan peraturan baru yang bakal dikenakan kepada pemandu Grab.

 

“Servis e-hailing akan dikawal selia oleh kerajaan bermula 12 Julai melalui Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial (Pindaan) 2017. Dengan ini, syarikat e-hailing mesti mendaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan perlu membayar yuran,” Anthony Loke

 

Namun, pengumuman ini mendapat sambutan yang kurang baik daripada pihak pemandu Grab. Menurut mereka peraturan ini bersifat berat sebelah dan memberi kelebihan kepada pemandu teksi.

 

“Dari segi kos servis, tol dan petrol adalah lebih mahal berbanding teksi. Senang kata, kami tidak mempunyai kelebihan berbanding pemandu teksi.

“Pemeriksaan kesihatan dan saringan rekod jenayah masih boleh diterima demi keselamatan penumpang. Tetapi dalam masa sama penumpang juga perlu mendaftar untuk mengelakkan kejadian jenayah seperti pembunuhan seorang pemandu grab baru-baru ini berulang,” kata Firdaus, pemandu Grab.

 

“Perbezaan pemandu Grab berbanding pemandu teksi ialah komisyen. Pihak Grab mengenakan komisyen 20 peratus dari tambang yang kami peroleh berbanding teksi yang hanya dikenakan 10 peratus.

“Sudahlah dikenakan syarat yang sama seperti teksi, tapi akhirnya tambang yang kami peroleh lebih sedikit berbanding teksi. Ini tindakan yang tidak saksama bagi saya,” Izz Kami, pemandu Grab.

 

Sehingga hari ini, masih belum ada jalan penyelesaian “win win situation” bagi kedua belah pihak. Adakah industri teksi akan digantikan sepenuhnya kepada industri e-panggilan? Jika ya, apakah nasib pemandu yang dikatakan pendapatannya semakin hari semakin berkurang?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…