fbpx

Apa Lagi Gamuda Mahu?

Oleh : Syafiq Hanafi
11 Oktober 2018 - 1:26 pm

Reading Time: 2 minutes

Minggu ini kecoh isu mengenai pembatalan MRT2 oleh kerajaan. Perkara menimbulkan kemarahan dalam sesetengah masyarakat kerana menyebabkan 20,000 pekerjaan hilang.

 

Tapi ada juga sebahagian masyarakat yang menyokong tindakan kerajaan itu kerana berpendapat ianya adalah salah satu langkah untuk memperbaiki kewangan negara.

 

Ekoran itu, wujud perdebatan hangat mengenai isu ini di antara dua figura Facebook. Kedua-duanya mengeluarkan fakta dan hujah masing-masing.

 

Menurut saudara Fdaus Ahmad kos yang dicadangkan MMC-Gamuda terlampau tinggi selepas konsultan pakar menyemak semula kos sebenar dan mendapati ianya boleh dijimatkan sehingga RM4-RM5 bilion.

 

Jumlah penjimatan itu diperolehi setelah perbandingan dibuat di antara MRT2 dan beberapa projek metro di negara Asia lain.

 

Image result for mrt2
Kredit: Change.org

 

Lebih menambahkan kehangatan apabila MMC-Gamuda dikatakan tidak mahu mendedahkan pecahan kos sebenar kepada kerajaan.

 

Setelah pengumuman pembatalan, MMC-Gamuda memainkan isu kehilangan 20,000 pekerjaan untuk menekan kerajaan supaya meneruskan projek dengan kos yang tinggi.

 

Saudara Fdaus Ahmad mencadangkan untuk membuat petisyen supaya MMC-Gamuda mengikut permintaan kerajaan berbanding membuat petisyen supaya kerajaan mengikut kehendak Gamuda.

 

Walau bagaimanapun, perkara ini di jawab satu persatu oleh saudara Khairul Azri berserta fakta dan hujah beliau.

 

Kos yang dicadangkan bukanlah kos yang tertinggi kerana MMC-Gamuda dianugerahkan projek MRT 2 kepada mereka secara tender terbuka antarabangsa pada tahun 2016.

 

Baca: Najib Bidas Kerajaan Isu MRT2

Baca: MOF Batal Kontrak MRT2: Siapa Rugi Siapa Untung?

 

MMC-Gamuda menang bidaan dengan bidaan terbaik dari segi teknikal dan harga paling rendah berbanding 2 syarikat dari China. Ini membuktikan MMC-Gamuda telah menawarkan harga yang paling rendah berbanding syarikat lain.

 

Saudara turut mempersoal siapkan konsultan luar yang menyemak semula kos pembinaan tersebut.

 

Perbandingan kos dengan negara asia lain dikatakan tidak tepat kerana struktur geografi setiap negara berbeza. Untuk membina MRT2, kontraktor perlu gali Kenny Hill Formation dan KL lime stone formation sangat karstic.

 

Sebelum kecoh mengenai isu pembatalan projek ini, MMC-Gamuda telah pun menawarkan pengurangan kos sebanyak RM2.3 bilion (24%) Jika kos ingin dijimatkan lagi, mungkin akan wujud risiko melibatkan faktor keselamatan dan keboleh gunaan.

 

Image result for mrt2 construction
Kredit: TheStar

 

Jumlah penjimatan ini juga belum mengambil kira kos pembatalan dan kos pampasan kepada MMC-Gamuda serta kos mencabut semula TBM dan laywork yang telah dilakukan.

 

Bagi menjawab kenyataan Gamuda-MMC menjadikan isu kehilangan pekerjaan sebagai ransom, Saudara Azri berkata kerajaan turut menggunakan isu hutang RM1 trilion sebagai ransom untuk “ikat perut rakyat”.

 

Beliau turut mencadangkan supaya Kementerian Kewangan memanggil Konsultan Jurutera Antarabangsa yang lebih berpengalaman untuk membuat penialian yang lebih berpatutan untuk mendapatkan kos yang sebenar. Jika lebih murah minta Gamuda-MMC untuk ikut kos yang dicadangkan konsultan tersebut.

 

Persoalannya disini, adakah tindakan kerajaan satu tindakan yang bijak? Apakah keputusan muktamad yang bakal diumumkan kerajaan? Yang pasti, rakyat mahukan keputusan terbaik yang memberikan manfaat kepada pihak kerajaan dan juga rakyat.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…