fbpx

Asas Ekonomi: Monopoli & Oligopoli

Oleh : Kauthar Rozmal
26 Oktober 2018 - 11:46 am

Reading Time: 3 minutes

Persaingan merupakan elemen yang penting dalam pasaran. Dengan suasana persaingan yang sihat harga barangan dan servis mampu dikawal supaya ianya tidak terlalu mahal bagi pengguna dan tidak merugikan pihak peniaga.

 

Sebagai contoh, semenjak U Mobile memasuki pasaran jalur lebar di Malaysia pada tahun 2010, harga servis jalur lebar telah turun mendadak. U Mobile telah membawa evolusi baru dalam perkhidmatan jalur lebar kerana tawaran rangkaian terpantas pada harga terendah bagi pelan telefon pintar dan jalur lebar

 

Sebelum ini, servis jalur lebar dianggap sebagai satu bentuk kemewahan oleh kerana harganya yang premium. Di sini kita dapat lihat dengan kewujudan persaingan, harga barang atau servis akan lebih kompetitif.

 

Image result for umobile launching
Kredit: The Star

 

Apakah dia persaingan yang sempurna?

Menurut ahli ekonomi, persaingan yang sempurna dicirikan sebagai kehadiran pembeli dan penjual yang tinggi dalam pasaran serta adanya pelbagai pilihan kepada pengguna. Dalam situasi ini, harga ditentukan oleh bekalan dan permintaan (supply and demand).

 

Contoh paling mudah yang boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita adalah pasaraya. Sebagai pengguna, apa yang mereka pentingkan adalah harga barangan yang murah.

 

Jika pasaraya Giant menaikkan harga telur misalnya, pengguna masih ada pilihan untuk membeli di pasaraya lain seperti Tesco dan Aeon yang mana harga telurnya lebih murah.

 

Oleh sebab strategi menaikkan harga ini, Giant telah kehilangan bahagian pasaran (market share) kepada pesaingnya yang menawarkan harga yang lebih murah.

 

Image result for tesco malaysia
Kredit: Says.com

 

Apa itu monopoli?

Monopoli adalah struktur pasaran di mana hanya ada satu pengeluar sahaja bagi sesuatu produk. Perkara ini boleh terjadi kerana perniagaan tersebut memerlukan modal permulaan yang tinggi, faktor politik, campur tangan kerajaan atau ianya industri yang baru diterokai.

 

Selain itu, dalam sistem monopoli, pengeluar bebas untuk menentukan harga kerana pengguna tidak mempunyai pilihan lain. Di Malaysia, jika anda ingin menonton perlawanan Bola Sepak Inggeris (BPL) anda perlu melanggan Astro ataupun menonton di kedai-kedai mamak.

 

Baca: TNB Pesaing Terbaik Bagi Menghentikan Monopoli TM

Baca: Monopoli Beras Bernas Bakal Berakhir

 

Walaupun Astro telah menaikkan harga siarannya beberapa kali, peminat bola sepak tetap meneruskan langganan mereka kerana Astro adalah satu-satu syarikat yang menyiarkan perlawanan tersebut.

 

Walau bagaimana pun, monopoli mendatangkan kesan yang positif kepada pengguna. Cuba anda lihat Tenaga Nasional Berhad (TNB), ianya merupakan satu bentuk perniagaan monopoli yang dikawal oleh kerajaan bertujuan untuk mengawal harga elektrik. Dalam kes ini, kerajaan telah  menyelaraskan tarif elektrik TNB supaya ianya tidak membebankan rakyat.

 

Image result for petronas stesen
Kredit: Kosmo

 

Apa itu Oligopoli?

Jika monopoli dikuasai oleh satu pengeluar sahaja, oligopoli pula dikuasai oleh beberapa pengeluar dalam pasaran. Mereka mengeluarkan produk yang hampir sama dan saling berganti antara satu sama lain.

 

Dalam pasaran oligopoli jarang berlaku “perang harga”, kebiasaanya mereka lebih fokus kepada kelebihan produk mereka dan manfaat diperolehi jika menjadi pelanggan mereka.

Antara contoh sistem oligopoli adalah industri minyak petrol, rokok dan kenderaan. Industri minyak petrol contohnya mengenakan harga yang sama bagi setiap syarikat petrol, apa yang membezakan mereka adalah ganjaran, points dan kemudahan yang disediakan.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…