fbpx

Bursa Mencatatkan Aliran Dana Asing Tertinggi Berbanding Negara Asean Lain

Oleh : Syafiq Hanafi
05 Oktober 2018 - 5:27 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Aliran dana asing cecah RM514.8 juta
  • Jumlah tertinggi dalam tempoh 22 minggu

MIDF Research melaporkan Malaysia mencatatkan kemasukan dana asing kira-kira RM514.8 juta untuk tempoh perdagangan empat hari pada minggu lalu. Ia juga merupakan jumlah aliran masuk dana asing tertinggi dalam tempoh 22 minggu. MIDF juga melaporkan Malaysia berjaya menarik aliran masuk asing antara yang tertinggi di rantau Asia Tenggara.

 

“Secara umumnya berdasarkan kepada pemerhatian kami, Malaysia mencatatkan aliran dana asing tertinggi di ASEAN jika dibandingkan dengan Thailand, Filipina dan Indonesia,” lapor MIDF Research.

 

MIDF juga melaporkan apa yang berlaku ini mempunyai kaitan dengan perang perdagangan yang berlangsung antara China dan Amerika Syarikat dan ini termasuk pengenaan tariff oleh Amerika Syarikat sebanyak 10 peratus ke atas kira-kira USD200 bilion jumlah import dari China berkuatkuasa 24 September 2018 hingga Januari 2019.

 

Bermula dengan aliran masuk berjumlah RM56.5 juta pada Rabu lalu diikuti dengan RM151.6 juta pada Khamis, Jumaat mencatatkan prestasi memberangsangkan sehingga aliran masuk mencecah RM307.8 juta.

 

“Jumlah keseluruhan aliran masuk asing ini adalah yang tertinggi sejak 31 Julai 2018,” lapor MIDF Research lagi.

 

Bagi aliran keluar asing pula September mencatatkan jumlah RM146 juta dan untuk jumlah tahunan aliran keluar dana asing setakat ini ialah pada tahap RM8.7 bilion dan ia sebenarnya masih rendah berbanding beberapa negara Asia Tenggara lain yang dipantau MIDF Research.

 

Image result for menara midf
Kredit: Propsosial

 

“Kami memantau pergerakan pasaran di Indonesia, Thailand, Filipina dan Malaysia. Bagi jumlah aliran keluar dana asing, Malaysia mencatat prestasi kedua terendah,” lapor MIDF Research.

 

MIDF Research turut memaklumkan pelabur asing dilihat lebih aktif berbanding pelabur dalam pasaran runcit dan institusi domestik dengan nilai dagangan harian purata mingguan (ADTV) ialah 13 peratus lebih tinggi pada tahap RM1.9 bilion. Ia merupakan jumlah tertinggi dalam tempoh 14 minggu.

 

Sementara itu, ADTV dalam pasaran runcit dan institusi asing serta domestik pula melihatkan penurunan lebih 10 peratus, namun masih berada pada tahap baik RM800 juta dan RM2 bilion.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…