Cukai Adalah Apa Yang Kita Bayar Untuk Masyarakat Bertamadun
Cukai Bhg.1: “Taxes are what we pay for civilized society.”
Siapa yang suka cukai? saya tidak suka membayar cukai, dan saya rasa tidak ada orang yang suka untuk membayar cukai. Ke ada orang suka bayar cukai?
Namun tahukah anda, bahawa manusia telah membayar, merungut tentang cukai sejak zaman berzaman.
Lebih lama daripada yang kita bayangkan, bukan zaman mak bapak kita, bukan zaman atuk nenek bahkan tahukah anda sejak zaman Mesopotamia dan Mesir kuno lagi aktiviti percukaian telah wujud, lihat saja lukisan-lukisan aktiviti percukaian di makam-makam Mesir kuno.
Malah dalam kitab-kitab suci agama seperti Injil dan Quran juga telah membicarakan mengenai isu pencukaian.
“Taxes are what we pay for civilized society”, kata Justice Oliver Wendell Holmes.
Mudah katanya sistem pencukaian telah wujud dalam struktur masyrakat yang tersusun sejak zaman berzaman. Tetapi kenapa? Apakah tujuan utama ataupun ‘goal‘ sistem cukai itu sendiri?
Secara asasnya, tujuan pencukaian adalah untuk mengutip duit daripada masyarakat ataupun rakyat untuk kerajaan melaksanakan perkhidmatan. Itu asasnya lah.
Cukai digunakan untuk meningkatkan tahap kesejahteraan masyarakat. Namun ‘Kesejahteraan masyarakat ataupun rakyat’ akan berbeza-beza mengikut konteks definisi kerajaan yang berkuasa keatas mereka.
Cukai juga akan membantu kita sebagai sebuah masyrakat untuk menjadi ‘mampu’ ke atas perkhidmatan yang kita tidak akan mampu miliki jika kita berada dalam komposisi seorang individu, sebagai contoh: Keselamatan awam, pertahanan negara, dan juga pendidikan mahupun pemerkasaan alam sekitar.
Cukai juga boleh membantu sesebuah negara untuk melaksanakan polisi kewangan dan juga rancangan fiskal negara tersebut yang mana penting untuk melonjakkan pertumbuhan ekonominya.
Dan yang paling penting, percukaian juga adalah salah satu cara untuk ‘redistribute wealth’ di dalam sesebuah masyarakat, daripada yang berada kepada yang ‘tidak ada’.
Betul ke, bagaimana?
Ianya boleh berlaku di dalam beberapa cara, ada yang langsung ada yang secara tidak langsung. Sebagai contoh, cukai pendapatan yang mencukai golongan berpendapatan tinggi pada kadar yang lebih tinggi berbanding golongan yang berpendapat rendah.

Ataupun voucher subsidi bantuan kerajaan seperti – Kupon makanan,kupon buku, pemberian wang tunai seperti BRIM ataupun bantuan perumahan kerajaan yang mana bertindak untuk ‘shift’ kekayaan tersebut dari satu golongan kepada golongan yang lain.
Begitu juga dengan cukai barangan mewah, yang mana mencukai barangan mahal seperti kapal terbang, pakaian dan beg tangan berjanama, ataupun cincin..cincin..
.
Selain daripada ‘redistribute wealth‘, kerajaan juga boleh menggunakan regim pencukaian dalam usaha mengubah tabiat masyarakatnya.
Sebagai contoh, ‘sin tax‘ ataupun cukai dosa yang mencukai produk yang dilihat tidak elok untuk kesihatan yang diambil oleh masyarakat seperti rokok ataupun alkohol.
Baca: Cukai Soda: Memeras Budaya Kurang Sihat Untuk Pendapatan Negara?
Baca: Apakah Cukai Baru Yang Bakal Diperkenalkan?
Ataupun regim pencukaian seperti ‘soda/sugar tax‘ dan juga ‘fat tax‘ yang mana mencukai untuk mengurangkan masyrakat daripada mengambil minuman manis dan makanan-makanan yang menggemukkan, mahupun ‘petrol tax‘ yang mana kononnya diperkenalkan untuk tidak menggalakan orang daripada memandu.

Dan kadang-kala, kerajaan juga mencukai untuk menjaga dan melindungi alam sekitar, contohnya ‘carbon tax‘ yang mana kerajaan mencukai perniagaan dan juga adakalanya household biasa untuk amaun pencemaran rumah hijau yang dilakukan oleh mereka.
Menariknya, ‘carbon tax‘ ini datang dalam pelbagai bentuk diseluruh dunia, sebagai contoh di Ireland, & Chile, operator power plan akan diarahkan untuk membayar $5 untuk setiap tan metrik asap CO2 yang mereka lepaskan ke udara, manakala di British Colombia setiap liter petrol yang mereka isi ke dalam kenderaan mereka akan dicukaikan sebanyak 6.67sen/litre.
Jadi bila anda fikir bahawa anda telah dicukai teruk di Malaysia, fikirkan semula..
Kerana sebenarnya terdapat banyak lagi ruang untuk anda dicukai oleh kerajaan anda.
Sekian.
Artikel ini ditulis oleh saudara Khairul Azri