fbpx

Golongan Berpendapatan Rendah Hanya Ada Lebihan RM76 Setiap Bulan – KRI

Oleh : Kauthar Rozmal
16 Oktober 2018 - 7:39 pm

Reading Time: 4 minutes
  • Masyarakat di bandar 70% lebih kaya berbanding masyarakat di kawasan pedalaman
  • Lebihan bulanan berkurang daripada RM124 (2014) kepada RM76 (2016) bagi isi rumah berpendapatan bawah RM2,000

Menurut laporan Khazanah Research Institute (KRI), isi rumah yang berpendapatan RM2,000 ke bawah membelanjakan 94.8% pendapatan mereka setiap bulan. Baki yang tinggal untuk disimpan hanyalah 5.2% sahaja bersamaan RM74.

Kredit: KRI

 

Jika kita lihat kos sara hidup hari ini, berapa lama sahaja RM74 itu boleh bertahan. Kalau hari-hari makan di luar, 2-3 hari sudah habis. Kalau masak di rumah pula mungkin boleh selama 5 hari.

 

KRI menyatakan perkara ini sangat merisaukan kerana golongan ini sangat terdedah kepada kejatuhan ekonomi atau kecemasan.

 

Apabila terjadinya kecemasan, mereka tidak mempunyai simpanan yang mencukupi bagi menampung belanja kecemasan. Hal ini menyebabkan mereka cenderung untuk berhutang lantas mengurangkan lagi lebihan baki setiap bulan.

 

Walau bagaimanapun, perkara yang berbeza berlaku dalam golongan berpendapatan tinggi. Bagi isi rumah berpendapatan di atas RM15,000, mereka mempunyai lebihan sebanyak RM13,000 sebulan.

 

Mereka dilihat kurang terkesan dengan kejatuhan ekonomi atau kecemasan kerana mempunyai simpanan yang lebih tinggi

Kredit: KRI

Berdasarkan rajah di atas, kita dapat lihat lebihan bulanan berkurang daripada RM124 (2014) kepada RM76 (2016) bagi isi rumah berpendapatan bawah RM2,000.

 

Apakah perkara yang menyebabkan lebihan ini berkurang?

 

Bagi menjawab persoalan ini, KRI melihat kepada trend perubahan perbelanjaan dari tahun 2014-2016. Dua perkara yang dinilai adalah peratusan perubahan perbelanjaan dan peratusan perubahan kuantiti digunakan.

Kredit: KRI

 

Kos sara hidup merupakan faktor utama yang merubah gaya perbelanjaan bagi isi rumah berpendapatan bawah RM5,000. Perkara ini dilihat lebih jelas melalui gaya perbelanjaan makanan yang menurun.

 

Walaupun jumlah perbelanjaan makanan di rumah meningkat, tetapi kuantiti makanan semakin berkurang.

 

Analogi mudahnya dahulu kita belanja RM2 dapat 6 biji kuih, tapi sekarang kita belanja RM3 dapat 5 biji kuih sahaja.

 

Baca: Lebih 1 Juta Rakyat Malaysia Miskin Walaupun Kadar Kemiskinan Semakin Rendah

 

Selain itu perbelanjaan makan di luar juga mengalami senario yang sama, belanja meningkat tetapi kuantiti berkurang. Jelas disini membuktikan kos bahan makanan membebankan rakyat.

 

Berbeza dengan golongan berpendapatan tinggi, jumlah pengunaan mereka meningkat bagi semua kategori kecuali perbelanjaan makanan di rumah. Akan tetapi kekurangan kuantiti perbelanjaan makanan di rumah tersebut diganti dengan perbelanjaan makan di luar.

 

Golongan ini dilihat tidak terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

 

Apakah punca perbezaan gaji?

 

1. Demografi

Kuala Lumpur mempunyai lebih ramai orang berkerjaya berbanding pesara dan kanak-kanak. Pecahan demografi ini menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi tumpuan pelaburan dan perniagaan.

 

Kredit: KRI

 

Syarikat lebih suka membuka perniagaan mereka di kawasan yang mempunyai banyak bakat seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bharu.

 

2. Perbandaran (Urbanisation)

Kebiasaannya ekonomi di bandar lebih produktif berbanding di kawasan pedalaman. Secara tidak lansung perkara ini menyebabkan gaji di bandar lebih tinggi berbanding di kawasan pedalaman.

Kredit: KRI

 

Secara puratanya di Malaysia, masyarakat di bandar 70% lebih kaya berbanding masyarakat di kawasan pedalaman. Perkara yang sama turut berlaku di semua negeri di mana perbezaan paling ketara adalah di Sarawak.

 

3. Kemahiran dan Pendidikan

Menurut laporan Khazanah, mereka yang mempunyai ijazah mempunyai pendapatan 3.6 kali ganda berbandig mereka yang tidak mempunyai sebarang sijil dan 1.6 kali ganda berbanding mereka yang mempunyai SPM.

Kredit: KRI

 

Di samping itu, perbezaan kemahiran turut mempengaruhi faktor gaji. Pekerja berkemahiran tinggi, kategori pengurus meraih 3.2 kali ganda berbanding pekerja berkemahiran rendah.

Kredit: KRI

 

Kenaikan pendapatan adalah salah satu cara bagi mengurangkan beban hidup rakyat. Ianya lebih realistik berbanding usaha-usaha untuk menurunkan harga barang.

 

Kerajaan perlu berubah daripada model ekonomi yang lebih berintensifkan buruh kepada model ekonomi yang lebih berintensifkan modal insan, daripada yang lebih cenderung kepada perkerja berkemahiran rendah kepada pelaburan teknologi dan daripada servis tradisional kepada pembuatan berteknologi tinggi.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…