fbpx

Grab Disaman RM19.36 Juta & Rider Lancar Mogok

Oleh : Wan Syarafiz
05 Oktober 2018 - 3:51 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Rider GrabFood mogok kerana bayaran perjalanan berkurang daripada RM10 kepada RM5
  • Uber & Grab disaman sebanyak RM39.33 juta di Singapura

 

Pada 27 September lepas, laman Facebook GrabFood telah diserang oleh pengguna aplikasinya apabila makanan yang ditempah tidak diterima. Ada sesetengah pelanggan GrabFood terpaksa menunggu sehingga 6 jam tetapi makanan masih tidak kunjung tiba.

 

Gangguan penghantaran makanan melalui aplikasi GrabFood ini telah bermula seawal jam 9.30 pagi dan akhirnya menyebabkan kesemua restoran yang disenaraikan dalam aplikasi tersebut diisytihar ‘tutup’ dan tidak akan menerima sebarang tempahan makanan pada hari tersebut.

 

Perkara ini berlegar-legar dalam laman sosial media dan akhirnya punca sebenar telah diketahui. Masalah ini bukanlah berpunca daripada aplikasi tersebut atau pun masalah daripada pihak peniaga tetapi rupa-rupanya rider GrabFood telah melancarkan mogok.

 

Dah kenapa rider-rider GrabFood nak lancarkan mogok?

 

Hal ini terjadi kerana pembayaran penghantaran makanan bagi setiap perjalanan telah dikurangkan separuh daripada RM10 kepada RM5 tanpa mengira jarak perjalanan.

 

Image result for grab
Kredit: Anti Hoax

 

Susulan kes mogok ini, pihak GrabFood telah mengeluarkan kenyataan maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh rider dan juga pelanggannya.

 

“Baru-baru ini kami telah mengkaji semula skim insentif bagi rider GrabFood dan sebenarnya akan lebih menguntungkan mereka. Walau bagaimanapun, tindakan kami ini tidak terjadi seperti yang kami inginkan. Mungkin kami perlu menerangkan faedah yang baru dengan lebih jelas dan panjang,” wakil GrabFood mengulas berkenaan kejadian mogok tersebut.

 

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku?

 

Dalam skim insentif yang baru, rider akan mendapat RM5 bagi setiap penghantaran dan tambahan RM4 jika penghantaran dilakukan pada waktu bukan puncak. Sekiranya penghantaran dilakukan pada waktu puncak, tambahan bayaran yang diterima ialah RM6. Ini menjadikan setiap penghantaran akan dibayar pada harga RM9 hingga RM11.

 

Menurut wakil GrabFood, kajian semula skim insentif ini dilakukan kerana 70% jumlah tempahan penghantaran makanan yang diterima oleh GrabFood datangnya ketika waktu puncak. Bagi menampung jumlah tempahan ini, GrabFood telah memberikan lebih insentif pada waktu puncak.

 

Walau bagaimanapun, kesalahan ini patut dipertanggungjawakan kepada pihak pengurusan GrabFood kerana gagal menjelaskan perkara ini dengan lebih awal kepada rider mereka.

 

Adakah kegagalan ini berlaku kerana pihak pengurusan merasakan kedudukan GrabFood telah berada pada tahap yang selesa?

 

Ini kerana, pesaing terdekat mereka sebelum ini, Uber Eats telah menamatkan operasi selepas Grab bergabung dengan Uber untuk pasaran Asia Tenggara.

 

Image result for grab food and uber eats
Kredit: The Online Citizen

 

Sebelum ini, Uber Technologies Inc telah menjual perniagaannya di rantau Asia Tenggara kepada Grab dengan pertukaran pegangan saham sebanyak 27.5% dalam syarikat Grab.

 

Perjanjian penggabungan kedua-dua syarikat besar ini telah menimbulkan kontroversi kerana dikatakan ia telah menyebabkan kenaikan harga bayaran tambang di Singapura.

 

Menurut laporan, selepas perjanjian penggabungan kedua-dua syarikat e-hailing tersebut berlaku, harga tambang Grab telah meningkat 10-15% dan pada masa yang sama menguasai pasaran tempatan pada kadar 80%.

 

Susulan perkara itu, Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Singapura (CCCS) telah bertindak menyaman kedua-dua syarikat tersebut dengan jumlah RM39.33 juta. Uber telah disaman pada kadar RM19.97 juta manakala Grab pula RM19.36 juta.

 

Bukan sahaja disaman, Uber juga diarahkan untuk menjual perniagaan kereta sewanya kepada mana-mana pihak yang membuat tawaran berpatutan dan tidak dibenarkan untuk menjual kenderaannya kepada Grab tanpa kebenaran pihak CCCS.

 

Bukan sahaja di Singapura, malahan di Vietnam perjanjian Uber-Grab kini diperhatikan sebagai “anti-trust” dan akan disekat sekiranya penggabungan ini akan menyebabkan Grab menguasai pasaran tempatan lebih daripada 50%.

 

Di Filipina juga berlaku hal yang hampir serupa. Walaupun perjanjian tersebut telah diluluskan, pihak berkuasa akan melakukan pengawasan dari semasa ke semasa dan saman akan dikenakan jika berlakunya sebarang pelanggaran pematuhan undang-undang.

 

Image result for gojek
Kredit: CNN Indonesia

 

Berita berkenaan kes saman ini memberi khabar gembira buat firma terbesar e-hailing dari Indonesia, Go-Jek yang akan melancarkan operasi di Singapura tidak lama lagi.

 

Dengan kehadiran lebih ramai pesaing di negara-negara Asia Tenggara, Grab seharusnya tidak boleh lagi berasa terlalu selesa dan bersikap sambil lewa dalam hal pengurusan serta menaikkan harga tambang sesuka hati.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Front Facade
Kapital

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Reading Time: 4 minutes Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk…

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…