fbpx

Jambatan Bengkok: Impian Tun Mahathir Yang Tertangguh Lama

Oleh : Wan Syarafiz
17 Oktober 2018 - 3:05 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Pembinaan jambatan bengkok bakal membuka laluan Selat Johor kepada kapal dan akan merancakkan lagi ekonomi negeri
  • Kerajaan sebelum ini telah membayar pampasan RM247 juta kepada kontraktor kerana pembatalan pembinaan jambatan ini

 

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian pada sidang media di Parlimen baru-baru ini menyatakan bahawa kerajaan berhasrat untuk meneruskan kembali projek pembinaan jambatan bengkok di Selat Johor yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri buat kali pertama.

 

“Perdana Menteri bertanya adakah kami memerlukan jambatan ketiga? Saya nyatakan, terpulang kepada Perdana Menteri kerana ia ilham beliau sebelum ini.

 

“Perdana Menteri berkata kami boleh bina kerana ia hanya babitkan jambatan di negeri kami. Kerajaan tidak ada halangan serta bersetuju dan kemungkinan besar jambatan bengkok akan diteruskan,” ujar Menteri Besar Johor itu.

 

Image result for osman sapian
Kredit: The Star

 

Jambatan bengkok ini mula diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir bagi menggantikan Tambak Johor yang sudah siap dibina pada tahun 1923. Idea ini tercetus kerana tambak sedia ada telah mematikan dan menutup laluan Selat Johor dan menghalang laluan kapal yang mahu ke Pelabuhan Pasir Gudang.

 

Idea Tun Dr. Mahathir adalah sangat jelas pada ketika itu. Beliau mahu membina jambatan bengkok kerana Tambak Johor sedia ada menghalang laluan kapal dan bot yang terpaksa berpusing mengelilingi pulau Singapura untuk ke Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

 

Reka bentuk jambatan ini yang bengkok dikatakan sesuai untuk memberi ruang dan tinggi yang cukup bagi kapal melepasi Selat Johor.

 

Apabila berjaya disiapkan ia akan merancakkan lagi ekonomi terutamanya bagi masyarakat setempat di negeri Johor dan perkara ini mungkin ditakuti oleh Singapura yang sememangnya terkenal sebagai negara pelabuhan.

 

Kredit: Astro Awani

 

“Dengan pembukaan Selat Johor kepada aktiviti pelayaran antarabangsa, kapal-kapal yang melayari Selat Johor boleh mengamalkan hak lintas transit seperti mana yang termaktub di dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Undang-undang Laut apabila Selat Johor menjadi nadi penghubung utama laluan maritim Timur-Barat di rantau ini,” menurut Pakar Undang-undang Laut, Dr Hazmi Rusli.

 

Walau bagaimanapun, idea pembinaan jambatan bengkok ini kemudiannya dihentikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

 

Kenapa Tun Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah mahu membatalkan projek jambatan bengkok yang sememangnya akan menguntungkan Malaysia ini?

 

Ada dua perkara yang dikatakan menjadi penghalang kepada pembinaan jambatan bengkok ini. Pertamanya ialah berkenaan bekalan pasir dan yang kedua ialah ruang udara johor.

 

Semasa Malaysia melaungkan hasrat untuk membina jambatan bengkok ini, Singapura telah menyatakan persetujuan tetapi bersyarat. Syaratnya ialah Malaysia perlu menjual pasir kepada negara republik itu dan membuka ruang udara Johor bagi latihan jet pejuang Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

 

Tetapi apakah hak Singapura untuk menghalang pembinaan jambatan bengkok di perairan Malaysia sendiri?

 

Disebabkan pembatalan ini juga kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM247 juta kepada syarikat Gerbang Perdana yang telah dianugerahkan kontrak pembinaan jambatan tersebut.

 

Image result for tambak johor
Kredit: RoketKini

 

Walaupun jawatan Perdana Menteri kemudiannya digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak, tetapi masih tiada sebarang tindakan yang diambil untuk meneruskan kembali pembinaan jambatan bengkok ini.

 

Najib sebelum ini menyatakan tidak wujud soal berani atau tidak kerana apa yang lebih penting ialah untuk mematuhi segala perjanjian yang pernah dimeterai dengan Singapura.

 

Menurut Najib, sebarang pengubahsuaian Tambak Johor dan saluran paip di Tambak Johor adalah tertakluk kepada Perjanjian Air Johor-Singapura yang menyatakan ia adalah milik Lembaga Utiliti Awam (PUB) Singapura.

 

Sekiranya jambatan dibina untuk menggantikan Tambak Johor tanpa mendapat persetujuan PUB Singapura, ia adalah melanggar hak hartanah di bawah undang-undang antarabangsa.

 

Di bawah pemerintahan Najib juga idea pembinaan keretapi, Rapid Transit System (RTS) menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru ke Woodlands, Singapura dicetuskan bagi meningkatkan jaringan hubungan antara kedua negara dan dijangka siap pada tahun 2024.

 

Kini, idea pembinaan jambatan bengkok ini kembali menjadi hangat kerana pencetus ideanya sendiri, Tun Dr Mahathir telah diangkat menjadi Perdana Menteri buat kali kedua. Tetapi persoalan utamanya adakah pembinaan jambatan bengkok ini masih dilihat sebagai relevan dengan keadaan semasa.

 

Di saat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melaungkan Malaysia sedang berdepan dengan masalah hutang RM1 trilion yang sangat tinggi serta banyak projek-projek mega seperti MRT, ECRL dan HSR sudah dibatalkan dan ditangguhkan, apakah kerajaan benar-benar serius mahu meneruskan pembinaan jambatan bengkok ini?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…