fbpx

Kakitangan Kerajaan Membelanjakan Lebih Separuh Gaji Untuk Membayar Hutang

Oleh : Kauthar Rozmal
18 Oktober 2018 - 8:15 pm

Reading Time: 3 minutes

 


 

  • Jumlah hutang penjawat kerajaan adalah RM236 bilion bersamaan 20% daripada hutang isi rumah di Malaysia
  • Mereka yang berpendapatan bawah RM5,000 hanya ada 15% (bersamaan RM360 – RM586) sahaja baki gaji

Bulan lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan satu laporan bertajuk Hutang Kakitangan Kerajaan: Risiko dan Pertimbangan Polisi.

 

Menurut laporan tersebut lebih daripada separuh gaji kakitangan kerajaan digunakan bagi tujuan membayar hutang, ianya lebih tinggi berbanding purata peminjam di Malaysia (⅓ gaji digunakan untuk membayar hutang).

 

Selepas mengambil kira perbelanjaan keperluan dan bayaran hutang, kakitangan kerajaan dilihat mempunyai simpanan yang terhad untuk berdepan sebarang kecemasan.

 

Perkara ini lebih merisaukan bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan,mereka hanya ada 15% (bersamaan RM360 – RM586) sahaja baki gaji untuk perbelanjaan lain seperti bil telefon, pakaian dan aktiviti riadah. Adakah lebihan ini mencukupi?

 

Dilaporka bahawa lebih kurang ⅔ kakitangan kerajaan berpendapatan di bawah RM5,000. Mengikut pecahan geografi pula, lebih kurang separuh kakitangan kerajaan tinggal di kawasan bandar dengan kos sara hidup yang lebih tinggi.

Kredit: BNM

 

Kakitangan kerajaan suka ambil pinjaman peribadi?

Pinjaman peribadi merupakan penyumbang utama hutang kakitangan kerajaan. 34% daripada jumlah hutang berbentuk pinjaman peribadi.

 

Jika kita lihat senario hari ini, pinjaman peribadi sudah sangat sinonim dengan kakitangan kerajaan. Antara puncanya adalah kelulusan yang mudah serta kadar faedah yang lebih rendah ditawarkan kepada mereka.

 

Menurut seorang pegawai bank, operasi “gali lubang tutup lubang” merupakan perkara biasa dalam kalangan kakitangan kerajaan. Setiap tahun, sejurus kenaikan gaji, mereka akan mengambil hutang peribadi baru dan menutup hutang peribadi  lama, lebihan baki pula digunakan untuk berbelanja.

Kredit: BNM

 

Walau bagaimana pun, hutang kakitangan kerajaan tidak memberikan impak yang besar kepada institusi kewangan. Hal ini kerana sebahagian daripada bayaran hutang mereka telah ditolak secara automatik oleh agensi tertentu seperti Angkasa.

 

Setakat Februari 2018, jumlah hutang penjawat kerajaan adalah RM236 bilion bersamaan 20% daripada hutang isi rumah di Malaysia. 62% daripada RM236 bilion tersebut merupakan hutang daripada institusi kewangan bukan bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN) .

 

Baca: Hutang Isi Rumah Masih Membimbangkan Walaupun Terkawal

 

Melihat kepada hutang kakitangan kerajaan yang semakin tinggi, BNM mencadangkan beberapa polisi bagi mengawal perkara ini.

 

i) Mempercepatkan pelaksanaan undang-undang Akta Kredit Pengguna bagi meningkatkan kebajikan dan perlindungan pengguna

Akta Kredit Pengguna sedang dirangka oleh kerajaan dan BNM bagi tujuan menguatkan perlindungan kepada pengguna dan menyelaraskan rangka kerja pengawalseliaan dan pengawasan terhadap aktiviti kredit pengguna.

 

ii) Merangka strategi nasional bagi meningkatkan literasi kewangan

Pengetahuan kewangan yang tinggi akan membantu pengguna membuat keputusan kewangan yang bijak.

 

BNM dengan kerjasama AKPK telah menjalankan pelbagai prorgram seperti Money Sense dan Program Pengurusan Wang Ringgit Anda (POWER!) bagi meningkatkan literasi kewangan kepada beberapa kumpulan sasaran.

 

Image result for karnival kewangan
Kredit: Harian Metro

 

Pada tahun 2016, BNM dan beberapa agensi kerajaan merangka strategi nasional bagi meningkat literasi kewangan bagi tujuan berikut:

  1. Memupuk sikap ambil berat terhadap kewangan daripada usia muda
  2. Menggalakkan gaya hidup kewangan yang sihat
  3. Menyemai sikap dan tingkah laku kewangan yang positif dalam kalangan kumpulan sasaran
  4. Membuat perancangan kewangan jangka masa panjang dan merancang persaraan
  5. Memperkasakan individu untuk menguruskan risiko dan pulangan

 

iii) Mencari strategi yang lebih mampan bagi isu pemilikan rumah

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi meningkatkan bekalan rumah mampu milik dan menambah baik pasaran sewaan sebagai alternatif kepada pemilikan rumah.

 

Bagi mempromosikan pasaran sewa yang lebih baik, kerajaan sedang merangka Akta Sewaan Kediaman dan memperkenalkan Tribunal Penyewaan.

 

iv) Memperkukuhkan “underwriting practices” di antara pemberi pinjaman institusi bukan bank kepada penjawat awam

Pemberi pinjaman institusi bukan bank perlu meletakkan had kepada jumlah pinjaman yang boleh dipohon oleh kakitangan kerajaan.

 

v) Meningkatkan prospek pertumbuhan pendapatan

Pendapatan merupakan faktor penting dalam menilai kemampuan kewangan individu. Dengan pendapatan yang lebih tinggi, kakitangan kerajaan mempunyai  daya tahan yang lebih tinggi terhadap musibah kewangan.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…