Keagungan Rom Jadi Inspirasi Pen Of The Year 2018
Tahukah anda bahawa sejak tahun 2003 Faber Castell akan mengeluar satu pen edisi khas yang dinamakan Pen Of The Year dan diinspirasikan daripada sejarah-sejarah lama.
Pada tahun lepas, Pen Of The Year 2017 – Ode To The Vikings edisi khas telah dikeluarkan. Ia di inspirasikan oleh zaman pemerintahan Viking. Dengan badan berlapis platinum yang diilhamkan oleh dari perahu panjang Viking.
Dalam edisi terhad ini, kayu yang di ambil daripada Pokok Birch digunakan ke dalam reka bentuk pen tersebut. Manakala penutup pen pula ditatahkan batu jenis Carnelian, sebuah batu yang digunakan untuk perhiasan dan pembuatan manik.
Pada tahun ini, Faber Castell telah mengeluarkan sebuah Pen Of The Year 2018 – Imperium Romanum. Ia diinspirasikan daripada sejarah Empayar Rom.

Sejarah Imperium Romanum
Sebelum kita bercakap tentang Pen Of The Year 2018 – Imperium Romanum. Rasanya tidak lengkap kalau kita tidak bercerita serba sedikit tentang sejarah Empayar Rom.
Seperti sedia maklum, Empayar Rom adalah sebuah empayar besar yang telah memberi kesan terhadap sejarah dunia. Menurut ahli sejarah, Rom ditubuhkan pada 753 SM oleh Romulus. Empayar Rom telah menjadi antara kuasa besar dunia. Pengaruh yang meluas daripada Scotland sehingga ke Nubia di Afrika, dari Portugal sehingga ke Mesopotamia di Iraq.
Selain daripada itu, Empayar Rom juga menempa sejarah dalam bidang seni bina. Antaranya ialah Colosseum yang menjadi arena para pahlawan bertempur. Ia masih bertahan dan menjadi antara simbol keagungan Empayar Rom.
Empayar Rom juga telah melahirkan ramai orang-orang yang berpengaruh dalam membentuk sejarah Rom.
Antaranya adalah Gais Julius Caesar, raja pertama yang menduduki takhta Empayar Rom. Caesar telah meluaskan Empayar Rom daripada Gaul yang terletak di barat Switzerland. Kekuatan Caesar tidak datang hanya dengan kebijaksanaan beliau mengatur strategi perang.
Beliau juga pandai berkata-kata dan di antara kata-kata beliau yang mahsyur ialah ‘veni vidi vici’ – saya datang, saya lihat, saya takluk. Seseorang perlu mendengar kata-kata ringkas ini sekali sahaja dan ia akan di ingati selamanya. Caesar juga adalah raja pertama yang diabadikan di dalam bentuk syiling, transaksi kewangan Empayar Rom.

Seni Halus Pen Of The Year 2018 – Imperium Romanum
Pen Of The Year 2018 – Imperium Romanum edisi khas ini adalah hasil kerja tangan yang sangat istimewa. Bahan yang digunakan untuk membuat badan pen tersebut adalah marmar jenis Staturio. Di dalam kepercayaan masyarakat Rom. Marmar dipanggil sebagai ‘batu daripada tuhan’ dan ia dikhaskan hanya untuk membuat patung para dewa dan raja pada zaman tersebut.
Bentuk badan pen tersebut diinspirasikan daripada tiang yang terdapat di Colosseum.
Manakala cincin berlapis platinum yang digilap dihiasi dengan Bunga Laurel yang melambangkan kemasyhuran dan kejayaan melingkari pen tersebut.
Bagi penutup pen pula, diukir tiang-tiang yang terdapat di Colosseum dan di atas penutup pen tersebut diletakkan syiling perak zaman Empayar Rom yang menggambarkan kepala Caesar. Syiling tersebut adalah asli. Ia dibeli daripada seorang peniaga barangan lama dan pakar duit syiling dari Ritter dan disahkan keaslian syiling tersebut oleh pakar.
Bagi mata pena pula, ia disaluti dengan emas 18 – karat. Setiap mata pena dikeluarkan empat saiz yang berbeza ; halus (fine), sederhana (medium), besar (broad) dan besar ganda (double broad).
Pen Of The Year 2018 – Imperium Romanum juga terdapat dalam versi kedua yang berwarna hitam. Ia disaluti dengan marmar yang terdapat di Iberia, antara kawasan jajahan Empayar Rom pada zaman dahulu.
Apa yang membezakan dengan pen versi pertama ialah PVD Titanium digunakan untuk melingkari badan pen tersebut.
Dengan harga 2,000 Euro. Setiap pen akan datang dengan nombor siri yang berbeza. Diletakkan di dalam sebuah kotak hitam dan didalamnya terdapat sijil yang membuktikan kesahihannya dan ditandatangani oleh Count Charles von Faber-Castell, pengasas Faber-Castell.
“Handwriting is a spiritual designing, even though it appears by means of a material instrument”- Euclid