fbpx

Lebih 1 Juta Rakyat Malaysia Miskin Walaupun Kadar Kemiskinan Semakin Rendah

Oleh : Kauthar Rozmal
15 Oktober 2018 - 6:10 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Gini Coefficient menurun daripada 0.513 pada tahun 1970 kepada 0.399 pada tahun 2016
  • Peratusan orang miskin menurun daripada sekitar 44.9% (1995)  kepada 43.3% (2016)

Menurut laporan terbaru khazanah, The State of Households 2018 – Different Realities, walaupun statistik jurang ketidaksamaan pendapatan semakin baik, jurang sebenar pendapatan antara kumpulan pendapatan dan bilangan penduduk miskin semakin meningkat.

 

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia pula, mereka sering merasakan yang kaya akan semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Perkara ini dibuktikan melalui 2018 Pew Global Survey yang menyatakan 77% rakyat Malaysia merasakan jurang pendapatan merupakan satu masalah besar di Malaysia.

 

Bagaimana ketidaksamaan pendapatan dikira?

Cara yang yang biasa digunakan untuk mengira ketidaksamaan pendapatan adalah dengan menggunakan indikator Gini Coefficient. Skala 0 bermaksud semua orang mempunyai kekayaan yang sama manakala 1 bermaksud seorang memiliki semua kekayaan dan orang lain tiada apa-apa.

 

Merujuk kepada rajah di bawah, Gini Coefficient menurun daripada 0.513 pada tahun 1970 kepada 0.399 pada tahun 2016. Jika berdasarkan indikator ini, jurang kekayaan di Malaysia semakin rendah, tapi bagaimanakah realiti yang sebenarnya?Rakyat Malaysia Miskin

Sumber: KRI 

Persepsi umum adalah golongan kaya semakin kaya, manakala golongan miskin semakin miskin” Khazanah Research Institute (KRI)

 

Mengapa statistik tidak melambangkan realiti?

KRI memberikan satu contoh dimana pendapatan golongan berpendatapan tinggi meningkat 2 kali ganda daripada RM10,000 pada tahun pertama kepada RM20,000 pada tahun kedua manakala pendapatan golongan miskin meningkat lebih laju daripada RM1,000 kepada RM3,000.

 

Rakyat Malaysia Miskin

 

Merujuk contoh di atas, pada tahun pertama golongan berpendapatan tinggi mendapat pendapatan 10 kali ganda berbanding golongan berpendapatan rendah (RM10,000 vs RM1,000) dan pada tahun kedua ianya menurun kepada 6.7 kali ganda sahaja (RM20,000 vs RM3,000).

 

Walau bagaimanapun, jika dikira jumlah sebenar jurang pendapatan, ianya meningkat daripada RM9,000 kepada RM17,000.

 

Rakyat Malaysia Miskin
Sumber: KRI

 

Bilangan orang miskin semakin meningkat

Kadar kemiskinan dikira berdasarkan indikator pendapatan isi rumah di bawah 60% daripada gaji penengah. Berdasarkan laporan KRI, peratusan orang miskin menurun daripada sekitar 44.9% (1995)  kepada 43.3% (2016).

 

Rakyat Malaysia Miskin
Sumber: KRI

 

Jika dilihat kepada bilangan penduduk miskin pula, ianya meningkat daripada kurang 2 juta penduduk miskin pada tahun 1995 kepada hampir 3 juta penduduk miskin pada tahun 2016.

 

Rakyat Malaysia Miskin
Sumber: KRI

 

Bagi memperjelaskan lagi perkara ini, cuba kita lihat contoh di bawah.

 

Katakan kadar kemiskinan turun daripada 40% kepada 30% pada tahun seterusnya tetapi jumlah penduduk meningkat daripada 10 juta orang kepada 20 juta orang.

 

Ini bermakna pada tahun pertama ada 4 juta orang miskin dan pada tahun kedua jumlahnya meningkat kepada 4 juta orang.

 

Kerajaan mungkin boleh berbangga dengan angka statistik yang semakin baik, tetapi hakikatnya semakin tahun semakin ramai rakyat miskin.

 

Berdasarkan statistik di atas tidak hairanlah jika kita lihat semakin ramai rakyat mengeluh dengan kos sara hidup yang tinggi walaupun di atas kadar kemiskinan semakin rendah tahun demi tahun.

 

Kesimpulan

Indikator-indikator sedia ada tidak cukup untuk memberikan gambaran sebenar. Indikator yang lebih diperlukan bagi memberi gambaran keadaan ekonomi yang sebenar.

 

Jabatan Statistik Negara dan beberapa badan rasmi yang lain sudah mula membuat kajian yang lebih mendalam mengenai perkara ini.

 

Laporan beserta indikator yang lebih jelas penting kepada pembuat polisi bagi menambah baik kefahaman isu ekonomi semasa dan merancang langkah-langkah menangani isu tersebut.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Apartment-01

Diskaun, rebat dan ‘cashback‘. Apa perbezaannya?

Reading Time: 2 minutes Jika anda biasa lihat kepada poster, risalah dan iklan pemaju, anda pasti akan perasan perkataan seperti diskaun, rebat…

Levis-01
Kapital

Buat Peminat Tegar Levi’s, Ini Peluang Anda Untuk Melabur

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, hasil pendapatan Levi’s meningkat 14% kepada nilai USD5.6 bilion Levi’s meletakkan sasaran untuk meraih dana sekitar…

Huawei-01
Kapital

Apa Yang Anda Perlu Tahu Daripada Pengharaman Huawei Di Beberapa Buah Negara

Reading Time: 3 minutes Pengasas Huawei, Ren Zhengfei merupakan bekas ahli teknologi dalam People Liberation’s Army Jualan iPhone telah menurun sebanyak 20%…

5G-reality-CES-content-2019

Apa itu 5G & Bagaimana Ia Bakal Merubah Dunia

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms 5G bakal menjana lebih kurang 3 juta pekerjaan baru…