fbpx

Pengenalan Pelaburan Pembiayaian Ekuiti Bersama (ECF)

Oleh : Kauthar Rozmal
30 Oktober 2018 - 3:07 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Sebanyak RM32.74 juta dana telah dikumpulkan melalui platform ECF sejak 2015
  • Terdapat 7 syarikat Malaysia yang menyediakan platform ECF

Bagi mereka yang tercari-cari peluang baru dalam dunia pelaburan, artikel ini mungkin sesuai untuk anda. Tahukah anda selain daripada pelaburan arus perdana seperti saham, ASB, emas dan hartanah, anda kini boleh melabur dalam perniagaan kecil dan sederhana.

 

Jika pelaburan saham memberi anda peluang untuk memiliki pegangan ekuiti dalam syarikat besar yang tersenarai di Bursa Malaysia, Pembiayaian Ekuiti Bersama (ECF) pula membuka peluang untuk anda memiliki ekuiti dalam syarikat kecil dan sederhana.

 

Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, sejak pelancaran ECF pada tahun 2015, sebanyak RM32.74 juta dana telah dikumpulkan melalui platform ECF.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan ECF

ECF adalah satu platform di mana syarikat Startups dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) boleh mendapatkan dana daripada pelabur-pelabur untuk mengembangkan perniagaan mereka.

 

Satu fakta yang menbanggakan mengenai ECF adalah negara kita Malaysia merupakan negara pertama di ASEAN yang memperkenalkan rangka pengawal selian bagi ECF pada tahun 2015.

 

Setakat ini, ada 7 syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang menguruskan ECF. 7 Syarikat tersebut adalah:

1. Ata Plus Sdn Bhd

2. Crowdo Malaysia Sdn Bhd

3. Eureeca SEA Sdn Bhd

4. FBM Crowdtech Sdn Bhd

5. Funnel Technologies Sdn Bhd

6. Pitch Platforms Sdn Bhd

7. Crowdplus Sdn Bhd

 

Kredit: MCSB

Bagaimana ECF berfungsi

Bagi pemilik bisnes, mereka perlu mendaftarkan bisnes mereka dalam salah satu platform ECF yang ada. Kemudian mereka perlu menghantar maklumat berkaitan, idea dan perancangan bisnes mereka.

 

Disini mereka perlu menyatakan berapakah modal yang diperlukan, berapa potensi jualan dan berapa banyak ekuiti yang ditawarkan kepada pelabur.

 

Platform ini seterusnya akan meletakkan segala maklumat tersebut sebagai rujukan kepada pelabur.

 

Selain daripada kadar faedah pinjaman perniagaan yang tinggi, pemilik perniagaan memilih platform ECF kerana kesukaran mendapatkan pinjaman daripada bank atas sebab kedudukan kewangan syarikat yang belum stabil.

 

Sebagai contoh, Ali sudah menjalankan perniagaan burger selama 1 tahun. Setelah mendapat sambutan yang baik serta jualan bulanan yang tinggi, beliau berhasrat untuk mengembangkan perniagaan tersebut.

 

Ideanya adalah untuk membuka 50 cawangan  burger di seluruh Malaysia. Walau bagaimana pun, beliau tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk berbuat demikian. Pinjaman bank pula tidak boleh didapatkan kerana syarikatnya tidak mempunyai profil kewangan yang kukuh.

 

Oleh sebab itu, Ali mangambil langkah inisiatif dengan menyenaraikan perniagaannya dalam platform ECF untuk mencari pelabur.

 

Macam mana nak mulakan pelaburan ECF?

Untuk menjadi pelabur ECF, langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah mendaftar dengan mana-mana platform ECF.

 

Ada beberapa kategori pelabur ECF berdasarkan platform yang anda daftar. Pitchin misalnya membahagikan pelabur kepada 3 kategori iaitu pelabur runcit, angel investor dan sophisticated investor.

 

Modal pelaburan ECF pula boleh dimulakan serendah RM5,000 jika anda mendaftar sebagai pelabur runcit seperti mana yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

 

Apakah risiko ECF?

Dalam pelaburan, kita tidak akan boleh lari daripada risiko. Perniagaan yang tersenarai dalam platform ECF adalah perniagaan yang baru dan mempunyai potensi yang besar.

 

Akan tetapi, tidak semua perniagaan akan berjaya. ECF dilihat sebagai pelaburan yang berpotensi memberi pulangan yang tinggi, tetapi ianya juga datang dengan risiko yang tinggi. Pelabur berpotensi untuk kehilangan modal jika syarikat muflis.

 

Pelaburan ECF ini masih lagi dalam fasa awal di Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 2015. Jika sebelum ini agak sukar untuk pelabur runcit mendapatkan akses pelaburan dalam IKS, kini platformnya sudah tersedia.

 

Mungkin selepas ini lebih ramai usahawan dan pelabur menggunakan platform ini bagi menambah kekayaan mereka.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…