fbpx

Perjalanan FGV Semenjak Disenaraikan Di Bursa

Oleh : Kauthar Rozmal
02 Oktober 2018 - 1:49 pm

Reading Time: 4 minutes

Semenjak saham FGV disenaraikan di Bursa Malaysia 6 tahun lalu, harganya telah jatuh sebanyak 66% daripada RM4.55 seunit ke RM1.53 seunit hari ini. Penyenaraian FGV merupakan initial public offering (IPO) yang kedua terbesar selepas Facebook.

 

Antara pemegang saham FGV adalah KWSP, Tabung Haji dan KWAP. Semasa fasa IPO, KWSP merupakan pemegang saham ketiga terbesar dengan pegangan sebanyak 7.95%.

 

FGV dilihat sebagai satu prospek pelaburan yang sangat menarik pada awalnya kerana memiliki tanah pertanian yang terluas di dunia dan pada fasa awal penyenaraiannya, FGV mempunyai rizab tunai sebanyak RM5 bilion.

 

Model bisnesnya mudah iaitu menanam dan memproses kelapa sawit menjadi minyak sawit.

 

Dengan rizab simpanan yang banyak, ianya boleh menjadi buffer kepada syarikat ketika proses penanaman semula yang memakan masa sehingga 5 tahun.

 

Namun, walaupun dengan rizab tunai, tanah yang luas serta model bisnes yang mudah, FGV telah mengecewakan ramai pelabur. Untung turun tahun demi tahun, hutang pula semakin bertambah.

 

FGV bermula dengan baik pada tahun 2012 apabila mencatatkan keuntungan sebanyak RM800 juta, namun untung tersebut makin berkurang untuk tahun mendatang dan akhirnya mencatatkan kerugian tahun lepas sebanyak RM300,000.

 

Kredit: MalaysiaStockBiz

 

Tidak seperti Facebook yang sudah menjadi syarikat yang bernilai USD1 trillion semenjak disenaraikan, FGV masih kekal dalam momentum menurun.

 

Berikutan prestasi FGV yang semakin teruk, KWSP telah menjual semua pegangannya dalam FGV  pada suku pertama 2017. KWSP merekodkan kerugian sebanyak RM203.18 juta daripada pelaburan FGV.

 

Apakah punca kejatuhan harga saham FGV? Adakah kerana harga kelapa sawit yang tidak stabil? Atau kerana kesalahan model bisnes?

 

FGV sering kali dikaitkan dengan pemegang saham terbesar mereka iaitu Felda. Orang ramai beranggapan bahawa FGV dan Felda adalah satu entiti yang sama.

 

Setiap kali ada skandal melibatkan Felda, pasti FGV akan terkena tempiasnya. Orang ramai mula hilang kepercayaan kepada FGV apabila semakin banyak skandal Felda didedahkan.

 

Image result for zakaria fgv ceo
Zakaria Arshad, Kredit: NST

 

Lebih memburukkan keadaan lagi apabila bekas Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Felda. Perkara ini menambah kekeliruan kepada orang ramai, mereka tidak dapat memisahkan FGV daripada Felda walaupun keduanya adalah entiti yang berbeza.

 

Baca : Felda: Masalah Aliran Tunai & Lantikan Pengerusi Baru

 

Walaupun sehingga ke hari ini tiada hukuman mahkamah ke atas salah laku pimpinan tertinggi FGV di atas salah urus tadbir mereka, tetapi banyak pendedahan telah dilakukan dan beberapa penyiasatan masih dijalankan.

 

Tahun lalu, Datuk Zakaria Arshad digantung jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FGV selepas mendedahkan beberapa skandal yang berlaku dalam FGV.

 

Zakaria melaporkan bahawa ada perancangan untuk mengembangkan Felda Cambridge Nanosystems Ltd yang menelan belanja sebanyak RM551 juta walaupun syarikat tersebut kerugian RM117 juta bagi tempoh 3 tahun kebelakang.

 

“ Sekarang, mereka (lembaga pengarah FGV) ingin berkembang, mereka perlukan RM551 juta lagi. Ini mengarut, kita adalah syarikat perladangan” Zakaria

 

Di samping itu, Zakaria turut mendedahkan bahawa ada perancangan untuk membelanjakan sebanyak RM300 juta untuk membeli 30% pegangan kilang krimer yang dimiliki oleh syarikat pembuat tin.

 

Selain daripada pelaburan yang tidak masuk akal, FGV turut dikaitkan dengan pembelian hartanah melebihi harga pasaran. Isa Samad telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada tahun 2017 bagi siasatan pembelian hotel di Kensington, London dan Kuching.

 

Related image

 

Hotel di London itu dibeli pada harga RM330 juta walhal harga sebenar adalah RM110 juta dan Hotel di Kuching pula dibeli dengan harga RM50 juta lebih mahal daripada harga sebenar.

 

Terkini, Zakaria meletakkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FGV setelah Kementerian Kewangan menggantung jawatan beliau kerana didakwa terlibat dengan skandal berkaitan Delima Oil Sdn Bhd.

 

Walau bagaimanapun, Zakaria menafikan perkara tersebut.

 

“[Saya meletak jawatan] kerana saya tidak mahu membuang masa saya dan masa lembaga pengarah. Saya tahu saya mempunyai satu kes yang kuat [untuk mencabar penggantungan], tetapi saya tidak mahu melaluinya lagi” – Zakaria

 

Siasatan akan terus dilakukan ke atas pelaburan dan pengambil alihan yang dilakukan FGV sebelum ini. Siasatan dijangka mencapai konklusinya hujung tahun ini.

 

Di samping menyiasat skandal-skandal dalam FGV, FGV perlu fokus kepada transformasi korporat. April lalu Pejabat Transformasi Pengurusan ditubuhkan untuk mengkaji prestasi dan mengenal pasti kelemahan FGV.

 

Langkah pertama yang diambil adalah menukar nama daripada Felda Global Ventures Holding Bhd kepada FGV Holding Bhd bagi tujuan mengasingkan FGV daripada terpalit dengan skandal Felda.

 

FGV kini diterajui oleh Jawatankuasa Khas Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Datuk Dr Salmiah Ahmad, Dr Mohammed Nazeeb P Alithambi and Datuk Mohd Anwar Yahya dan diketuai oleh Datuk Wira Azhar Abdul Hamid.

 

Dalam usaha meningkatkan segmen perladangannya, FGV mempercepatkan penanaman semula kelapa sawit seluas 15,000 hektar di bawah perjanjian sewa tanah 99 tahun dengn Felda. FGV akan membayar RM250 juta setahun berserta 15% keuntungan kepada Felda.

 

Diharap dengan transformasi ini, FGV mampu bangkit semula seperti zaman kegemilangannya dulu.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…