fbpx

PM Singapura Akui Isu HSR Boleh Jadi Tegang

Oleh : Kapital
23 Oktober 2018 - 6:12 pm

Reading Time: 2 minutes

PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengakui tindakan Putrajaya membatalkan dan kemudian menangguhkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) mampu menggugat hubungan antara dua negara, lapor Straits Times.

 

“HSR adalah satu isu yang berpotensi, tetapi kita berjaya mendapatkan penangguhan selama dua tahun bagi projek HSR dan ini merupakan penyelesaian konstruktif yang berkemungkin mampu menjadi pertikaian yang tegang,” katanya.

 

Lee berkata, hubungan antara negara jirannya kini stabil dan beliau dijadualkan membuat lawatan ke Putrajaya untuk bertemu Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad bagi perjumpaan tahunan pemimpin pada tahun depan.

 

“Saya berharap pada perjumpaan nanti, kita akan dapat melihat ke depan, berbincang mengenai peluang ‘menang-menang’ untuk memperkukuhkan kerjasama dan persahabatan kita,” kata Lee pada sesi dialog baru-baru ini dengan warga Singapura.

Bulan lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan menandatangani surat tambahan yang membenarkan penangguhan projek HSR, yang asalnya dijangka siap pada 2026.

 

Perdana Menteri Lee Hsien Loong tidak menafikan isu projek HSR mampu menggugat hubungan antara kedua-dua negara jika ia tidak ditangani dengan betul. – Gambar EPA, 23 Oktober, 2018.

 

Pada Mei, tidak lama selepas mengambil alih kerajaan, Dr Mahathir menimbulkan perbalahan diplomatik apabila mengumumkan HSR akan dibatalkan tetapi kemudian menukar pendiriannya dengan menjelaskan Putrajaya akan berunding dengan Singapura untuk penangguhan.

 

Kuala Lumpur menganggarkan projek itu akan menelan belanja RM110 bilion.

 

Khaw mendedahkan di Parlimen pada Julai yang Singapura membelanjakan lebih S$250 juta (RM748 juta) untuk projek HSR, dan dijangka membelanjakan lebih kurang S$40 juta menjelang akhir tahun ini.

 

Laluan kereta api itu dijangka mengurangkan masa perjalanan antara Singapura dan KL dari empat jam dengan menaiki kereta kepada 90 minit.

Ia mempunyai lapan stesen: Stesen Jurong East di Singapura, dan di bahagian Malaysia – Stesen Bandar Malaysia, Sepang-Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri. – 23 Oktober, 2018. – The Malaysian Insight

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…