fbpx

2.6 Juta Wanita Malaysia Tidak Bekerja – Khazanah Research Institute

Oleh : Wan Syarafiz
15 Oktober 2018 - 7:30 pm

Reading Time: 4 minutes
  • Malaysia berada di kedudukan 87 daripada 144 negara – Laporan Global Gender Gap
  • 2.6 juta wanita di Malaysia dilaporkan tidak bekerja kerana tanggungjawab kepada keluarga

 

Berbicara mengenai ekonomi sesebuah negara, kita pasti tidak boleh mengabaikan salah satu faktor utama yang memberi kesan kepada ekonomi negara iaitu pekerjaan. Pekerjaan dilihat bukan sahaja punca rezeki seseorang individu tetapi juga penting untuk meningkatkan ekonomi negara.

 

Mengikut laporan Global Gender Gap 2017 yang diterbitkan oleh World Economic Forum, Malaysia berada di kedudukan 87 daripada 144 negara berdasarkan Economic Participation and Opportunity. Secara dasarnya, kedudukan ini menunjukkan jurang antara jantina di mana wanita Malaysia masih kurang melibatkan diri dalam ekonomi negara.

 

Bagaimana Malaysia boleh memperbaiki kedudukan ini?

 

Laporan The State of Household 2018 – Different Realities oleh Khazanah Research Institute (KRI) dalam Chapter 2 ada membincangkan mengenai penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan kenapa ianya penting bagi Malaysia.

 

Image result for pekerja wanita
Kredit: Berita Daily

 

Berdasarkan laporan ini, secara jelas dinyatakan bahawa wanita Malaysia yang berumur dalam lingkungan umur pekerjaan (working age) yang berkelulusan tinggi adalah lebih ramai berbanding jantina lelaki. Tetapi masih sebahagian besar wanita-wanita ini tidak berkerja.

 

Antara punca wanita dikatakan tidak bekerja adalah kerana tanggungjawab yang perlu dipikul oleh wanita dalam institusi keluarga. Sebanyak 2.6 juta wanita di Malaysia dilaporkan tidak bekerja kerana faktor tanggungjawab kepada keluarga.

 

Pada tahun 2017, populasi working age di Malaysia ialah 19.3 juta orang dengan 9.5 juta wanita dan 9.8 juta lelaki. Tetapi daripada jumlah 9.5 juta wanita ini, hanya 53.5% yang melibatkan diri dalam bidang pekerjaan. Manakala bagi lelaki pula, 77.7% terlibat dengan pekerjaan.

 

Walaupun statistik menunjukkan penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan adalah rendah tetapi ia telah mencatatkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

 

Sebagai rekod, pada tahun 2010, 45.5% wanita yang tergolong dalam working age ini melibatkan diri dalam pekerjaan. Sepanjang tempoh 2010-2017, peratusan penglibatan wanita dalam pekerjaan telah meningkat sebanyak 8% kepada 53.5%.

 

Kredit: KRI

 

Kaum wanita penting untuk pertumbuhan ekonomi?

 

Ya! Menurut satu badan penyelidikan antarabangsa, jika wanita diberi peluang yang sama rata dari segi pendidikan, kesihatan dan ekonomi ianya bukan hanya akan memberi manfaat kepada wanita tetapi kepada keseluruhan masyarakat.

 

Laporan KRI ini juga menyatakan sekiranya penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan berjaya ditingkatkan sebanyak 30%, Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) Malaysia akan meningkat sebanyak 7% ke 12%.

 

Cabaran yang dihadapi negara dalam memperkasakan ekonomi bukanlah tanggungjawab satu pihak atau satu jantina sahaja. Ia adalah tanggungjawab rakyat dan penyertaan wanita sebagai tenaga kerja dalam apa-apa bidang sekalipun pasti akan dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara.

 

Dengan peredaran dan evolusi teknologi, inovasi merupakan perkara asas bagi sesebuah negara untuk kekal kompetitif dalam meningkatkan ekonomi. Dalam laporan KRI ini menyatakan terdapat dua perkara penting yang dapat dilihat berdasarkan analisa tahap inovasi sesebuah negara.

 

Pertama ialah ketidaksamarataan jantina (gender inequality) akan memberi impak negatif kepada tahap inovasi sesebuah negara. Jika semakin besar jurang gender inequality itu, semakin rendah tahap inovasi sesebuah negara. Yang kedua ialah jika sesebuah negara itu lebih terbuka dalam apa jua perkara, tahap inovasi juga akan menjadi lebih tinggi.

 

Dalam erti kata yang mudah, jika lebih ramai wanita bekerja, tahap inovasi sesebuah negara akan meningkat. Tahap inovasi yang tinggi pula akan membantu pertumbuhan ekonomi negara tersebut.

 

Image result for pekerja wanita di malaysia
Kreit: Sinar Harian

 

Selain itu, Malaysia juga merupakan sebuah negara yang bergerak ke arah ageing country. Apa itu ageing country? Ia bermaksud situasi di negara tersebut di mana jangka hayat manusia semakin meningkat dan dalam masa yang sama kadar pertumbuhan (fertility rate) menurun.

 

Sebagai contoh, jika sesebuah negara sedang berhadapan dengan krisis ageing population, ia akan menyebabkan tenaga kerja dalam negara itu berkurangan. Apabila golongan yang bekerja ini semakin berkurangan, perbelanjaan setiap individu atau keluarga dalam negara juga akan berkurangan. Kemudian ditambah pula dengan kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam bidang kesihatan. Ini sudah pasti bakal membawa kesan buruk kepada ekonomi negara!

 

Peningkatan penglibatan wanita sebagai tenaga kerja dilihat sebagai solusi terbaik bagi menampung kekurangan pekerja ini.

 

Beberapa cadangan telah dikemukakan dalam laporan ini bagi meningkatkan jumlah wanita yang melibatkan diri dalam pekerjaan. Antaranya ialah fleksibiliti dalam masa bekerja dan tempat bekerja, kemudahan tempat penjagaan kanak-kanak di pejabat serta pembahagian tanggungjawab keluarga di antara lelaki dan wanita

 

Dalam keadaan cabaran ekonomi semasa yang berdepan dengan masalah ageing population dan juga perkembangan pantas bidang teknologi, masalah tenaga kerja merupakan perkara penting yang harus diselesaikan. Dengan lebih ramai penyertaan wanita, pasti ianya akan dapat membantu negara menampung kekurangan tenaga kerja dan sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi negara.

 

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…