fbpx

RM2.5 bilion Wang Tunai Dirampas & Disita SPRM Sejak Jun Lalu

Oleh : Kauthar Rozmal
05 Oktober 2018 - 3:37 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Malaysia berada di kedudukan ke-62 dalam indeks rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International
  • SPRM melaporkan sebanyak 879 tangkapan bagi tahun 2017 & 580 kes setakat Ogos 2018

Semenjak perubahan kerajaan pasca PRU14 pada Mei lalu, kerajaan Pakatan Harapan bertekad untuk memerangi rasuah habis-habisan.

 

Saban hari, semakin banyak kes rasuah yang didedahkan, daripada satu ke satu kes yang lain. Ianya tidak mengenal jawatan, jantina atau umur, daripada pegawai bawahan sehingga lah ke peringkat pimpinan tertinggi.

 

Semakin tinggi pangkat, semakin tinggi jumlah rasuahnya. Ini satu perkara yang amat menyedihkan, sepatutnya dengan jawatan dan tanggung jawab yang tinggi, tidak seharusnya berlaku rasuah.

 

Baru-baru ini, bekas pemimpin no 1 negara, Datuk Seri Najib (21 tuduhan) dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor (17 tuduhan) ditahan atas tuduhan kesalahan penggubahan wang haram.

 

Pada tahun 2017, Malaysia berada di kedudukan ke-62, jauh ketinggalan berbanding negara jiran Singapura (tangga ke-6) dalam indeks rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International.

 

Menurut statistik daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pula, sebanyak 879 tangkapan dibuat tahun lepas manakala bagi tahun ini angkanya telah mencecah 580 tangkapan setakat Ogos.

 

Related image
Kredit: BuletinOnline.Net

 

Apa yang lebih mengejutkan adalah sebanyak RM2.5 bilion wang tunai dirampas dan disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi pelbagai siasatan dalam tempoh empat bulan sejak Jun lalu.

 

“Sepanjang lebih 30 tahun saya berkhidmat dengan SPRM, angka itu adalah paling besar dicapai SPRM berikutan diperoleh dalam tempoh empat bulan sahaja.

 

“Jumlah itu pula tidak termasuk pelbagai barangan atau hartanah disita SPRM yang belum dinilaikan,” Datuk Seri Mohd Shukri Abdull

 

Melihat betapa teruknya keadaan rasuah di negara ini, Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ke-7 berikrar untuk memastikan pentadbirannya bebas dari segala rasuah.

 

“Perkara pertama yang perlu kita lakukan tentunya memastikan pada pemimpin tidak mengamalkan rasuah. Jika pemimpin itu sendiri rasuah maka kita tidak akan dapat menghentikan rasuah daripada merebak.

 

“Di mana-mana negara, sedikit sebanyak akan berlakunya rasuah tetapi ideanya adalah untuk memastikan ianya berada pada paras minimum dan ianya dilakukan melalui apa yang kita panggil kepimpinan melalui teladan,” Tun M

 

Selain itu, Tun M turut memperkenalkan polisi baru iaitu anggota pentadbiran awam Kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan tidak boleh menerima hadiah kecuali bunga, makanan dan buah daripada mana-mana pihak.

 

Ketua pembangkang, Datuk Seri Zahid Hamidi turut berikrar untuk menjadikan UMNO sifar rasuah. Menurut beliau, politik wang hanya akan menghancurkan UMNO.

 

Related image
Kredit: Antrapos

 

“Sesungguhnya taat dan setia kepada pemimpin bukannya kepada parti seringkali membentuk budaya ‘warlord’. Inilah punca utama masalah politik wang.

 

“Sebagai presiden, saya komited menjadikan Umno sebagai sebuah parti sifar rasuah. Politik wang boleh menghancurkan parti, juga akan menyebabkan ahli salah memilih pemimpin. Politik wang juga meracuni kita menjadi individu yang gemarkan rasuah dan habuan,” Zahid

 

Jelas disini kita dapat lihat kedua-dua pihak bersungguh-sungguh untuk memerangi rasuah dalam era Malaysia baru.

 

Ini juga berbentuk amaran kepada barisan pimpinan kerajaan dan pembangkang supaya tidak mengamalkan rasuah. Jika ada pihak yang berdegil, hanya hukuman sahaja yang akan menanti.

 

Sudah-sudahlah dengan kes-kes rasuah yang kita dibongkarkan kepada rakyat, kita tidak mahu perkara ini terus berulang di masa hadapan.

 

Secara amnya, rasuah memberi impak negatif kepada pembangunan negara dan masyarakat. Kebocoran kantung negara, projek berkualiti rendah dan faktor keselamatan terabai antara kesan lansung rasuah yang kita dapat lihat.

 

Image result for macc hq
Kredit: Flickr

 

Untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang bebas rasuah, semua pihak perlu memberikan kerjasama. Bukan sahaja perlu mengelak daripada memberi rasuah, tetapi perlu elak untuk mengambil juga.

 

Daripada sekecil-kecil rasuah seperti membayar “air kopi” kepada pegawai polis semasa road block sehinggalah rasuah sebesar kes 1MDB harus diperangi.

 

Masyarakat perlu perlu bersifat lebih proaktif dengan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melaporkan apa sahaja kegiatan rasuah di sekeliling mereka. (Untuk melaporkan kes rasuah klik sini)

 

Kes-kes yang didedahkan di media harus dijadikan pengajaran buat semua rakyat Malaysia.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…