fbpx

Roger Federer: Uniqlo Vs Nike

Oleh : Kapital
08 Oktober 2018 - 12:11 pm

Reading Time: 3 minutes

Peminat sukan tenis pasti tidak akan dapat menolak ikon sukan utama tenis dunia ini iaitu Roger Federer baik sebagai seorang peminat mahupun pembenci. 10 tahun kebelakangan ini, nama Roger Federer banyak menghiasi dada-dada akhbar kerana pencapaiannya yang mengujakan sebagai seorang pemain tenis professional.

 

Setiap kali menyebut nama Roger Federer, maka ikon ini tidak dapat dipisahkan dengan jenama sukan yang paling popular di dunia iaitu Nike. Kita dapat lihat setiap kali perlawanan tenis yang melibatkan Roger Federer, dia akan mengenakan jenama Nike daripada kepala sehinggalah ke kaki menyebabkan Nike dan Federer begitu sinonim.

 

Namun, dunia sukan tenis menerima kejutan yang agak besar apabila Federer menolak tawaran untuk menandatangani kontrak baru bersama Nike sebaliknya memilih Uniqlo sebagai jenama rasmi untuknya.

 

roger federer duta uniqlo
Kredit: The Drum

 

Soalnya mengapa hal ini boleh terjadi?

 

Perjanjian Awal

 

Federer hari ini telah menjadi duta utama buat jenama Uniqlo dengan nilai kontrak sebanyak USD30 juta setahun. Uniqlo sememangnya jenama yang banyak menaja acara sukan seperti tenis sehinggalah ke sukan golf.

 

Dengan melantik Federer, Uniqlo bukan sahaja dapat mempopularkan jenamanya kerana mengambil atlit terkemuka dunia, malahan langkah ini merupakan langkah yang paling relevan kerana Rafael Nadal mula meninggalkan jenama ini untuk ke jenama baru iaitu Lacoste.

 

Jadi Roger Federer merupakan calon yang terbaik bagi menggantikan Rafael Nadal.

 

Sejarah Federer Bersama Nike

 

Seperti yang diketahui umum, Roger Federer telah menamatkan kontraknya bersama Nike pada 1 Mac. Sebelum ini, Nike dan Federer umpama rakan baik. Beliau telah mengenakan jenama Nike sejak tahun 1994 dan telah mengenakan barangan sukan Nike untuk kesemua 20 gelaran dunia yang telah dimiliki.

 

Perjanjiannya dengan Nike telah menelan banyak sebanyak USD12 juta setahun, lebih dari perjanjian Rafael Nadal yang tempohnya selama 5 tahun dan jumlah sebanyak USD50 juta.

 

roger federer duta uniqlo
Kredit: Sole Collector

 

Hubungan Nike dan Federer lebih daripada sekadar ikatan wang tunai kerana keduanya pernah berkerjasama pada fasa evolusi Nike Court Zoom Vapor, dimana Federer telah memakai kasut ini secara tidak rasmi tanpa perjanjian. Kemudian kasut ini menjadi popular. Tambahan pula, Nike memperoleh signature rasmi daripada Federer iaitu logo “RF”.

 

Nike mempunyai hak atas logo “RF” yang popular itu, sekiranya Federer meninggalkan syarikat ini, maka beliau akan hilang hak untuk menggunakan logonya yang popular dan ini  bukanlah satu masalah yang kecil kerana Federer sebelum ni telah menjadikan Nike sebagai jenama peribadinya. Namun logo ini tidak mampu mengubah pendiriannya untuk menukar jenama.

 

Objektif Uniqlo Dalam Sukan Tenis

 

Sebelum ini Uniqlo sememangnya cuba untuk menembusi pasaran sukan tennis. Novak Djokovic adalah antara dutanya selama 5 tahun sebelum meninggalkan jenama ini untuk jenama Lacoste pada tahun 2017. Kei Nishikori merupakan antara pemain tenis lain yang menggunakan jenama ini.

 

Mereka turut melantik atlit paralimpik tenis iaitu Shingo Kunieda untuk menjadi duta. Kesemua ini memperlihatkan betapa seriusnya Uniqlo untuk menembusi pasaran sukan tenis dan juga golf.

 

Jadi, perjanjian dengan Roger Federer ini bukan sahaja mengejutkan tetapi juga sebagai batu loncatan buat jenama ini sebagai penaja barangan sukan.

 

roger federer duta uniqlo
Kredit: The Times

 

Antara Alasan Yang Boleh Dikaitkan

 

Pertukaran jenama ini berlaku mungkin kerana tiada atlit yang mampu melalui penjenamaan semula dalam karier lewatnya tanpa menghilangkan “Federer” nya kecuali Roger Federer sendiri. Dia seorang yang tenang, cool, dan sekiranya Uniqlo mahukannya, Uniqlo perlu menyatakan alasan yang baik untuk beliau berbuat demikian.

 

Sama ada kerana duit, kebebasan berkreatif, tempoh perjanjian yang lebih lama atau apa-apa sahaja alasan, Kem Federer tidak akan membiarkan kesemua alasan ini bocor kepada publik kerana beliau telah menunjukkan yang beliau amat serius dengan pilihannya.

 

Federer tidak dapat bermain tenis selamanya. Sekarang ini adalah tempoh masanya untuk beliau banyak berehat. Dengan memilih Uniqlo, mungkin ini adalah antara pilihan yang baik kerana beliau dapat menikmati saat-saat akhir karier akhirnya tanpa menerima tekanan yang tinggi daripada penaja.

 

Tambahan lagi, ada beberapa khabar angin yang mengatakan bahawa keuntungan daripada menerima jenama ini lebih banyak menjadi motivasi buat dirinya.

 

Walau apa pun, kemasukan Federer dalam jenama Uniqlo ini, telah meningkatkan jenama Uniqlo itu sendiri sebagai jenama sukan tenis terbaik dunia.

 

Artikel ini ditulis oleh Budiman Hikayat

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…