fbpx

Strategi Pelaburan KWSP Menghasilkan Pulangan Baik – Bank Dunia

Oleh : Kapital
31 Oktober 2018 - 10:56 am

Reading Time: 2 minutes

Berdasarkan Laporan Kajian Kes oleh Bank Dunia, terdapat tiga faktor utama kejayaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkatkan saiz dana mereka daripada RM2.6 juta pada tahun 1952 sehingga kini berjumlah lebih RM800 bilion. Tiga faktor utama tersebut ialah struktur tadbir urus yang kukuh, kepelbagaian cabang pelaburan serta profesionalisme dan integriti. Kejayaan ini turut didorong oleh strategi pelaburan dana persaraan itu yang menghasilkan pulangan lebih baik dengan mempelbagaikannya kepada pasaran asing dan kelas aset baharu.

 

Berita ini kali pertama disiarkan di Berita Harian.

 

KUALA LUMPUR: Kejayaan transformasi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada dana bersaiz RM2.6 juta pada 1952 sehingga menjadi dana persaraan antara terbesar dunia berjumlah lebih RM800 bilion boleh dijadikan sebagai rujukan kepada kerajaan lain seluruh dunia.

 

Ia adalah berdasarkan Laporan Kajian Kes oleh Bank Dunia mengenai kejayaan yang dicapai oleh KWSP sebagai dana persaraan awam sejak lebih enam dekad lalu.

 

Ahli Ekonomi Utama dan Pemangku Pengurus Negara Hab Penyelidikan dan Pengetahuan Global Bank Dunia di Malaysia, Dr Richard Record, berkata laporan itu turut menekankan tiga faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan memberangsangkan oleh KWSP iaitu struktur tadbir urus yang kukuh, kepelbagaian cabang pelaburan serta profesionalisme dan integriti.

 

Beliau berkata, ia turut didorong oleh strategi pelaburan oleh dana persaraan itu yang menghasilkan pulangan lebih baik dengan mempelbagaikannya kepada pasaran asing dan kelas aset baharu.

 

Selain itu katanya, laporan itu juga menyatakan antara cabaran kepada Malaysia termasuklah populasi berusia yang berkembang dan kebanyakan rakyat negara ini tidak mempunyai simpanan minimum yang diperlukan bagi persaraan.

 

“Pada 2015, satu daripada lapan individu berumur 60 atau lebih tua, yang mana angka ini akan menjadi satu daripada enam pada 2030, malah akan mengecil kepada satu daripada lima pada 2050.

 

“Pengukuhan kepada institusi seperti KWSP adalah matlamat kebanyakkan negara sebagai langkah utama dalam memastikan kesejahteraan rakyat mereka.

 

“Bank Dunia juga berharap dapat bekerjasama dengan KWSP dalam aspek keselamatan sosial serta penyelesaian dasar kepada populasi yang berusia,” katanya pada majlis pelancaran Laporan Kajian Kes KWSP oleh Bank Dunia di sini, hari ini.

 

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias dan Penulis Buku Laporan Kajian Kes, Dr Muhammed Abdul Khalid.

 

Selain itu, Tunku Alizakri turut menjadi ahli panel bersama Prof Emeritus Datuk Norma Mansor dari Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya dan Pakar Sektor Kewangan Bank Dunia, Fiona Stewart sebagai moderator.

 

Laporan Bank Dunia itu menggariskan mengenai kepentingan bagi KWSP untuk membangunkan strategi pelaburan jangka panjang yang dipacu oleh pencarumnya.

 

Malah, penekanan juga perlu terus berevolusi dari semasa ke semasa bagi mencapai skala, kepakaran dan pengalaman serta mengenalpasti keperluan bagi memaksimumkan pulangan.

 

KWSP adalah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan secara cekap dan boleh dipercayai.

 

Berita ini kali pertama disiarkan di Berita Harian.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…