fbpx

Taman Tema MAPS Rugi RM474 Juta, Perak Corp & OWG Tamatkan Perjanjian Kerjasama

Oleh : Wan Syarafiz
26 Oktober 2018 - 2:10 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Perak Corporation Berhad me­rupakan pemegang saham terbesar dalam projek MAPS dengan jumlah pelaburan sebanyak RM248 juta
  • Perjanjian lesen bersama pihak DreamWorks Animation turut ditamatkan berikutan beberapa masalah yang timbul

 

Pada awal tahun ini, anak syarikat Perak Corporation Berhad, Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) bersama dengan pihak Only World Group Holdings Bhd (OWG) telah mengumumkan akan bekerjasama bagi melaksanakan perkhidmatan pengurusan untuk taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS).

 

Walau bagaimanapun, Perak Corporation Berhad baru sahaja mengumumkan akan membatalkan pelan pengurusan bersama (co-manage) taman tema MAPS tersebut dengan pihak OWG. Penamatan bersama Heads of Agreement (HOA) ini telah diumumkan oleh kedua-dua syarikat susulan selepas taman tema MAPS dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM474 juta.

 

Penamatan perjanjian ini bagaimanapun tidaklah mengejutkan ramai pihak. Hal ini kerana, selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum 14 yang lepas, banyak kepincangan berkenaan taman tema tersebut yang dibangunkan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional telah didedahkan.

 

Taman tema yang dibina dengan kos RM520 juta di atas tanah berkeluasan 21 hektar itu menawarkan lebih 40 tarikan di sepanjang 6 zon yang bertemakan Animation Square, Dream, Blast off, Live Action, Lakeside dan Fantasy Forest. Ia telah dibuka kepada orang awam sejak 26 Jun 2017.

 

Apakah masalah sebenar taman tema MAPS ini?

 

Beberapa bulan yang lepas, pihak Perak Corporation Berhad (PCB) mengumumkan anak syarikat 51% miliknya, Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) telah menamatkan Perjanjian Lesen dengan DreamWorks Animation L.L.C secara rasmi dan menyebabkan segala harta intelek Dreamworks perlu dikeluarkan daripada taman tema tersebut.

 

Image result for dreamworks maps perak
Kredit: Theme Park Review

 

Walaupun segala kerja pembinaan di Dream Zone yang menempatkan watak-watak animasi Dreamworks telah disiapkan, timbul beberapa masalah seperti masalah audio, pencahayaan dan rekabentuk permainan perlu ditambah baik yang akan menyebabkkan penangguhan pembukaan zon tersebut.

 

Disebabkan oleh hal itu, ATP telah mengambil keputusan untuk menamatkan perjanjian bersama Dreamworks dan menggantikan Dream Zone dengan tarikan lain.

 

Bukan itu sahaja, MAPS juga dilaporkan telah rugi sebanyak RM474 juta sejak tahun2013 lagi!

 

Susulan itu, Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak, Nga Kor Ming telah mengarahkan satu audit forensik dilaksanakan ke atas MAPS bagi menyiasat bagaimana kerugian yang sebegitu besar dengan nilai RM474 juta dicatatkan oleh taman tema tersebut.

 

Jumlah kerugian yang diberitahu itu adalah termasuk jumlah kemerosotan nilai aset sebanyak RM186.5 juta dan juga kemerosotan nilai atas penghutang bukan dagangan yang berjumlah sebayak RM90.4 juta.

 

Menurut Nga Kor Ming, proses audit forensik itu perlu dijalankan bagi mengesan sebarang penyelewengan atau salah laku yang telah dilakukan dan mahu membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.

 

Dalam masa yang sama juga, Nga Kor Ming mempersoalkan bagaimana pihak kerajaan negeri melibatkan diri dalam projek tersebut. Hal ini timbul kerana pada permulaannya, taman tema tersebut dikatakan sepatutnya dibangunkan melalui pelaburan swasta dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) hanya bertindak sebagai penyedia tanah.

 

Image result for nga kor ming
Kredit: FMT

 

“Asalnya, projek ini melibatkan pelaburan swasta dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) hanya memberikan hak milik tanah. Namun kini, syarikat milik kerajaan negeri, Perak Corporation Berhad me­rupakan pemegang saham terbesar dalam projek MAPS dengan jumlah pelaburan sebanyak RM248 juta duit rakyat,” ujar Nga Kor Ming.

 

Walaupun dikatakan taman tema ini bermasalah, namun pihak kerajaan negeri tidaklah sekadar menutup ‘sebelah mata’ tanpa mengambil sebarang inisiatif.

 

Sebagai rekod, kerajaan negeri Perak telah memilih MAPS sebagai lokasi penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri 2018 peringkat negeri bagi memberi peluang kepada rakyat negeri Perak merasai pengalaman permainan yang ditawarkan dalam taman tema tersebut.

 

Menurut Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, kerajaan Pakatan Harapan komited untuk memperbetulkan kesilapan yang telah berlaku berkaitan dengan taman tema tersebut.

 

“Saya ingin menunjukkan kepada orang ramai bahawa saya amat komited untuk memperbetulkan apa juga kesilapan yang telah dibuat di tempat itu dan kita akan memperbaiki dan memperbetulkannya”, ujar Menteri Besar Perak tersebut.

 

Namun, usaha yang diambil oleh pihak kerajaan negeri ini dilihat seolah-olah tidak membuahkan hasil dan masih gagal untuk menarik orang ramai bagi mengunjungi taman tema tersebut.

 

Apakah kesudahan yang bakal kita saksikan bagi taman tema ini? Sekiranya masih gagal menarik pengunjung, adakah MAPS akan ditutup dan hanya menjadi sebuah lagi projek ‘gajah putih’ yang menyebabkan pembaziran wang rakyat dengan nilai lebih ratusan jutaan ringgit?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…