fbpx

Tambah Baik Mekanisme Pelepasan Unit Bumiputera

Oleh : Radzi Tajuddin
05 Oktober 2018 - 5:36 pm

Reading Time: 3 minutes

Artikel ini pertama kalinya diterbitkan oleh Berita Harian.

 

Mekanisme pelepasan unit perumahan kuota Bumiputera yang tidak terjual ke pasaran bebas perlu diseragamkan di seluruh negeri selain perlu ditambahbaik memandangkan mekanisme sedia ada dilihat sudah lapuk.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Hartabumi.com, Radzi Tajuddin, berkata sistem sedia ada ketika ini turut dilihat tidak telus sekali gus memudahkan ia untuk dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapat keuntungan mudah.

 

Justeru katanya, beliau mencadangkan supaya mekanisme sedia ada dirombak dan peraturan yang dikenakan ditambahbaik dengan perlu mengambil kira perkembangan teknologi semasa dan kehendak orang ramai.

 

Image result for rumah mampu milik
Kredit: Malaysiaaktif

 

“Sebagai contoh, ketika ini antara syarat untuk pemaju di Selangor perlu penuhi sebelum layak mendapat pelepasan kuota Bumiputera ialah mengiklan di dalam akhbar berbahasa Melayu dan menyertai ekspo pameran hartanah.

 

“Saya lihat syarat ini perlu dikemaskini kerana selain akhbar, pemaju sepatutnya turut dikehendaki mengiklan di dalam mana-mana portal hartanah kerana perlu diakui, pengguna kini lebih cenderung mencari rumah untuk dibeli di dalam internet.

 

“Ini menyebabkan ramai pembeli Bumiputera yang layak mungkin tidak sedar mengenai iklan berkenaan yang mana akhirnya menyebabkan unit itu dilepaskan ke pasaran bebas. Sudah tentu ia merugikan pasaran untuk Bumiputera itu sendiri,” katanya kepada Bisnes NSTP, di sini, baru-baru ini.

 

 Mengulas lanjut Radzi berkata, adalah penting juga untuk menyeragamkan sistem pelepasan ini disetiap negeri bagi menjadikan ia lebih telus.

 

“Ketika ini, di setiap negeri, mekanismpe pelepasan yang digunapakai adalah berbeza, malah di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) sendiri pun, ada syarat tambahan dikenakan.

 

“Justeru bagaimana kita boleh tahu sistem ini telus dan ini yang menyebabkan berlakunya banyak kes rasuah,” katanya.

 

Ditanya mengenai cadangan supaya kuoto Bumiputera dihapuskan, Radzi dengan tegas berkata beliau tidak bersetuju ia dihapuskan kerana tidak akan menyelesaikan isu pemilikan rumah dalam kalangan rakyat, malah menyebabkan pasaran hartanah menjadi lebih tidak terkawal dan lebih mahal buat golongan Bumiputera khususnya.

 

Ini kerana katanya, syarat kuota Bumiputera yang ditetapkan di antara 30 peratus hingga 50 peratus mengikut negeri, dilihat bertindak mengawal pasaran hartanah dari segi harga dan tawaran.

 

Selain itu katanya, dengan tahap pendapatan di Malaysia yang berbeza-beza mengikut kaum menyebabkan penetapan kuota untuk perumahan masih wajar untuk dilakukan.

 

“Memang diakui, lebih separuh daripada unit rumah yang tidak terjual di pasaran pada masa ini adalah daripada unit Bumiputera. Namun, untuk ia dijadikan sebagai alasan bagi menghapuskan terus kuota Bumiputera adalah tidak wajar.

 

“Perlu diingatkan bahawa agenda utama kerajaan ialah untuk memastikan semua rakyat termasuk golongan Bumiputera memiliki rumah sendiri.

 

Image result for rumah selangorku
Kredit: SelangorKini

 

Adakah dengan memansuhkan kuota tersebut mampu meramaikan lagi Bumiputera memiliki rumah? Perkara ini yang perlu  difikirkan bersama. Bukan kerajaan semata-mata.

 

“Kerana itu, seperti yang sudah saya sebutkan, antara penyelesaian jangka pendek boleh dilakukan ialah menjadikan mekanisme pelepesan ini telus, seragamkannya dan tambah baik peraturan,” katanya.

 

” Di samping itu, kerajaan mungkin boleh menambah baik dengan meluaskan skop kuota ini kepada mereka yang berpendapatan rendah tanpa mengira kaum kerana terdapat juga golongan miskin Cina, India dan Sabah Sarawak,” kata Radzi.

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…