fbpx

TERUS TERANG: Derma RM100 Juta, Jurang Kekayaan & Pengerusi GLC

Oleh : Kapital
25 Oktober 2018 - 2:43 pm

Reading Time: 4 minutes

Siapa yang mampu beri derma sebanyak RM 100 juta?

Beberapa minggu yang lepas, Pakatan Harapan dilaporkan mengalami keadaan kewangan yang kritikal. Walaupun kedengaran seakan tidak logik memandangkan gabungan ini adalah parti pemerintah, tetapi inilah yang didedahkan sendiri oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir.

 

Walaubagaimanapun engumuman ini seharusnya disambut baik oleh rakyat Malaysia.

 

Ini memberi gambaran bahawa tiada toleransi terhadap unsur-unsur korupsi di mana terdapat syarikat, hartawan dan dermawan yang secara tiba-tiba bermurah hati untuk memberi sumbangan kepada mana-mana ahli politik mahupun parti politik.

 

Image result for forest city
Sumber: Straits Times

 

Dalam membuat pendedahan ini, Perdana Menteri turut memberitahu kerajaan Pakatan Harapan telah menolak derma dari sebuah syarikat yang mahu menyumbang RM100 juta ke ke dalam Tabung Harapan.

 

Siapakah pihak yang bermurah hati menderma sebanyak itu? Jumlah ini adalah bersamaan dengan separuh belanjawan negeri Perlis.

 

Secara logiknya, jika syarikat tersebut memberi derma RM100 juta, sudah pastilah mereka berupaya menjana pendapatan yang berkali-kali ganda dari jumlah yang ingin didermakan.

 

Dalam hal ini sudah pastilah tidak banyak syarikat yang mempunyai keupayaan sedemikian.

 

Menurut sumber yang mempunyai pengetahuan terhadap perkara ini, syarikat yang dimaksudkan adalah pemaju perumahan paling kontroversi di Malaysia ketika ini.

 

Menurutnya,  syarikat pemaju tersebut mahu ‘memperbaiki’ hubungan di antara kerajaan Persekutuan dengan syarikat tersebut. Untuk memperlihatkan ‘niat baik’ mereka, cek bernilai RM100 juta telah disediakan.

 

Namun, Perdana Menteri menolak derma tersebut kerana bimbang dan faham akan implikasi terhadap projek kontroversi syarikat tersebut.

 

Ia bukanlah suatu perkara yang menghairankan melihatkan jumlah Nilai Pembangunan Kasar (GDV) bagi projek tersebut bersamaan dengan RM400 bilion.

 

RM100 juta untuk RM 400 bilion? Apalah sangat.

 

Apapun, tahniah Pakatan Harapan kerana memperhalusi sebarang bentuk derma yang ditawarkan.

 

Sejuta isi rumah ‘miskin’ dan hanya ada RM76 dalam poket

RM76.

 

Inilah wang tunai yang tinggal di dalam poket bagi golongan berpendapatan rendah di Malaysia selepas membelanjakan gaji mereka untuk kehidupan harian menurut Khazanah Research Institute (KRI) dalam laporan ‘The State of Households’ baru-baru ini.

 

Laporan ini turut menyebut terdapat lebih sejuta isi rumah di Malaysia yang dikategorikan sebagai miskin. Ini di sebalik pertumbuhan ekonomi negara yang positif.

 

Pada masa yang sama kita diberitahu kejayaan ekonomi Malaysia pada dekad yang lalu hanya lebih memberi manfaat kepada golongan kapitalis, bukannya golongan pekerja.

 

“Walaupun negara mencatatkan pertumbuhan KDNK yang terbaik di rantau ini, hanya satu per tiga pekerja yang mendapat manfaatnya.”

 

Demikian menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ketika membentangkan kajian separung penggal RMK-11.

 

Justeru, pengumuman yang dibuat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali yang mahukan prestasi ekonomi negara tidak lagi diukur bersandarkan kepada kadar KDNK semata-mata adalah tepat.

 

Indikator-indikator yang lebih menyeluruh seperti kadar kemiskinan relatif, kualiti pendidikan, pemilikan rumah, kedudukan kewangan isi rumah serta kadar produktiviti pekerja adalah antara perkara yang lebih mustahak.

 

Di akhirnya apa yang kita mahukan adalah rakyat hidup dengan sejahtera dan makmur, bukannya hanya negara (atau kerajaan) sahaja yang kaya.

 

Baca: Golongan Berpendapatan Rendah Hanya Ada Lebihan RM76 Setiap Bulan – KRI

Baca: Lebih 1 Juta Rakyat Malaysia Miskin Walaupun Kadar Kemiskinan Semakin Rendah

Pengerusi-pengerusi GLC, bertindaklah!

Satu perkara baru di era Malaysia baru yang ramai kurang memberikan kredit adalah lantikan-lantikan yang dibuat bagi mengisi jawatan tertinggi di dalam agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

 

Berbeza dengan amalan terdahulu, hampir kebanyakan jawatan pengerusi dan hali lembaga pengarah dipilih di kalangan golongan professional dan berkelayakan. Amalan melantik orang politik telah dihentikan.

 

Sudah pasti orang ramai mengharapkan golongan professional ini lebih tegas dan berani dalam membuat keputusan yang sensitif (seperti mengambil tindakan kepada salah laku) tanpa perlu terlalu mengambil kira pertimbangan politik mana-mana parti politik.

 

Namun Kapital.my difahamkan terdapat beberapa pengerusi agensi kerajaan dan GLC yang enggan mengambil tindakan kepada pihak pengurusan terdahulu walaupun laporan dan bukti salah laku telah dikemukakan.

 

Image result for tabung haji
Sumber: Mole.my

 

Misalnya Tabung Haji.

 

Barisan ahli lembaga pengarah yang lama telah melakukan kesalahan dengan mengambil bayaran gaji dan elaun sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

 

Ini sama sekali bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995 di bawah perkara 2 bahagian 7 yang jelas menyatakan ahli lembaga pengarah tidak dibenarkan mendapat apa-apa bayaran gaji melainkan honorium seperti kos perjalanan.

 

Namun begitu, sejumlah RM 4.2 juta telah dibayar kepada mereka dari 2012 sehingga 2016.

 

Menurut sumber dalaman, pengurusan tertinggi Tabung Haji yang baru enggan mengambil tindakan terhadap perkara ini atas alasan ia bakal menjejaskan lagi imej organisasi pengurusan haji yang sedikit sebanyak telah terjejas.

 

Ini samalah seperti yang berlaku di FELDA apabila Pengerusinya juga dilihat seakan tidak berminat menyiasat skandal dan salah laku Tan Sri Isa Samad.

 

Alasan-alasan sebegini seharusnya tidak boleh diterima. Mereka dilantik untuk membersihkan nama baik institusi tersebut. Dengan tidak menghukum mereka yang membuat kesalahan hanya akan mencemarkan lagi imej.

 

Lebih buruk, ia memberi gambaran bahawa segala salah laku yang dibuat oleh mana-mana pihak tidak akan didakwa dan jika inilah moral yang ingin diterapkan, mengapa kita melantik golongan professional ke jawatan tersebut?

 

Lebih baik kita melantik ahli politik. Setidak-tidaknya mereka ini perlu menjawab kepada pengundi mereka.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…