fbpx

UFC Raih USD142 Juta Daripada Khabib VS McGregor

Oleh : Wan Syarafiz
10 Oktober 2018 - 9:40 am

Reading Time: 4 minutes
  • UFC pada mulanya sudah hampir muflis dan dibeli pada harga USD2 juta oleh Frank & Lorenzo Fertitta
  • 70% pendapatan keseluruhan UFC datang daripada pay-per-view

 

Baru-baru ini, satu dunia telah digemparkan dengan kekalahan Conor McGregor kepada Khabib Nurmagomedov dalam acara Ultimate Fighting Championship (UFC) 229 yang diadakan di Las Vegas pada 7 Oktober lepas.

 

Bagi mereka yang tidak tahu, UFC merupakan sebuah acara yang mengambil konsep mixed martial arts dalam perlawanannya. Selain UFC, terdapat juga kejohanan-kejohanan lain yang diasaskan berdasarkan mixed martial arts seperti One Championship, Pride Fighting Championship dan World Extreme Cash Fighting.

 

Image result for ufc 229
Kredit: Business Insider

 

Dan mengikut laporan daripada MMA Facts, UFC menyumbang pendapatan (revenue) kira-kira 90% daripada jumlah pendapatan keseluruhan industri mixed martial arts ini.

 

Bagaimana UFC ini berjaya menjadi satu empayar dalam sukan mixed martial arts?

 

Menurut sejarah, Frank dan Lorenzo Fertitta telah ‘dilobi’ oleh Presiden UFC, Dana White pada tahun 2001 untuk membeli UFC yang hampir muflis pada harga USD2 juta.

 

Lorenzo Fertitta kemudiannya telah bekerjasama dengan Nevada State Athletic Commision supaya UFC yang dilihat sebagai pertandingan ‘terlalu ganas’ mendapat kebenaran untuk dipertontonkan kepada orang ramai dengan menukar beberapa peraturan pertandingan.

 

Akhirnya, kebenaran telah diberi dan acara UFC mula mendapat siaran dan peminat-peminat di seluruh dunia. Pada tahun 2016, UFC kemudiannya dijual pada WWE-IMG dengan harga USD4 bilion. Ini adalah salah satu transaksi terbesar dalam sejarah dunia sukan.

 

Image result for frank lorenzo fertitta dana white
Kredit: ESPN.com

 

Kenapa UFC ini dinilai pada harga yang sangat tinggi?

 

Untuk pengetahuan orang ramai, pendapatan (revenue) UFC datangnya daripada pay-per-view, jualan tiket, penajaan dan hak penyiaran.

 

Pendapatan terbesar acara UFC dijana daripada pay-per-view dengan lebih 70% pendapatan keseluruhan UFC datangnya  daripada kaedah ini. Bagi pay-per-view, ia bermaksud peminat perlu membuat bayaran bagi menonton acara tersebut.

 

Contohnya, untuk satu acara UFC 229, peminat perlu membayar pakej dengan harga USD54.99 untuk mendapatkan siaran definisi standard (Standard Definition) atau USD64.95 bagi siaran berdefinisi tinggi (High Definition). 85% pendapatan pay-per-view ini datangnya dari pasaran Amerika Syarikat dan 15% lagi daripada pasaran Canada dan Australia.

 

Bayaran yang diterima melalui pay-per-view ini kemudiannya dibahagi kepada stesen TV yang menyiarkan acara tersebut dan pihak UFC. Secara purata UFC akan menerima 55-60% bayaran daripada pay-per-view ini dan baki selebihnya merupakan hak stesen TV.

 

Image result for ufc 229
Kredit: MMA Mania

 

Selain itu, UFC juga menjana pendapatan mereka melalui jualan tiket masuk ke dalam tempat acara itu diadakan. Menurut Dana White, menerusi acara UFC 229 ini, sebanyak USD17 juta berjaya diperoleh UFC.

 

Berdasarkan laporan, syarikat penganjuran UFC juga memperoleh pendapatan melalui penajaan sebanyak USD60 juta setahun. Ini kemudian ditambah lagi dengan penajaan melalui logo-logo yang akan ditayangkan pada gelanggang perlawanan dan juga iklan melalui saluran pay-per-view.

 

UFC juga mendapat bayaran penajaan melalui hak penyiaran antarabangsa. Dianggarkan UFC menerima sekitar USD100 juta setahun dengan mengikat perjanjian hak-hak penyiaran bersama siaran televisyen daripada seluruh dunia.

 

Bagaimana pula dengan perbelanjaan untuk acara UFC ini?

 

Dianggarkan bagi setiap acara UFC, kira-kira USD1.5 juta dibelanjakan bagi mengupah jurukamera, editor dan pengarah teknikal untuk menyiarkan acara secara siaran langsung itu.

 

Kos besar lain yang perlu ditanggung ialah kos pengiklanan dan kos ‘undercard’. Kos undercard ini diklasifikasikan sebagai kos pembayaran yang melibatkan perlawanan antara ‘fighter-fighter’ yang tidak termasuk dalam ‘main event’.

 

Sebagai contoh, pada UFC 229, fighter-fighter yang berlawan sebelum acara ‘main event’ antara Khabib vs McGregor akan dibayar dan dikira sebagai kos undercard. Tetapi fighter-fighter ini dibayar secara tetap dan tidak akan mendapat bonus hasil daripada pendapatan yang diperoleh daripada pay-per-view.

 

Image result for ufc 229
Kredit: MMAjunkie

 

Bagi acara ‘main event’ pula, Khabib dan McGregor akan mendapat bayaran tetap serta bonus hasil daripada pay-per-view. Menurut National Athletic Commision, Khabib mendapat bayaran USD2 juta untuk mempertahankan kejuaraan lightweight. Ini kemudian ditambah pula dengan bonus pay-per-view. Sekiranya 2 juta penonton membeli pay-per-view ini, Khabib akan menerima sekitar USD6 juta dan akan ditambah USD2 juta kepada USD8 juta jika 3 juta penonton berjaya diraih melalui pay-per-view.

 

Ini sangat berbeza dengan bayaran yang diterima oleh McGregor. UFC perlu membayar kepada McGregor sebanyak USD33 juta sebagai bayaran tetap dan bonus tambahan sekiranya 2 juta penonton membeli pay-per-view. Dan jika 3 juta penonton membeli pay-per-view, McGregor perlu dibayar oleh UFC sebanyak USD50 juta!

 

Bayaran McGregor ini dilihat terlalu besar, UFC boleh untung ke?

 

UFC 229 baru-baru ini dilaporkan berjaya mendapat 3 juta penonton pay-per-view dan disebabkan itu, UFC berhasil meraih pendapatan sebanyak USD142 juta. Selepas ditolak dengan kos perbelanjaan berjumlah USD66 juta, UFC masih berjaya menjana pendapatan bersih sebanyak USD76 juta.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…