fbpx

Analisis Ringkas Belanjawan 2019

Oleh : Izzuddin Yussof
03 November 2018 - 3:59 pm

Reading Time: 5 minutes

Budget 2019, better than initial expectation.

 

Tak ada major negative surprises (at least not for me). Tak ada capital gains tax, Government spending tak kurang sangat, dan overall masih boleh jadi positif untuk ekonomi

 

Tapi yang paling penting, transparency.

 

Oh ye, by the way apa aku akan tulis ni bukan sekadar daripada budget speech, tapi juga daripada buku laporan fiskal dan ekonomi.

 

Kenapa transparency?

Bertahun-tahun aku menjadi economist, mewujudkan networking di sana sini. Naturally aku banyak lah dengar benda-benda yang disembunyikan dalam oleh kerajaan.

 

Termasuklah kerajaan sekarang, ada benda-benda yang aku dengar. Dan pada asalnya aku ingatkan hmmm sama jelah strategi dulu dengan sekarang.

 

Well, it looks like I was wrong.

 

Kerajaan ada gunakan duit KWAP? Ada diceritakan. Kerajaan ada pindahkan perbelanjaan operating expenditure kepada development expenditure? Pun ada diceritakan!

 

Ini sangatlah transparen, sebab kalau dulu segala perbelanjaan macam ni akan jadi off balance sheet cause it’ll look bad for the fiscal position. Malahan akhirnya dalam buku fiskal kerajaan kali ni ada tertulis secara jelas berapakah nilai Government Guaranteed, berapakah nilai PPP, apa itu PFI, apa itu PBLT. Dibelanjakan untuk apa.

 

Buku fiskal kali ni sangat banyak fakta yang boleh menjawab persoalan-persoalan dalam kepala economist aku.

 

Anyway dah lah tu. Meh nak kongsi apa yang aku rasa penting untuk bajet ni

 

1) Tax refund sebanyak RM37 bilion akan dibayar lump sum balik kepada syarikat. Ini sesuatu yang sangat bagus sebenarnya kepada ekonomi. Ingat perbelanjaan BR1M pun baru RM6.8 billion sebelum ni. Ini lebih dari 5 kali ganda amount tu. Semua duit lebih ni akan membenarkan syarikat untuk invest lebih banyak dan wujudkan peluang pekerjaan.

 

2) Tapi effectively ianya sebenar transfer of wealth daripada Petronas kepada syarikat lain. Kenapa? Sebab Petronas akan memberikan dividen khas sebanyak RM30 billion kepada kerajaan, dengan tujuan untuk membayar tax refund tu. Special dividen, sebab ini adalah on top of the dividen biasa yang kerajaan akan dapat.

 

Kesian Petronas haha. Isilah minyak di Petronas untuk menyokong mereka ye.

 

3) Cakap pasal minyak, seperti yang dah tahu subsidi minyak akan bersasar. Hanya untuk kereta 1,500 cc ke bawah dan motor bawah 125 cc. Aku gembira kereta aku qualify, tapi kenapa motor aku tak qualify. Sob.

 

Berbeza dengan selama ni, subsidi tu bukan tetap pada suatu harga. Tetapi ianya tetap pada 30 sen seliter. Yang mana kita akan diberikan kad, dan maksima liter yang boleh dapat subsidi adalah 100 liter untuk kereta dan 40 liter untuk motor. Dengan kata lain, maksima subsidi sebulan kita boleh dapat adalah RM30 untuk kereta.

 

Berapa banyak 100 liter? Darab la dengan harga minyak sekarang RM2.20 seliter. Jadi RM220. Maksudnya kalau korang spend minyak sebulan bawah daripada RM220, jadi korang akan nikmati subsidi tu sepenuhnya. Tapi kalau lebih, maka akan ada yang korang kena bayar pada harga pasaran.

 

Mengikut pengiraan aku, harga pasaran sekarang dalam RM2.62 seliter. 42 sen atau 19% mahal daripada harga sekarang.

 

Tapi disebabkan mekanisme yang tetap pada 30 sen itu juga bermaksud kalau harga minyak lebih rendah daripada USD75 setong, maka harga yang penerima subsidi dapat akan lebih murah daripada RM2.20 seliter. Yeay! (FYI aku memang menjangkakan harga minyak akan berada dalam lingkungan purata USD700-75 atau lebih rendah lagi)

 

Kenapa ianya tak diberikan berdasarkan golongan B40? Tak pasti tapi mungkin sebab B40 tak semestinya ada kereta atau motor. Kita doakan next year diorang akan sasar pulak mengikut yang ada kereta / motor yang B40 ye.

 

Tapi yang menariknya owner yang memiliki banyak kereta takkan layak untuk mendapat subsidi ni. Maka sebenarnya aku tak layak… Haha…. Sob2

 

4) Bantuan Sara Hidup atau BR1M dirombak

Dirombak dengan tujuan untuk menjadikan ianya lebih bersasar mengikut keperluan isi rumah tu.

 

Masih single? Bantuan untuk korang dihentikan. Well logiknya bila kita masih single ni hidup kita masih tidaklah begitu terdesak.

 

Pendapatan isi rumah bawah daripada RM2,000? Maka bantuan yang diberikan akan bernilai RM1,000 setahun.

 

Pendapatan isi rumah antara 2,001-3,000? Korang akan dapat RM750.

 

Kalau RM3,001-4,000? RM500

 

Nampak macam kurang kan? Sabar.

 

Sebab menarik BSH ni adalah pada prioriti berdasarkan bilangan anak.

 

Isirumah akan mendapat tambahan peruntukan RM120 untuk setiap orang anak. Which makes a lot of sense. Sebab realitinya langsung tak sama orang yang pendapatan isi rumah bawah RM3,000 tapi tak ada anak dan yang ada 5 orang anak.

 

Tapi masih overall peruntukan dikurangkan, daripada RM6.8 billion kepada hanya RM5 billion. Cuma sekarang ianya menjadi lebih bersasar lagi.

 

5) RPGT dinaikkan

Seperti yang aku dah terfikir dan duk cerita kepada client, RPGT untuk penjualan rumah lebih daripada 5 tahun kini dinaikkan daripada 0% kepada 5%. Sebaliknya kepada foreigner dan syarikat, ianya dinaikkan daripada 5% kepada 10%.

 

RPGT ni cukai ke atas keuntungan. Jadi kalau jual rumah untung RM100k, maka RM5k akan dicukai. Tu je.

 

Tapi jujurnya walau dah terfikir, aku tak sangka dia memang akan betul-betul implement. Sebab keadaan pasaran rumah tengah agak kritikal sekarang ni. Aku ada tulis artikel pasal benda ni. Nanti aku share bila dah keluar.

 

6) Cukai Soda diperkenalkan

Cukai sebanyak 40 sen per liter akan dikenakan ke atas minuman dengan kandungan gula melebihi 5 gram per 100ml, ke atas jus mengandungi 12 gram per 100ml.

 

So air tin gas yang korang beli tu. Yang lebih kurang 300ml tu. Roughly akan mengalami kenaikan harga 12 sen.

 

7) Unlimited pass rapidKL RM100 sebulan

Ni korang boleh guna untuk naik public transport setiap hari. Unlimited weyh. Sekali lagi sesungguhnya sebagai pengguna public transport setiap hari aku sukakan benda ni haha. Banyak pulak aku dapat dalam bajet kali ni.

 

8. Insurans kesihatan untuk B40

Kecoh beberapa bulan lepas pasal duk kata neoliberal nak privatise sektor kesihatan la. Nak untungkan syarikat insurans lah apa lah.

 

Akhirnya perincian sebenar keluar. Golongan B40 akan mendapat perlindungan insurans untuk sakit kritikal sebanyak RM8,000 dan layak mendapat pendapatan ketika cuti sakit sebanyak RM50 sehari, sehingga sebanyak 14 hari, memberikan jumlah keseluruhan RM700.

 

Tak banyak mana bagi korang. Tapi bagi golongan yang memang susah. Itu sangatlah banyak. Sepertimana BR1M itu banyak untuk mereka.

 

9) SST dan double taxation.

Ada beberapa langkah kerajaan akan buat untuk elakkan double taxation. Daripada memperkenalkan tax credit, memberikan pengecualian kepada syarikat yang mengambil servis dari syarikat lain dan lai-lain.

Cuma aku sebenarnya wondering berapa ye pengurangan kutipan SST daripada langkah ni… Hmmm….

 

10) Kerajaan akan mula mencukai foreign services. Dan kerajaan akan mula juga me cukai online foreign services bermula dari tahun 2020. Yea Netflix kena. Sorry. Gunalah iflix ye. Iklan ni tidak berbayar. Sekadar pengguna yang gembira.

 

11) Kerajaan juga akan menyiasat mereka yang mempunyai kekayaan atau aset yang luar biasa. Yang mana benda-benda ni biasa digunakan oleh mereka yang mendapat pendapatan yang tidak sah

 

12) Overall, bajet defisit akan melalui ‘reset’. Kitorang duk guna term ni dengan client tapi tak sangka kerajaan memang akan gunakan term ni jugak.

 

Fiscal deficit akan naik kepada 3.7% tahun ni. 3.4% tahun depan. 3% tahun 2020 dan 2.8% tahun 2021.

 

13) Credit rating?

Despite all of the measures by Goverment, benda yang masih kurang jelas sebenarnya adalah pada hasil pendapatan. Yes ada cukai baru, tapi semua cukai tu takdelah dapat banyak mana.

Kerajaan tunjukkan komitmen untuk terus improve Fiscal deficit position tu bagus. Tapi masih tak menjawab persoalan macam mana nak boleh capai deficit 2.8% tahun 2021.

 

Aku sebenarnya ada dengar khabar angin berkaitan cukai tertentu tak lama sebelum bajet. Tapi tengok-tengok tak ada pulak. Walau aku tak terkejutlah kalau ianya akan diperkenalkan kemudian.

 

14) Ah ye. Minimum wage akan naik kepada RM1,100. Expected and also nothing much. Tapi kepada para pemilik perniagaan, jom naikkan gaji pekerja kita.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…