fbpx

Asas Ekonomi: Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Tukaran Wang

Oleh : Kauthar Rozmal
16 November 2018 - 3:04 pm

Reading Time: 3 minutes

Anda tahu apakah perkara yang mempengaruhi kadar pertukaran wang? Selain daripada kadar inflasi dan keluaran kasar dalam negara (KDNK) yang kita sudah belajar dahulu (Asas Ekonomi: Mengukur Kekuatan Ekonomi Dengan KDNK, Pengangguran Dan Inflasi), kadar tukaran wang juga menjadi penanda aras tahap kesihatan ekonomi sesebuah negara.

 

Sebelum kita melihat apakah faktor yang mempengaruhi kadar tukaran wang, cuba kita lihat dulu apakah kesan jika matawang melemah atau menguat terhadap aktiviti perdagangan (import dan eksport) di antara negara.

 

Import akan menjadi lebih mahal dan eksport akan menjadi lebih murah jika matawang negara tersebut tinggi. Contohnya jika USD lebih kuat daripada MYR, ianya menjadi murah bagi Amerika Syarikat untuk mengimport barang daripada Malaysia dan sebaliknya.

 

Di bawah akan diterangkan beberapa faktor yang mempengaruhi kadar tukaran wang.

 

Kadar Inflasi

Secara amnya inflasi lebih membanyak memberi kesan negatif terhadap kadar tukaran wang. Kadar inflasi yang rendah tidak menjamin kenaikan matawang, tetapi kadar inflasi yang sangat tinggi berkemungkinan besar menyebabkan matawang jatuh.

 

Kadar inflasi yang tinggi bermaksud berlakunya kenaikan harga barang dengan mendadak. Jika inflasi di Malaysia lebih tinggi berbanding Indonesia, secara amnya harga barang di Malaysia naik lebih tinggi berbanding di Indonesia.

 

Ini menyebabkan permintaan terhadap eksport barangan Malaysia jatuh seterusnya menyebabkan permintaan MYR juga jatuh. Selain itu, orang Malaysia akan lebih berminat untuk membeli barang daripada Indonesia kerana harga yang lebih murah.

 

Related image
Gambaran kesan inflasi. Kredit: Norman

 

Kadar Faedah

Bank Negara akan menggunakan kadar faedah untuk mengawal ekonomi negara. Kebiasaannya apabila ekonomi menguncup kadar faedah akan diturunkan dan ianya akan dinaikkan jika ekonomi berkembang.

 

Kadar faedah yang tinggi akan menyebabkan kadar faedah pinjaman di bank dan kadar faedah bon meningkat. Jika kadar faedah bon meningkat, ianya menarik lebih ramai pelabur kerana pulangan yang lebih tinggi.

 

Kemasukan pelabur dari luar negara (kemasukan dana asing) akan mewujudkan permintaan terhadap sesebuah matawang. Tetapi Bank Negara tidak boleh sesuka menaikkan kadar faedah kerana ianya akan menyebabkan inflasi.

 

Defisit Akaun Semasa

Akaun semasa bermaksud baki dagangan (balance of trade) di antara sesebuah negara dan rakan dagangan mereka. Bahasa mudahnya jika ada deficit akaun semasa ianya bermakna negara tersebut lebih banyak import berbanding eksport.

 

Peningkatan jumlah import akan menyebabkan permintaan matawang asing meningkat. Secara amnya, jika import lebih tinggi berbanding eksport, ianya bermakna jumlah wang keluar negara lebih banyak berbanding jumlah wang yang masuk lantas menyebabkan permintaan matawang negara tersebut jatuh.

 

Related image

 

Hutang kerajaan

Hutang kita dengan hutang kerajaan bukanlah perkara sama. Hutang kita wajib dibayar tetapi hutang kerajaan juga ‘tidak wajib’ dilangsai walaupun selepas 1,000 tahun. Kenapa pula macam tu? Baca jawapannya disini: Beza Hutang Kerajaan Dengan Hutang Kita Semua

 

Sudah menjadi norma bagi kerajaan untuk berhutang bagi membiayai projek awam seperti LRT, MRT dan lapangan terbang. Walaupun hutang ini bukanlah kategori hutang ‘jahat’ kerana ianya mampu meransang ekonomi, tetapi jumlah hutang yang terlampau tinggi akan membuatkan pelabur ‘lari’.

 

Tahap kesihatan hutang negara pula diukur dengan peratusan hutang luar dan dalam negara serta nisbah hutang terhadap KDNK. Setakat Jun 2018, hutang negara Malaysia berada pada purata 50.8% berbanding KDNK dan hanya 2.3% sahaja hutang dalam matawang asing, ini menunjukkan bahawa hutang negara kita berada pada tahap yang baik.

 

Kestabilan Politik

Pelabur asing lebih menggemari negara dengan kestabilan politik dan ekonomi. Sebarang ketidak tentuan dalam suasana politik sesebuah negara akan menyebabkan pelabur mengeluarkan wang mereka daripada negara tersebut.

 

Cuba kita lihat apa yang jadi kepada Pound Sterling (GBP) selepas Brexit pada Mac 2017 yang lalu. Selepas Brexit, GBP telah meningkat sekitar 15% berbanding USD.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…