fbpx

Bagaimana K-Pop Menyumbang Kepada Ekonomi Korea Selatan

Oleh : Kauthar Rozmal
19 November 2018 - 4:50 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Eksport kebudayaan (muzik, rancangan TV, permainan video dan filem) bernilai USD 8.2 bilion pada tahun 2017
  • Sebanyak USD 500 juta telah diperuntukkan bagi membina industri eksport kebudayaan

Genre Pop Korea mula tular diseluruh dunia melalui video Gangnam Style oleh Park Jae Sung pada tahun 2012. Video ini mendapat 100 juta tontonan dalam masa 51 hari sahaja!

 

Pastinya ramai penonton yang tidak faham apakah maksud lagu tersebut, namun rentak dan ritmanya berjaya menangkap hati penonton.

 

6 tahun kemudian, satu lagi kejayaan besar diperolehi industri k-pop melalui kumpulan BTS apabila lagu mereka Love Yourself: Tear mendapat tempat pertama dalam carta Billboard 200.

 

Cukup sudah berbicara mengenai pencapaian industri muzik Korea di peringkat antarabangsa, apa yang ingin kita bincangkan adalah kesan industri ini kepada ekonomi Korea Selatan.

 

Gelombang Hiburan Korea juga dikenali sebagai ‘hallyu’ dilihat telah banyak menyumbang kepada imej dan ekonomi Korea Selatan semenjak Krisis Kewangan Asia 1997.

 

Peningkatan Jumlah Pelancong

Jumlah pelancong ke Korea Selatan meningkat secara mendadak daripada 3.7 juta pada tahun 1995 kepada 17.2 juta pada tahun 2016. Melihat kepada gelombang ‘hallyu’, kerajaan Korea Selatan membuat keputusan untuk memajukan industri pelancongan di negara tersebut terutamanya pelancongan-budaya.

 

Jumlah pelancong ke Korea Selatan. Kredit: Worldbank

 

Pada tahun 2008, Kementerian Budaya, Sukan dan Pelancongan telah ditubuhkan bagi mempromosikan K-pop di peringkat global. Sebanyak USD 500 juta telah diperuntukkan bagi membina industri eksport kebudayaan bernilai USD10 bilion menjelang 2019.

 

Salah satu daripada insiatif kerajaan adalah dengan membina satu hab pelancongan-budaya di timur laut Seoul iaitu daerah Changdong.

 

Changdong dahulunya hanyalah sebuah pekan kecil sahaja. Tetapi kini ianya menjadi  kawasan tumpuan pelancong bagi peminat-peminat K-pop dalam dan luar negara. Fasa pertama untuk mentrasformasikan Changdong kepada hab pelancongan-budaya adalah melalui pembinaan Platform 61 tahun lepas.

 

Platform 61, Changdong

 

Platform 61 dibina berdasarkan konsep kontena 3 tingkat bersebelahan stetsen Changdong. Di sini pelancong boleh mengambil kelas seni dan kebudayaan serta program-program berkaitan fesyen, fotografi.

 

 

“Antara sebab di sebalik pembinaan Platform Changdong 61 adalah untuk menjadikan bahagian timur laut Seoul sebagai pusat budaya dan kesenian dan sebagai satu titik fokus baru serta mewujudkan perkembangan baru industri,” Jin Hee-sun, Ketua Ibu Pejabat Regenerasi Bandar di Kerajaan Metropolitan Seoul .

 

 

Peningkatan Jumlah Eksport

Berdasarkan Hallyu Impact Research Report 2017, eksport kebudayaan (muzik, rancangan TV, permainan video dan filem) bernilai USD 8.2 bilion pada tahun 2017, ianya meningkat 6.9% berbanding tahun 2016.

 

Lihat sahaja peminat-peminat k-pop di Malaysia, berapa ramai dari kalangan mereka telah menghabiskan ribuan ringgit demi minat mendalam mereka  terhadap k-pop. Jika ada sahaja konsert k-pop diadakan di Malaysia, pasti tiketnya akan habis dijual. Tiket konsert G-Dragon yang diadakan tahun lepas habis dalam masa 8 minit sahaja!

 

Image result for k fry malaysia que
Orang ramai beratur panjang untuk memasuki K Fry

 

Itu belum lagi mengambil kira produk-produk pengguna lain seperti makanan seperti mee segera Samyang dan Kimchi. Selain itu kita boleh lihat kemunculan restoran makanan korea yang tumbuh ibarat cendawan di Malaysia.

 

Baca: Kenali Franchisee Disebalik Family Mart

Baca: Hyundai, Gergasi Kereta Yang Semakin Malap

 

Permintaan pembelajaran bahasa

Selain daripada pelancongan, permintaan untuk mempelajari bahasa Korea turut meningkat. Hari ini seramai 14,000 pelajar di Amerika Syarikat sedang mempelajari bahasa Korea berbanding 163 orang sahaja 20 tahun lepas.

 

Statistik di portal pembelajaran bahasa Duolingo turut menunjukkan permintaan yang tinggi untuk mempelajari bahasa Korea. Seramai 200,000 orang mendaftarkan diri dalam kursus bahasa Korea semenjak kursus tersebut diperkenalkan tahun lepas.

 

Image result for kelas korea

 

Bagi memenuhi permintaan yang tinggi ini kerajaan Korea Selatan membuka 130 institusi bahasa di 50 buah negara. Tahun lepas, kerajaan membiayai Institute for Korean Studies di Universiti George Washington, Amerika Syarikat.

 

Pusat-pusat ini mungkin boleh menarik orang yang berminat dengan Korea kerana kebudayaan pop pada mulanya, tetapi mereka juga boleh mendedahkan pelajar tersebut kepada pembelajaran lain mengenai Korea, termasuk politik, perdagangan, sejarah, dan banyak lagi” Jenna Gibson, Institusi Ekonomi Korea.

 

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa gelombang ‘hallyu’ telah berjaya menaikkan nama dan imej Korea Selatan di mata dunia. Malaysia sebagai negara serantau seharusnya mengambil pengajaran daripada mereka. Kita perlu mencari apakah kelebihan negara ini untuk dijadikan fokus seperti industri halal dan perbankan islam.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Telur -01

Harga Telur Naik Lebih 10 Sen Sebiji Semenjak April

Reading Time: 2 minutes 60% daripada bahan kandungan makanan ayam ini perlu diimport daripada negara luar KPNKK sedang menyiasat kenaikan ini jika…

duit-gaji

Pemintaan Gaji ‘tidak realistik’ Punca Pengangguran

Reading Time: 1 minute Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Pemintaan gaji ‘tidak realistik’ adalah antara alasan…

Tabung haji 1-01

SPV Mengambil Alih Aset Tabung Haji Bernilai RM19.9 bilion

Reading Time: 4 minutes Antara hartanah yang akan dipindahkan kepada SPV adalah tanah di Tun Razak Exchange (TRX) SPV akan memberi sukuk…

SPV-01

Apa itu SPV?

Reading Time: 2 minutes SPV ni entiti yang ditubuhkan dengan satu tujuan khas sahaja, samada untuk beli aset (spt Danaharta), untuk financing…