fbpx

Belanjawan 2019 Meminggirkan Penduduk Luar Kuala Lumpur

Oleh : Kauthar Rozmal
13 November 2018 - 1:20 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Khairy bersetuju dengan 2 perkara dalam Belanjawan 2019
  • Kebajikan golongan nelayan, petani, peladang dan pekebun kecil dipersoalkan

Harapan masih hanya kekal pada nama, begitulah gambaran Khairy Jamaluddin berkaitan Belanjawan 2019 yang dibentangkan Pakatan Harapan 2 Nov lalu.

 

Semalam Khairy telah memberikan ucapan perbahasan rang undang-undang perbekalan (2019)  di Dewan Rakyat.

 

Belanjawan 2019 merupakan belanjawan yang penting kerana ianya merupakan peluang kepada kerajaan baru membuktikan mereka mampu menjaga kesejahteraan rakyat setelah gagal dalam melaksanakan manifesto mereka dalam PRU 14.

 

Baca: Ringkasan Belanjawan 2019: Lebih Baik Daripada Yang Disangkakan

Baca: Inisiatif Ekonomi Rakyat: Cadangan Cukai Untuk Menjana Hasil Negara

 

Menurut Khairy kerajaan telah meminggirkan kebajikan penduduk luar Kuala Lumpur susulan pembatalan ECRL dan HSR yang dikatakan mampu mewujudkan peluang ekonomi dan kekayaan.

 

“Yang tiris itu, betulkanlah. Yang boleh jimat, jimat. Tetapi jangan dihukum pengundi di luar Kuala Lumpur” – Khairy 

 

Menyentuh mengenai penduduk luar bandar, beliau turut mempersoalkan nasib golongan nelayan, petani, peladang dan pekebun kecil.

 

Dalam belanjawan tidak dinyatakan inisiatif jaringan keselamatan sosial sepertimana Bantuan Musim Tengkujuh dan Bantuan Khas menunggu Musim Menuai yang dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN).

 

Selain itu, kerajaan juga tidak menjelaskan strategi untuk menaikkan harga kelapa sawit yang menjadi sumber pendapatan penduduk FELDA.

 

Baca: Apa Faedahnya Subsidi Petrol, Tanya Penduduk Luar Bandar

 

“Apa yang rakyat perlukan untuk mengharungi ekonomi tahun 2019 adalah harapan. Harapan di mana kerajaan akan mula menguruskan negara, bukan hanya menyalahkan kerajaan terdahulu.”

“Harapan di mana kerajaan akan merangsang ekonomi dengan idea, bukan membantutkan ekonomi dengan pembatalan demi pembatalan.”

“Harapan dimana kerajaan melihat ke hari esok dan menyediakan Malaysia untuk masa depan yang masih kabur, bukan hanya melihat ke hari semalam disulami serangan dan dendam” ujar Khairy

 

Related image
Kredit: Berita Harian

 

“Begitu mudah berjanji bagai bulan dan bintang namun alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar”, ulas Khairy berkaitan isu PTPTN.

 

Dahulu dijanjikan pendidikan percuma dan penagguhan bayaran PTPTN, tapi kini wajib dibayar melalui potongan gaji jika pendapatan melebihi RM1,000. Sudahlah kini wajib membuat potongan gaji, diskaun-diskaun yang diberikan sebelum ini tidak diteruskan.

 

Di samping itu, bantuan RM100 persekolahan dan Kad Siswa 1 Malaysia (KADS1M) tidak dinyatakan dalam belanjawan kali ini. Namun selepas mendapat tekanan barulah Menteri Pendidikan memperkenalkan semula KADS1M.

 

Adakah kerajaan tidak fikir sehabis baik sebelum membentangkan belanjawan?

 

Baca: Tiada Lagi Diskaun Kepada Peminjam PTPTN

 

Related image
Kredit: Graduan.com

 

Meniliti semula Belanjawan 2019 secara keseluruhan, Khairy menyimpulkan bahawa kebanyakan program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan merupakan kesinambungan daripada pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini.

 

Sebagai contoh, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijenamakan semula kepada  Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dijenamakan semula kepada Apprenticeship dan Graduate Enhancement Programme For Employability (GENERATE).

 

Selain itu, skim insurans pekerjaan (SIP) dan Dana Wibawa TVET dilihat sebagai kesinambungan kepada insiatif kerajaan Barisan Nasional.

 

Image result for khairy parlimen
Kredit: Mstar

 

Namun, walaupun banyak perkara yang tidak dipersetujui Khairy, beliau sebagai pembangkang yang berwibawa tetap menyokong perkara yang baik dalam belanjawan.

 

Dua perkara yang disokong beliau adalah pendekatan belanjawan melalui Zero-Based Budgetting System dan hasrat Kerajaan untuk membentangkan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal bagi menjamin kedudukan kewangan Kerajaan yang lebih stabil.

 

Bagaimana pula dengan pendapat anda sebagai rakyat marhaen? Adakah belanjawan ini benar-benar membantu meringankan beban hidup rakyat?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…