fbpx

Boleh Pergi Ke Melabur Dalam Hartanah Ni?

Oleh : Izzuddin Yussof
02 November 2018 - 11:55 am

Reading Time: 2 minutes
  • Rumah banglo di Kuala Lumpur jatuh sebanyak 9.1% berbanding harga kemuncaknya semasa suku ketiga 2017
  • Rumah yang tak terjual di Malaysia bernilai RM17.2 billion

Setelah bertahun-tahun ramai yang berpegang kepada pendirian bahawa pelaburan ke dalam sektor hartanah adalah suatu pelaburan yang tidak akan merugikan, namun semenjak beberapa tahun ini pandangan itu semakin pudar.

 

Mereka yang membeli rumah dengan harapan untuk mendapat keuntungan daripada hasil bayaran sewa akhirnya menyedari bahawa harga pasaran sewa adalah jauh lebih murah daripada bayaran mereka kepada pihak bank. Manakala mereka yang membeli dengan harapan untuk menjual pada harga lebih tinggi pula mendapati sukarnya untuk menjual rumah mereka pada harga yang menguntungkan.

 

Mengikut data oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta atau NAPIC, sebanyak 29,227 rumah yang siap dibina gagal dijual setakat Jun 2018, iaitu bilangan yang tertinggi sejak NAPIC mula mengeluarkan data perumahan dengan terperinci.

 

Dari segi nilai pula, rumah yang tak terjual di Malaysia bernilai RM17.2 billion, iaitu peningkatan sebanyak 40.6% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, atau 127% sejak tempoh sama dua tahun lepas!

 

Perlu diingatkan bahawa ini hanyalah rumah yang masih belum dijual oleh pihak pemaju, belum lagi mengambil kira rumah yang dibeli oleh pelabur / spekulator dan cuba untuk dijual semula sebaik saja ianya siap dibina.

 

Image result for hartanah tidak terjual
Kredit: Kosmo

 

Dari segi julat harga, 38.8% daripada rumah-rumah yang tidak terjual ini bernilai RM500,000 dan ke atas, manakala hanya 28.8% daripada rumah-rumah ini yang bernilai RM250,000 dan ke bawah

 

Walaupun begitu banyak rumah-rumah bernilai lebih daripada RM500,000 ini tidak terjual, namun rumah-rumah yang baru dilancarkan dalam suku kedua 2018 sebahagian besarnya adalah rumah di dalam kategori ini. Dalam tempoh itu, 45.3% daripada rumah baru yang dilancarkan adalah rumah bernilai RM500,000 ke atas! Manakala hanya 27.9% bernilai RM250,000 dan ke bawah.

 

Perkara ini boleh dilihat kepada indeks harga rumah di Malaysia. Yang mana data NAPIC menunjukkan indeks harga rumah di Malaysia JATUH buat pertama kalinya pada suku kedua 2018 sebanyak 0.9% berbanding suku pertama 2018. Malahan harga rumah di Kuala Lumpur sebenarnya sudah jatuh sebanyak 3.7% berbanding suku ketiga 2017.

 

Antara rumah yang menyaksikan kejatuhan harga paling banyak adalah jenis rumah banglo di Kuala Lumpur, yang sudah jatuh sebanyak 9.1% berbanding harga kemuncaknya semasa suku ketiga 2017. Manakala high-rise unit di KL juga turun sebanyak 5.6% dalam tempoh sama, namun malangnya NAPIC tidak membezakan high-rise unit yang kos rendah dan yang kos tinggi.

 

Segala data-data perumahan terkini memberikan gambaran bahawa keadaan pasaran perumahan di Malaysia adalah sangat tidak memberangsangkan. Namun begitu ini bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan. Umum diketahui selama ini harga rumah banyak ditolak tinggi atas faktor pelaburan dan spekulasi, sehingga harga kini adalah jauh lebih tinggi daripada apa yang mampu dimiliki oleh rakyat kebanyakan

 

Di saat para pelabur dan spekulator tidak lagi boleh membuat keuntungan mudah dengan pelaburan hartanah, permintaan akan jatuh. Seperti yang diperhatikan oleh kita sekarang.

 

Samada ini akan membawa kepada krisis ekonomi atau tidak adalah bergantung kepada ‘holding power’ para pemaju dan pelabur yang memegang rumah-rumah kosong ini.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Malaysia-Postpaid-Telco-Logos
Kapital

Celcom-Digi Bergabung, Pengguna Untung Atau Rugi?

Reading Time: 3 minutes Apakah anda rasa penggabungan Celcom dengan Digi akan memberi faedah kepada rakyat? Ok, anda yang tidak menggunakan kedua-dua…

Axiata
Kapital

Hati Hati Dengan Gergasi Telekomunikasi

Reading Time: 2 minutes Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Axiata dan syarikat telekomunikasi dari Norway, Telenor sedang menjalankan perbincangan bagi menggabungkan aset-aset…

Featured Image 14-01
Kapital

Pelan Mega USD412 Bilion Pembinaan Negara Indonesia

Reading Time: 2 minutes 40% daripada dana akan disalurkan oleh pihak kerajaan persekutuan manakala 25% lagi disumbangkan melalui syarikat milik kerajaan negeri…

Featured Image 13-01

Malaysia Bakal Hantar Pekerja Berkemahiran Ke Jepun

Reading Time: 2 minutes Memorandum kerjasama dijangka ditandatangani Julai Potensi sehingga 50 ribu peluang pekerjaan Malaysia kini sedang mengadakan rundingan dengan Jepun…