fbpx

E-Sports Malaysia Terima Dana Pembangunan RM20.1 Juta

Oleh : Wan Syarafiz
09 November 2018 - 4:06 pm

Reading Time: 3 minutes
  • RM10 juta diperuntukkan kerajaan dalam Belanjawan 2019 untuk membangunkan E-Sports
  • RAZER & Kitamen turut melabur dalam pembangunan E-Sports dengan menyumbang RM10 juta dan RM100,000

 

Pembangunan E-Sports di Malaysia terima dana sebanyak RM20.1 juta. RM10 juta daripada pihak kerajaan, RM10 juta daripada RAZER dan RM100,000 lagi daripada Kitamen.

 

Industri sukan E-Sports Malaysia mula mengorak langkah ke hadapan dan tidak mustahil dalam tempoh masa beberapa tahun lagi, kita bakal menyaksikan lebih ramai jutawan E-Sports daripada generasi muda Malaysia berjaya dilahirkan.

 

Ini adalah susulan daripada pengumuman oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2019 bahawa kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi membangunkan dan menggalakkan E-Sports.

 

 

Di samping dana daripada kerajaan sebanyak RM10 juta ini, syarikat gergasi gaming RAZER turut menyatakan komitmen untuk melabur RM10 juta bagi pembangunan E-Sports. Sebuah syarikat E-Sports tempatan, Kitamen turut dilaporkan akan melabur RM100,000. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dana bagi pembangunan E-Sports di Malaysia adalah RM20.1 juta!

 

Boleh buat duit ke dengan bermain ‘video game’?

 

Jika kita imbas kembali waktu dahulu, video game ini hanyalah dianggap sebagai satu hobi mengisi masa lapang dan sukar untuk sesiapa pun menjangkakan dengan bermain video game, kita boleh menjana pendapatan.

 

Tetapi kini tidak lagi! Di seluruh pelusuk dunia, E-Sports telah mula menjadi sebuah industri sukan yang kompetitif sehingga dapat menarik ‘crowd’ peminat yang besar. Pertandingan antarabangsa dalam industri E-Sports juga semakin banyak diperkenalkan dengan tawaran hadiah lumayan sehingga mencecah jutaan ringgit.

 

Sebelum ini, Yap Jian Wei dari Malaysia bersama pasukannya telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Dota 2 The International dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM16.6 juta.

 

E-Sport: Hobi Tidak Berfaedah Bawa Kekayaan

 

Malaysia juga tidak mahu ketinggalan dengan arus perkembangan E-Sports ini. Pada awal tahun 2018 yang lalu, satu pertandingan Malaysia Cyber Games telah dianjurkan dengan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM300,000. Itu belum diambil kira lagi pertandingan yang dianjurkan oleh komuniti-komuniti kecil di seluruh negara.

 

Berikutan perkembangan ini, satu memorandum kerjasama antara Kitamen Entertainment Sdn Bhd, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dimeterai pada Mac lalu bagi membangunkan E-Sports di Malaysia

 

Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) untuk pasaran E-sports di Asia Tenggara pula dijangka meningkat 36.1 peratus antara tahun 2015 dan 2019. Sebuah firma penyelidik industri ini, Newzoo pula mendedahkan nilai pasaran permainan digital dunia disasarkan mencecah US$905.6 juta manakala audien E-sports pula mencapai 380 juta orang.

 

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sendiri juga dilihat menunjukkan minat yang besar terhadap industri E-Sports ini. Beliau sebelum ini telah mengumumkan mahu membangunkan sebuah stadium E-Sports dan bandar digital entertainment pertama di Malaysia.

 

Image result for kl major dota 2
Kredit: Lowyat.net

 

Beliau kemudian menambah lagi bahawa Malaysia mempunyai potensi besar dalam industri ini dan kini negara berada di kedudukan 21 dunia daripada sudut penjanaan pendapatan melalui E-Sports.

 

Pada 16 hingga 16 November ini pula, satu kejohanan Major pertama Dota Pro Circuit akan dianjurkan di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan meraih penyertaan daripada 16 pasukan antarabangsa Dota 2. Kejohanan ini yang dilancarkan oleh Syed Saddiq bakal menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak USD1 juta.

 

Melalui pengumuman peruntukan sebanyak RM10 juta dalam Belanjawan 2019 ditambah pula dengan pelaburan RM10 juta daripada RAZER dan RM100,000 daripada Kitamen, sudah pasti kita dapat melihat ini sebagai satu inisiatif yang baik daripada pihak kerajaan untuk meneroka lebih banyak peluang dalam Industri E-Sports.

 

Berikutan perkembangan positif ini, tidak mustahil Malaysia bakal menjadi gergasi bagi hab E-Sports di rantau ASEAN satu hari nanti.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…