fbpx

Genting VS Fox & Disney: Siapa Menang?

Oleh : Syafiq Hanafi
29 November 2018 - 3:38 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Saham Genting Malaysia turun sebanyak 53 sen dan ini menjadikan nilai pasaran syarikat berkenaan merosot sebanyak RM3.147 bilion
  • Sehingga kini, Genting sudah membuat pelaburan kira-kira USD750 juta (RM3.1 bilion) dalam Fox

 

Genting Malaysia Berhad mengambil tindakan saman berjumlah USD1 bilion (RM4.19) billion terhadap Walt Disney dan Twenty-First Century Fox atas tuduhan melanggar kontrak berkaitan pembinaan taman tema berjenama Fox.

 

Genting memaklumkan, ‘penyesalan penjual’ telah menyebabkan Fox dengan dibantu Disney melanggar kontrak yang ditandatangani pada 2013 bersama-sama pihak Fox Entertainment Group (FEG) untuk memberi lesen harta intelek kepada Fox World bagi membina bangunan tambahan kompleks Resort World Genting.

 

Saman berkenaan yang difailkan di Mahkamah Daerah Los Angeles berlaku ketika Disney sedang dalam proses menyiapkan pembelian aset Fox dengan nilai USD71.3 bilion (RM298 bilion) dan pembelian berkenaan dijangka dapat disempurnakan menjelang suku pertama tahun 2019.

 

Menurut pihak Genting, isu ini bermula apabila pihak Fox telah memaklumkan mengenai perancangan mereka untuk menangguhkan pembinaan berkaitan di kompleks Genting selama beberapa tahun bagi memaksa kontrak berkaitan dirunding semula.

 

Image result for genting fox
Kredit: Variety

 

Pihak Genting turut memaklumkan Disney merupakan pihak utama yang masuk campur dalam tindakan dibuat Fox itu dan mereka mahu kontrak bersama-sama Genting ini tidak diteruskan kerana pihak Disney beranggapan kerjasama dengan syarikat perjudian tidak bersesuaian dengan strategi perniagaan hiburan bersifat mesra keluarga yang dipegang Disney selama ini.

 

Menurut Genting lagi dalam kenyataan berhubung sama berkenaan, Fox mengeluarkan notis tindakan dengan harapan dapat menamatkan kontrak berkenaan dan ia dilihat sejajar dengan hasrat Disney yang mahu melihat perjanjian itu tidak diteruskan dan ia jelas dilakukan demi faedah Disney.

 

Bagi Genting, pihak Fox tidak berhak untuk menamatkan perjanjian berkenaan dan pihak Fox dan Disney wajar bertanggungjawab terhadap kerugian berbilion dolar yang bakal dihadapi atas sikap negatif seperti ini.

 

Sehingga kini, Genting sudah membuat pelaburan kira-kira USD750 juta (RM3.1 bilion) dalam Fox.

 

Sementara itu, pihak Disney dan Fox telah mengeluarkan kenyataan bersama menolak tuntutan saman oleh Genting itu dan menganggap tuntutan yang dibuat itu dilaksanakan tanpa sebarang merit. Malah mereka menganggap tuduhan yang dibuat terhadap peranan dominan Disney juga adalah satu rekaan.

 

Berdasarkan kepada situasi semasa, saman yang dikemukakan Genting ini telah memberikan kesan terhadap nilai pasaran Genting Malaysia Berhad dan Genting Berhad. Mengikut tinjauan di pasaran saham semalam, kedua-dua entiti mengalami penurunan nilai pasaran berjumlah RM4.89 bilion.

 

Saham Genting Malaysia turun sebanyak 53 sen kepada RM3.07 dan ini menjadikan nilai pasaran syarikat berkenaan merosot sebanyak RM3.147 bilion menjadikan nilai semasanya ialah RM18.229 bilion. Manakala saham Genting Berhad pula menjunam 45 sen kepada RM6.45 dan menjadikan nilai pasarannya jatuh sebanyak RM1.74 bilion.

 

Pihak CIMB Equities Research dalam laporannya ketika mengulas saman yang dikemukakan Genting ini menyifatkannya sebagai tindakan mengejutkan.

 

Related image
Kredit: Bilyonaro

 

“Berita ini sangat mengejutkan kami. Taman Tema Genting itu sepatutnya telah dibuka pada penghujung tahun 2017, namun ia telah ditangguhkan sehingga pertengahan tahun 2019. Dengan saman yang dikemukakan ini, kami agak meragui sama ada Genting mampu membuka taman berkenaan pada tempoh yang ditetapkan itu. Sebelum ini kami menjangkakan dengan pembukaan taman tema itu, kehadiran pengunjung akan meningkat sehingga 15 peratus pada tahun kewangan 2019/2020, namun dengan situasi semasa, jangkaan kami itu telah menjadi sesuatu yang terlalu optimistik,” katanya.

 

Saman ini juga memberi kesan kepada syarikat Only World Group (OWG) yang menjalankan perniagaan makanan dan hiburan di Genting. Berasaskan pasaran semasa saham semalam, saham OWG dilihat merosot lebih 13 peratus atau 8.5 sen menjadikan nilai sesaham semasanya ialah 53.5 sen.

 

Pihak AmInvest Research dalam satu kenyataan telah memberikan gambaran bahawa ketidaktentuan dalam pembinaan taman tema luar di Genting ini dijangka memberikan kesan kepada margin operasi kepada OWG di Genting.

 

“Ketidaktentuan ini sudah pasti akan memberikan risiko kepada pihak OWG dan antara kebimbangan utama sudah tentu penurunan jumlah pengunjung khasnya pelancong asing,” katanya.

 

Namun begitu, AmInvest percaya OWG masih boleh melihatkan peningkatan operasi di Genting, tetapi dalam kadar yang agak sedikit.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Telur -01

Harga Telur Naik Lebih 10 Sen Sebiji Semenjak April

Reading Time: 2 minutes 60% daripada bahan kandungan makanan ayam ini perlu diimport daripada negara luar KPNKK sedang menyiasat kenaikan ini jika…

duit-gaji

Pemintaan Gaji ‘tidak realistik’ Punca Pengangguran

Reading Time: 1 minute Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Pemintaan gaji ‘tidak realistik’ adalah antara alasan…

Tabung haji 1-01

SPV Mengambil Alih Aset Tabung Haji Bernilai RM19.9 bilion

Reading Time: 4 minutes Antara hartanah yang akan dipindahkan kepada SPV adalah tanah di Tun Razak Exchange (TRX) SPV akan memberi sukuk…

SPV-01

Apa itu SPV?

Reading Time: 2 minutes SPV ni entiti yang ditubuhkan dengan satu tujuan khas sahaja, samada untuk beli aset (spt Danaharta), untuk financing…