fbpx

Hyundai, Gergasi Kereta Yang Semakin Malap

Oleh : Wan Syarafiz
12 November 2018 - 3:19 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Kedudukan jualan kereta Hyundai di China jatuh dari tangga ke-3 kepada tangga ke-9
  • Reka bentuk tidak menepati citarasa serta harga yang tinggi menjadi punca utama jualan menurun

 

Hyundai Motor gagal di pasaran China dan Amerika Syarikat? Ini adalah berikutan daripada model keluarannya yang dikatakan tidak menepati citarasa pembeli serta harga yang tinggi melebihi daripada imej yang dipaparkan jenama tersebut.

 

Syarikat Kumpulan Hyundai yang berpangkalan di Seoul, Korea Selatan merupakan sebuah bisnes konglomerat dan diasaskan oleh Chung Ju-Yung. Syarikat ini pada mulanya ditubuhkan sebagai sebuah firma pembinaan pada tahun 1974 namun mula berkembang ke pelbagai jenis perniagaan lain seperti automotif, elektronik, perkhidmatan kewangan dan pembinaan kapal.

 

Hyundai Motor, sebuah anak syarikat Kumpulan Hyundai pada awalnya dilihat menunjukkan perkembangan yang positif terutamanya dengan pengeluaran model Sonata dan Elantra tetapi kini mereka seolah-olah sudah mula kehilangan sinarnya. Jualan kereta Hyundai di seluruh dunia terutamanya bagi pasaran Amerika Syarikat dan China telah mencatatkan penurunan.

 

Baca: Kereta Nasional Ketiga Bakal Terima Sentuhan Jerman

Baca: Proton Bukan Sekadar Kereta

 

Image result for kereta hyundai
Kredit: The Star

 

Apakah masalah yang dihadapi Hyundai Motor?

 

Pada awal pengenalan Hyundai di pasaran China, Hyundai Motor bersama partner mereka, Kia telah mencatatkan penjualan ketiga tertinggi di China selepas General Motor dan Volkswagen. Namun kini, duo syarikat automotif terbabit telah jatuh ke tangga ke-9.

 

Menurut pakar industri, kejatuhan jumlah jualan Hyundai dan Kia ini disebabkan oleh kehadiran syarikat yang berkembang pantas dalam pasaran China seperti Geely dan BYD.

 

Pesaing-pesaing Hyundai bukan sahaja berjaya membuat jualan dalam segmen kereta premium bahkan memberi saingan daripada segi harga yang kompetitif untuk kereta jualan ‘mass-market’ sehingga menyebabkan jualan kereta Hyundai yang dikenali sebagai jenama kereta mampu milik telah merosot.

 

Di pasaran Amerika Syarikat, perkara yang hampir sama berlaku kepada Hyundai apabila pegangan pasaran Hyundai telah menurun.

 

Image result for kereta hyundai
Kredit: 3D Car Shows

 

Bagaimana perkara ini boleh terjadi?

 

Antara faktor yang dikatakan telah menyebabkan Hyundai kurang kompetitif dalam pasaran kereta adalah kerana Hyundai tidak mengikut arus perubahan dalam model kereta yang dikeluarkan. Hal ini kerana, kereta yang dikeluarkan tidak lagi menepati citarasa pelanggan dan dalam masa yang sama harga jualan kereta Hyundai dikatakan adalah lebih tinggi daripada imej yang dipaparkan jenama itu sendiri.

 

Kekurangan ketara yang dilihat pada Hyundai ialah mereka gagal menghasilkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mampu menarik minat pelanggan. Pada tahun lepas, jualan SUV hanyalah 36% daripada jualan keseluruhan Hyundai di Amerika Syarikat.  Berbanding dengan General Motor, 76% jualan mereka datang daripada julan SUV.

 

Kegagalan ini dikatakan berpunca daripada pihak pengurusan dari Ibu Pejabat (Seoul) yang mahu fokus kepada model sedan besar walaupun pekerja daripada bahagian perancangan dan pemasaran di Amerika Syarikat mahu lebih banyak model trak dan SUV dikeluarkan.

 

Selain itu, reka bentuk kereta keluaran Hyundai juga dikatakan ke belakang. Menurut Scott Fink, pengedar terbesar Hyundai di Amerika Syarikat, apabila model Sonata yang baru dikeluarkan pada empat tahun lepas di Seoul, tiada seorang pun pengedar dari Amerika Syarikat yang kelihatan teruja.

 

“Saya tidak akan melupakannya. Apabila mereka memperlihatkan model baru Sonata kepada 20 orang pengedar daripada Amerika Syarikat, tiada seorang pun yang menepuk tangan”, ujar Scott Fink.

 

Pihak syarikat, pengedar dan penganalisa kini mula menaruh harapan kepada pemimpin generasi ke-3 Hyundai, Euisun Chung. Euisun baru sahaja dinaikkan pangkat kepada jawatan Naib Presiden Eksekutif dan dikhabarkan tidak lama lagi akan menggantikan Presiden sekarang, Mong-koo Chong yang juga ayah beliau.

 

Walaupun Euisun sebelum ini pernah menghadapi kegagalan daripada jenama premium Hyundai, Genesis kerana jumlah penjualan yang rendah, namun beliau dikatakan mampu melakukan transformasi kepada jenama kereta dari Korea Selatan itu.

 

Image result for kereta hyundai
Kredit: The Star

 

Euisun dengan berani telah keluar daripada tradisi dengan melakukan beberapa penambahbaikan seperti melabur dalam start-up dan melaksanakan kerjasama dengan firma teknologi self-driving. Dalam masa yang sama, Hyundai juga baru sahaja melantik Ketua Pegawai Inovasi daripada Samsung Electronics untuk menguruskan bahagian robotik, ride-sharing dan artificial intelligence.

 

Adakah selepas ini kita bakal menyaksikan satu transformasi besar berlaku dalam Hyundai dan akhirnya berjaya membawa jenama kereta tersebut kembali gemilang? Sama-sama kita nantikan.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…