fbpx

Initial Coin Offering (ICO) VS Initial Public Offering (IPO)

Oleh : Kapital
15 November 2018 - 4:31 pm

Reading Time: 4 minutes

Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Market Demon.

 

Panduan ringkas: ICO vs IPO

Pernahkah anda mendengar mengenai Initial Coin Offering (ICO)? Atau sebarang pelawaan dari kenalan mengenai peluang memiliki matawang digital baru yang berkemungkinan besar akan menjadi matawang digital terkenal yang lain seperti Bitcoin, Ethereum, Ripple, Litecoin dll.

 

Persoalannya bagaimanakah anda menilai dan mengetahui potensi sesuatu maatawang digital tersebut pada masa hadapan. Dalam artikel ini saya akan menjelaskan sedikit sebanyak mengenai ICO dan IPO? Apa persamaan dan perbezaan kedua-duanya?

 

Roadmap ICO. Kredit: Market Demon

 

Apa itu ICO?

Initial Coin Offering (ICO) bermaksud penawaran syiling permulaan juga dikenali sebagai crowdsale. ICO adalah kaedah pengumpulan dana dan pembiayaan bagi sesuatu projek matawang digital baru yang mana para pelaburnya berkeyakinan bahawa projek tersebut mempunyai potensi besar untuk ke pasaran global.

 

Kebiasaannya, bilangan peratus token yang dijual kepada pelabur berpotensi dan yang disimpan pihak syarikat adalah berbeza antara setiap ICO. Mereka yang membeli token ini dikenali sebagai pelabur sama ada persendirian atau syarikat dan syarat adalah berbeza bagi setiap ICO. Ini membolehkan pelabur sama ada berskala besar atau kecil membiayai projek yang mereka lihat mempunyai potensi sebelum disenaraikan ke dalam mana-mana pasaran cryptocurrency.

 

Harga token pada peringkat ICO yang lebih rendah sebelum dilancarkan di pasaran terbuka dikenali sebagai pre-sale.

 

Baca: Harapan Coin Perlu Kajian Mendalam – Penganalisis

Adakah membeli ICO menguntungkan?

Projek pertama yang pernah melancarkan ICO ialah Mastercoin. Ia berjaya mengumpul sebanyak $5 juta Bitcoins pada tahun 2013. Antara syarikat lain yang menyusul selepas itu adalah seperti Ethereum pada tahun 2014, atau Waves pada tahun 2016, dengan jumlah kutipan masing-masing mencecah melebihi daripada $18 juta dan $16 juta.

 

ICO adalah antara cara berkesan tetapi berisiko tinggi bagi pelabur yang mana platform ini digunakan untuk memulakan projek crypto, dengan syarat crypto tersebut mempunyai permintaan dari kalangan pelabur yang berkeyakinan dan kumpulan pemaju yang baik.

 

Nilai kutipan tertinggi yang pernah dikutip melalui projek ICO ialah Tezos, dengan rekod berjumlah $ 232 juta kurang dari sebulan pelancaran! Namun begitu ada juga projek ICO yang indah khabar dari rupa contohnya seperti Mycelium ICO. Pihak pemaju hilang selepas dana pelabur berjaya dikumpul dan hasil laporan siasatan mendapati para pemaju menggunakan dana yang terkumpul untuk membiayai percutian peribadi masing-masing.

 

Antara kes kecurian lain yang banyak melibatkan projek-projek ICO ialah melibatkan projek ICO CoinDash yang mana website mereka telah digodam dan alamat wallet telah ditukar ke alamat penggodam. Kehilangan dana dianggarkan lebih kurang $7 juta.

 

Kredit: Market Demon

Apa itu IPO?

IPO dalam Bahasa Inggeris adalah Initial Public Offering atau nama lain dalam Bahasa Melayu adalah Saham Terbitan Awam. IPO juga adalah merupakan salah satu peluang pelaburan yang ada di Malaysia. Jika ikut track record, 80% IPO memberikan keuntungan kepada pelabur.

 

Initial Public Offering (IPO) adalah terbitan syer/saham baru yang dikeluarkan oleh syarikat tertentu untuk dijual kepada pelabur awam pada harga tawaran yang dipersetujui
Jawatankuasa Terbitan Modal (CIC). Tujuan syer baru ini diwujudkan adalah untuk mendapatkan pembiayaan tambahan bagi membayar hutang, menambah modal kerja atau menampung pembiayaan bagi projek pelaburan syarikat serta bagi yang bercadang menyenaraikan syer syarikatnya di Bursa Malaysia.

 

Sebagai contoh syarikat Roti Abu ingin menyenaraikan sahamnya di Bursa Malaysia. Oleh itu, langkah pertamanya adalah melalui IPO. Secara ringkas, setelah harga dipersetujui, saham syarikat Abu dijual pada awalnya dengan harga RM1.50. Unit yang dijual di IPO adalah terhad dan pelabur awam yang berminat untunk membeli perlu terlebih dahulu membuat permohonan awal.

 

Adakah membeli IPO menguntungkan?

Secara asasnya apabila melibatkan sebarang pelaburan kita boleh katakan tiada pelaburan yang bebas daripada risiko, begitu juga kesnya untuk IPO. Sama ada ianya menguntungkan atau sebaliknya mari kita tengok track record IPO untuk tahun 2016 di Malaysia. 11 daripada 12 IPO pada 2016 memberikan untung dalam masa sehari pada tahun 2016.

 

Bagi rujukan senarai IPO yang ada di Malaysia anda boleh merujuk website ini Bursa Malaysia. Walaupun IPO secara literalnya lebih berisiko rendah jika anda ingin membeli IPO sesuatu syarikat, anda perlulah membuat sedikit research syarikat tersebut terlebih dahulu. Ini penting sebagai seorang pelabur untuk mengetahui secara terperinci berkenaan pelaburan anda dan kiraan risiko yang lebih baik. pen ting untuk anda tahu latar belakang syarikat, prospektus mereka, segala dokumen legal dan lain-lain.

 

Sekiranya anda berminat untuk membeli dan memohon untuk IPO anda boleh memohon melalui 2 cara di bawah :
1. Boleh apply melalui MITI
2. Apply melalui CimbClicks atau Maybank2u.

Hanya mereka yang mempunyai akaun CDS sahaja yang layak memohon dan membeli IPO.

 

Kredit: Majalah Labur

Bagaimanakah ICO berbeza dengan IPO?

Perbezaan paling penting antara ICO dan IPO ialah IPO dikawal oleh kerajaan manakala ICO lebih bersifat bebas. IPO memerlukan syarikat yang mengambil bahagian untuk menyediakan kertas kerja yang banyak sebelum membolehkan sahamnya di jual dalam IPO. Ini kerana sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan yang melanggar perjanjian yang telah diberikan kepada pelabur kemungkinan tindakan akan di kenakan dan di ambil.

 

Sebaliknya, crowdfunding cryptocurrency atau ICO adalah konsep yang agak baru diperkenalkan, sebahagian besarnya tidak terikat dengan mana-mana peraturan kerajaan. Ini
bermakna mana-mana projek atau syarikat boleh melancarkan ICO pada bila-bila masa dengan sedikit penyediaan kertas kerja,whitepaper dan sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian di dalamnya dan menyumbangkan wang mereka, tanpa mengambil kira sempadan negara. Konsep ini yang menjadikan ICO lebih berisiko tinggi dan banyak berlakunya penipuan berbanding IPO yang lebih konservatif.

 

 

 

P/s: credit input IPO dari penulis & penasihat kewangan bebas Mohd Kauthar

 

Artikel ini ditulis oleh saudari Nadwah.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Telur -01

Harga Telur Naik Lebih 10 Sen Sebiji Semenjak April

Reading Time: 2 minutes 60% daripada bahan kandungan makanan ayam ini perlu diimport daripada negara luar KPNKK sedang menyiasat kenaikan ini jika…

duit-gaji

Pemintaan Gaji ‘tidak realistik’ Punca Pengangguran

Reading Time: 1 minute Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Pemintaan gaji ‘tidak realistik’ adalah antara alasan…

Tabung haji 1-01

SPV Mengambil Alih Aset Tabung Haji Bernilai RM19.9 bilion

Reading Time: 4 minutes Antara hartanah yang akan dipindahkan kepada SPV adalah tanah di Tun Razak Exchange (TRX) SPV akan memberi sukuk…

SPV-01

Apa itu SPV?

Reading Time: 2 minutes SPV ni entiti yang ditubuhkan dengan satu tujuan khas sahaja, samada untuk beli aset (spt Danaharta), untuk financing…