fbpx

Kementerian Pendidikan Lancar Myrivet

Oleh : Kapital
19 November 2018 - 10:08 am

Reading Time: 1 minute

Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Sinar Harian

 

BATU PAHAT – Kementerian Pendidikan hari ini melancarkan Institut Penyelidikan Pendidikan dan Latihan Vokasional Malaysia (MyRIVET) yang akan membantu kerajaan meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (TVET) di negara ini.

 

Menteri berkenaan Dr Maszlee Malik berkata MyRIVET dihoskan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini.

“Institut penyelidikan ini akan bertanggungjawab untuk melaksanakan proses mengumpul, menganalisis dan menilai data TVET seterusnya menyebarluaskan penyelidikan dengan latihan secara profesional untuk membantu kerajaan dan industri bagi kegunaan rakyat serta sumber tenaga  di Malaysia,” katanya di sini, hari ini.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Technology Update 2018 dan Pelancaran MyRIVET, di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM yang turut dihadiri oleh Naib Canselor UTHM Prof TS Dr Wahid Razzaly.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata  usaha membangunkan TVET itu turut melibatkan enam  kementerian lain yang berperanan sebagai penyelaras selain berkongsi maklumat melalui pelbagai pendekatan iaitu Kementerian Sumber Manusia; Belia dan Sukan; Pembangunan Luar Bandar; Pertanian dan Industri Asas Tani, Kerja Raya; serta Pertahanan.

 

“Dalam perkembangan TVET, selain UTHM bertindak sebagai lokasi MyRIVET, ia turut membabitkan 36 politeknik, 98 kolej komuniti dan 80 kolej vokasional selain turut melibatkan penawaran aliran berkenaan bermula di peringkat sekolah menengah lagi.

“Diharapkan MyRIVET ini akan menjadi platform utama untuk menjalin pelbagai kolaborasi baik dari institusi pendidikan, agensi kerajaan tetapi kerjasama mampu dijalin sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

 

Pada masa sama beliau berharap mereka yang terlibat dalam TVET memanfaatkan kemahiran itu untuk kemanusiaan serta tidak mengejar keuntungan semata-mata.

 

Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Sinar Harian

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…