fbpx

Kenali Franchisee Disebalik Family Mart

Oleh : Kapital
16 November 2018 - 3:18 pm

Reading Time: 3 minutes

Kebelakangan ini rangkaian kedai serbaneka Family Mart semakin popular setelah viral di internet. Kami juga antara peminatnya sebab nak beli air kotak. Kalau tak nak beratur panjang dekat kaunter bayar tu kami syorkan pergi awal-awal pagi.

 

Bagi yang belum mengenali jenama Family Mart, ia merupakan rangkaian kedai runcit antarabangsa yang berasal dari Jepun dan merupakan kedai serbaneka kedua terbesar di dunia selepas 7-Eleven.

 

Ia menjual pelbagai barangan kedai runcit Jepun, manga, oden, onigiri, bento dan bermacam lagi.

 

Setakat ini terdapat 24,243 kedai Family Mart di seluruh dunia di Jepun, Taiwan, China, Filipina, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Malaysia.

 

Malaysia baru ada 59 kedai tetapi di Thailand khabarnya dah ada hampir 1,200 kedai Family Mart!

 

Related image

 

Cawangan pertama di Malaysia dibuka pada 11 November 2016 di Wisma Lim Foo Yong di Bukit Bintang. Antara makanan yang popular ialah soft serve ice cream dan oden panas-panas. Harga pun murah.

 

Bagi menghormati sensitiviti rakyat Malaysia terhadap makanan halal, Family Mart memastikan perkhidmatan dan pemilihan makanan yang dijual bebas dari bahan yang meragukan. Bagi produk yang diimport dari Jepun, Korea atau Taiwan, ramuan produk akan diperiksa untuk memastikan tiada bahan haram seperti daging babi, lemak babi atau bahan alkohol digunakan. Pelanggan boleh membaca maklumat ramuan mengenai makanan atau minuman sebelum membeli untuk memudahkan mereka.

 

FamilyMart Malaysia dimiliki oleh QL Resources Bhd dan Maxincome Resources Sdn Bhd. Mereka mempunyai perjanjian selama 20 tahun dengan pemilik franchise, FamilyMart Co Ltd. Menurut Pengerusi QL Resources, Dr Chia Song Kun, mereka bercadang untuk membuka 90 cawangan menjelang tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2019. Ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mencapai  sasaran jangka panjang bagi membuka 300 buah kedai dalam tempoh lima tahun perniagaan.

 

QL Resources Bhd tersenarai di Bursa Malaysia sebagai saham patuh syariah. Ia ditubuhkan pada tahun 1987 diketuai oleh Dr Chia Song Kun selaku Pengerusi Syarikat. Syarikat ini terlibat dalam 3 aktiviti perniagaan berbeza iaitu:

i) Ladang Ternakan Bersepadu, termasuk ladang ternakan, perdagangan makanan dan jenama pengguna. QL mengendalikan salah satu ladang ternakan terbesar di Asia Tenggara, menghasilkan 4.5 juta telur setiap hari dan 40 juta anak ayam berusia setahun.

ii) Pembuatan Produk Marin, yang termasuk pemprosesan surimi iaitu pes makanan yang banyak digunakan dalam makanan proses,  produk berasaskan ikan juga penangkapan ikan laut dalam.

iii) Aktiviti Minyak Sawit, yang merangkumi pengilangan minyak kelapa sawit di Sabah, perladangan dan juga perintis dalam tenaga bersih berasaskan biojisim sawit.

 

Prestasi Kewangan Tahunan Syarikat

Setakat ini QL berjaya mencatatkan keuntungan konsisten sejak tahun 2012 dan mampu memberikan pulangan dividen setiap tahun kepada pemegang saham.

Kredit: Majalah Labur

 

Keuntungan Tahunan QL (Kredit: KLSE Screener)
Keuntungan Tahunan QL (Kredit: KLSE Screener)

 

Siapa Pemegang Saham Utama QL Resources?

Senarai pemegang saham terbesar mereka boleh dilihat di laman web BursaMKTPLC. Macam kenal je nama-nama jerung ni kan?

1. CBG Holdings Sdn. Bhd

2. Farsathy Holdings Sdn. Bhd

3. Permodalan Nasional Berhad (PNB)

4. Employees Provident Fund (EPF)

5. Public Mutual Berhad

 

Harga saham ni boleh berubah-ubah, tapi kalau lihat harga semasa saham QL Resources Berhad dah RM6. Kalau nak jadi pemegang saham mereka maka berapa modal yang diperlukan?

 

RM6 x 100 unit = RM600 (tidak termasuk kos-kos lain)

 

Walaupun tak dapat buka franchise FamiyMart tetapi kita boleh jadi sebahagian dari pemilik syarikat, mana lagi best? Kalau syarikat untung mungkin merasa pula dividen. Nak belajar lagi? Jika anda level beginner dalam pelaburan saham patuh syariah, teruskan bacaan anda di sini.

 

Kredit: Majalah Labur

 

Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Majalah Labur

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…