fbpx

Kisah Pengasas Pasaraya MYDIN dan Sejarah Penubuhannya

Oleh : Kapital
23 November 2018 - 3:47 pm

Reading Time: 3 minutes

 


Bila sebut sahaja mengenai pasaraya borong di Malaysia, mesti setiap orang akan sebut nama Pasaraya Mydin. Ini kerana Pasaraya Mydin merupakan salah satu pasaraya borong yang popular di kalangan peniaga-peniaga runcit.

 

Tetapi, tahukah anda siapa sebenarnya pemilik rangkaian pasaraya borong ini? Mari kita lihat bagaimana sejarah Pasaraya Mydin bermula dan siapakah gerangan pengasasnya.

 

Mydin Bermula Sebelum Merdeka Di Pulau Pinang

Sejarah Pasaraya Mydin sebenarnya bermula sejak zaman sebelum merdeka lagi. Kedai Mydin yang pertama dibuka di Pulau Pinang oleh Tuan Ghulam Hussein Jamal. Setelah kedai milik keluarga mereka di Pulau Pinang terbakar pada zaman Perang Dunia Kedua, Tuan Mydin Mohamed, yang merupakan anaknya; telah membuka sebuah kedai kecil di Kota Bharu yang dikenali sebagai Syarikat Mydin Mohamed. Pada ketika itu, kedai tersebut menjual barang permainan dan barangan am.

 

Image result for pemilik mydin
Datuk Wira Ameer Ali Mydin

 

Tuan Mydin memulakan perniagaannya tanpa bantuan daripada sesiapa pun, termasuklah daripada agensi kerajaan. Semuanya dimulakan dengan hasil titik peluh sendiri. Kemudian, dengan bantuan anak-anak yang terdekat, Tuan Mydin mula mengembangkan perniagaannya ke Kuala Terengganu sekitar tahun 1979, dan Jalan Masjid India di Lembah Klang pada tahun 1989. Rentetan dari situlah Syarikat Mydin mula dikenali masyarakat, sehingga berjaya membuka ratusan rangkaian kedai serta pasaraya dan francais di seluruh negara.

 

Daripada sebuah kedai kecil, kini Syarikat Mydin telah menjadi syarikat pemborong dan peruncit terbesar di negara ini, dengan adanya lebih 95 cawangan di seluruh negara. Selain daripada itu, rangkaian perniagaan Mydin turut berkembang kepada jenis perniagaan yang berbeza dengan adanya pasaraya besar, emporium, kedai serbaneka, pasaraya mini, serta bazaar. Kepelbagaian ini yang berasaskan keperluan penduduk setempat, telah menghasilkan keuntungan lebih RM1.6 billion setahun.

 

Menjadi perkara biasa bagi sesebuah perniagaan itu untuk menghadapi pelbagai risiko, begitu jugalah Syarikat Mydin. Namun, sikap tidak berputus asa dan tidak mudah patah semangat dalam diri Tuan Mydin dan keluarga beliau, telah menjadikan Syarikat Mydin lebih berjaya dari tahun-tahun sebelumnya.

 

Ke Mana Tumpahnya Kuah, Kalau Tak Ke Nasi?

Kini, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad, dan pengurusannya pula diambil alih oleh Dr Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin. Anak Melayu yang berasal dari Kota Bharu, negeri Cik Siti Wan Kembang ini dilahirkan pada 4 Jun 1956 adalah Pengarah Urusan atau COO kepada rangkaian pasaraya Mydin Mohamed Holdings Berhad kini.

 

Beliau merupakan anak kedua kepada pengasas pasaraya Mydin, iaitu Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam. Beliau merupakan pemegang Sarjana Perniagaan Antarabangsa dari Sonoma State University di California. Sejak daripada kecil lagi, beliau mendapat didikan dan ajaran dari bapanya dalam ilmu perniagaan.

 

Menurut Datuk Wira Dr Ameer Ali, bapanya, Tuan Mydin Mohamed banyak mengajar beliau untuk lebih berdisiplin, bersungguh-sungguh, menepati masa, berjimat-cermat serta mengamalkan sikap jujur dalam perniagaan. Tidak hairanlah apabila ditanya mengenai rahsia kejayaan, prinsip-prinsip inilah yang disebut  menjadi pemangkin kejayaan hidup dan perniagaan beliau.

 

Related image

 

Tambah beliau lagi, sikap “jangan takut untuk melakukan perubahan” turut diterapkan supaya sesebuah perniagaan itu boleh terus maju dan tidak berada ditakuk lama.

 

Nasihat Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali kepada peniaga-peniaga muda masa kini, kejayaan dan keuntungan dalam perniagaan tidak akan datang melalui jalan yang singkat. Kesabaran dan semangat yang tinggi adalah kunci utama untuk berjaya.

 

Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Majalah Labur.

 

Sumber Rujukan:

Kepada mereka yang minat berniaga, boleh lah mengamalkan prinsip yang diterapkan oleh Tuan Mydin Mohamed untuk maju dalam perniagaan anda.

http://ite-terastech.blogspot.com/2014/05/profil-usahawan-ybhg-dato-haji-ameer.htmlhttp://farahwahida07.blogspot.com/p/usahawan-usahawan-berjaya-di-malaysia.html

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Telur -01

Harga Telur Naik Lebih 10 Sen Sebiji Semenjak April

Reading Time: 2 minutes 60% daripada bahan kandungan makanan ayam ini perlu diimport daripada negara luar KPNKK sedang menyiasat kenaikan ini jika…

duit-gaji

Pemintaan Gaji ‘tidak realistik’ Punca Pengangguran

Reading Time: 1 minute Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Pemintaan gaji ‘tidak realistik’ adalah antara alasan…

Tabung haji 1-01

SPV Mengambil Alih Aset Tabung Haji Bernilai RM19.9 bilion

Reading Time: 4 minutes Antara hartanah yang akan dipindahkan kepada SPV adalah tanah di Tun Razak Exchange (TRX) SPV akan memberi sukuk…

SPV-01

Apa itu SPV?

Reading Time: 2 minutes SPV ni entiti yang ditubuhkan dengan satu tujuan khas sahaja, samada untuk beli aset (spt Danaharta), untuk financing…