fbpx

Levi Pelepasan: Menampung Kerugian MAHB Atau Meningkatkan Hasil Negara?

Oleh : Wan Syarafiz
16 November 2018 - 3:33 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Levi pelepasan ke negara Asean (RM20) & destinasi antarabangsa lain (RM40)
  • Pelaksanaan levi ini akan mengurangkan pelancong Asean ke Malaysia – FATA

 

Levi pelepasan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini disifatkan untuk menggalakkan lagi industri pelancongan domestik. Namun mekanisme pelaksanaan masih belum lagi diputuskan kerajaan. Adakah hasil daripada levi ini akan disalurkan kepada MAHB untuk menanggung kerugian 75% operasi lapangan terbangnya? Atau akan disalurkan kepada pihak kerajaan?

 

Baca: 75% Operasi Lapangan Terbang di Malaysia Rugi – MAHB

Baca: Pergerakan Penumpang Meningkat, MAHB Bakal Kembali Gemilang

 

Dalam pembentangan belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk mengenakan levi pelepasan bagi penumpang udara yang mahu terbang ke luar negara bermula pada 1 Jun 2019.

 

Cadangan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu penerbangan ke negara-negara Asean dan satu lagi kategori bagi penerbangan ke destinasi negara-negara lain selain Asean. Bagi penerbangan ke negara Asean, caj sebanyak RM20 akan dikenakan manakala penumpang udara ke destinasi negara lain perlu membayar RM40.

 

Image result for kapal terbang
Kredit: Iluminasi

 

Adakah ini satu langkah yang bijak?

 

Daripada sudut positif, langkah ini dilihat sebagai salah satu cara bagi menggalakkan pembangunan pelancongan domestik. Hal ini kerana, levi pelepasan hanya akan dikenakan bagi perjalanan udara ke destinasi luar negara dan bukannya destinasi dalam negara.

 

Dalam keadaan ekonomi yang masih kurang menentu pada hari ini, ramai menjangkakan levi ini mahu dilaksanakan supaya lebih banyak aliran wang disalurkan ke dalam negara berbanding luar negara.

 

Ini sudah pasti akan menguntungkan peniaga-peniaga dalam negara dan seterusnya merangsang lagi ekonomi negara.

 

Walau bagaimanapun, Persekutuan Persatuan Pelancongan Asean (FATA) pula berpendapat bahawa negara Asean yang terjejas daripada pelaksanaan levi pelepasan untuk penumpang Malaysia pasti akan mengambil langkah yang sama.

 

Negara Asean yang terjejas pasti mahu mengenakan levi pelepasan kepada rakyat mereka yang mahu melancong ke Malaysia dan ini sekaligus akan mengurangkan jumlah pelancong ke negara Malaysia.

 

Menurut Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Tan Kok Liang pula berpendapat levi tersebut tidak patut dikenakan kerana penumpang penerbangan sudahpun membayar caj perkhidmatan penumpang (PSC).

 

Sebagai rekod, PSC dikenakan kepada semua destinasi domestik ataupun luar negara. Kadar PSC adalah RM11 (domestik), RM35 (Asean) dan RM73 (antarabangsa selain Asean). PSC ini perlu dibayar oleh penumpang kepada pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sebagai bayaran menggunakan kemudahan di lapangan terbang.

 

Jadi, apa keperluan membayar levi pelepasan sedangkan PSC sudah dikenakan kepada penumpang?

 

Image result for mahb
Kredit: The Edge Markets

 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam satu kenyataannya pula berkata kerajaan kini masih sedang mengkaji dan belum memutuskan bagaimana mekanisme levi pelepasan ini akan dilaksanakan.

 

Adakah levi ini akan dibayar terus kepada pihak kerajaan atau sebenarnya akan disalurkan kepada MAHB?

 

Sekiranya disalurkan kepada MAHB, mungkin ini dilihat sebagai satu langkah untuk menampung operasi MAHB yang beberapa bulan lepas pernah menyatakan bahawa 75% operasi lapangan terbang rangkaiannya di Malaysia menghadapi kerugian.

 

Jika benar untuk menampung operasi MAHB, bukankah lebih baik kerajaan meneruskan cadangannya untuk mewujudkan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT)?

 

Sebelum ini kerajaan pernah menyatakan utuk melaksanakan inisiatif REIT dengan menjual 30% ekuiti lapangan terbang kepada institusi pelaburan. Kerajaan menjangkakan sebanyak RM4 bilion akan berjaya diraih daripada penjualan 30% ekuiti ini dan seterusnya mampu menampung kos penambahbaikan dan pembesaran lapangan terbang.

 

Baca: Kerajaan Dijangka Jana RM4 Bilion Daripada Pelaksanaan REIT Kapal Terbang

 

Namun begitu, mekanisme levi pelepasan masih belum lagi diputuskan. Adalah tidak adil untuk menyatakan wang hasil daripada levi ini akan disalurkan kepada MAHB sahaja.

 

Mungkin juga levi ini akan disalurkan kepada pihak kerajaan sebagai salah satu alternatif untuk meningkatkan lagi hasil negara. Rakyat perlu ingat bahawa Belanjawan 2019 yang dibentangkan baru-baru ini dibuat berdasarkan jangkaan harga minyak berada pada paras sekitar USD70.

 

Apa akan jadi sekiranya harga minyak jatuh merudum? Untuk mengelakkan defisit perbelanjaan kerajaan yang lebih besar pada tahun depan, pelaksanaan levi pelepasan mungkin adalah salah satu caranya.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Telur -01

Harga Telur Naik Lebih 10 Sen Sebiji Semenjak April

Reading Time: 2 minutes 60% daripada bahan kandungan makanan ayam ini perlu diimport daripada negara luar KPNKK sedang menyiasat kenaikan ini jika…

duit-gaji

Pemintaan Gaji ‘tidak realistik’ Punca Pengangguran

Reading Time: 1 minute Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Pemintaan gaji ‘tidak realistik’ adalah antara alasan…

Tabung haji 1-01

SPV Mengambil Alih Aset Tabung Haji Bernilai RM19.9 bilion

Reading Time: 4 minutes Antara hartanah yang akan dipindahkan kepada SPV adalah tanah di Tun Razak Exchange (TRX) SPV akan memberi sukuk…

SPV-01

Apa itu SPV?

Reading Time: 2 minutes SPV ni entiti yang ditubuhkan dengan satu tujuan khas sahaja, samada untuk beli aset (spt Danaharta), untuk financing…